Kelab Psukpp
Kelab Kebajikan dan Sukan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
23/05/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datoβ / Datin / YB / Tuan / Puan serta Warga Kelab Sekalian,
Dengan segala hormatnya, kami bagi pihak jawatankuasa penganjur amat berbesar hati menjemput YBhg. Datoβ / Datin / YB / tuan / puan ke majlis seperti berikut:
π MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILADHA
Anjuran: Gabungan Pemandu PSUKPP (GPPSUKPP)
Dengan Kerjasama: Biro Kerohanian, Kelab Kebajikan dan Sukan PSUKPP (Kelab PSUKPP)
π BUTIRAN MAJLIS
π
Tarikh: 29 Mei 2026 | Jumaat (Hari Raya Aidiladha Ke-3)
π Masa: 4.00 Petang
π Tempat: Depoh Kenderaan PSUKPP
Atur Cara Majlis
π 7.30 Pagi - Ibadah Qurban hingga selesai.
π§ 12.30 Tengah Hari - Solat Jumaat
π 4.00 Petang - Ketibaan Tetamu | Tahlil
π 500 petang - Kenduri Korban sehingga selesai
π 900 malam - Bersurai
Kehadiran serta sokongan daripada YBhg. Datoβ / Datin / YB / tuan / puan sekalian dalam menjayakan dan memeriahkan lagi program ini amatlah kami hargai. Pihak kami mendahului sokongan tersebut dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Penganjur Gabungan Pemandu PSUKPP &
Kelab PSUKPP
30/04/2026
π₯ AZAM 2026 UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT! πββοΈπ¨
Mana geng yang asyik cakap "esok diet" tu? Inilah masanya! Kelab PSUKPP membawakan kembali program BIGGEST LOSER 2026. Takkan nak tengok je kawan lain makin fit?
π° Yuran cuma RM10 tapi hadiah tempat pertama RM350 menanti anda!
π Tarikh Penting:
Tutup Penyertaan: 22 April 2026
Weight In (Timbangan Pertama): 27 April 2026
Lokasi: Auditorium A, Paras 5, KOMTAR
Jom sahut cabaran 3 bulan ni. Kita sihat sama-sama, kita menang sama-sama! πͺβ¨
17/04/2026
Gema takbir masih terasa, kemeriahan Syawal terus diraikan! πβ¨
Sekitar suasana Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelab Kebajikan dan Sukan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) bagi tahun 2026.
Majlis ini merupakan wadah bagi memperkukuh ukhuwah antara warga kerja, sambil menikmati hidangan tradisi yang menyelerakan. Terima kasih kepada semua ahli kelab dan kakitangan yang hadir memeriahkan suasana dengan busana berwarna-warni!
Semoga semangat perpaduan ini terus membawa kecemerlangan buat PSUKPP. π
11/04/2026
Cabaran "Biggest Loser" 2026 β Jom Transformasi Diri & Menang Wang Tunai!
Salam sejahtera rakan-rakan ahli Kelab PSUKPP,
Adakah anda bersedia untuk gaya hidup yang lebih sihat? Kelab Kebajikan dan Sukan (PSUKPP) menjemput anda semua untuk menyertai pertandingan Biggest Loser Tahun 2026.
Ini adalah peluang terbaik untuk anda mencabar diri, menurunkan berat badan secara sihat, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai.
Butiran Pertandingan:
Tempoh: 3 Bulan
Sesi Timbang (Weight In): 20 April 2026
Sesi Akhir (Weight Out): 20 Julai 2026
Yuran Penyertaan: RM10.00 sahaja
Hadiah Wang Tunai Menanti Anda:
Tempat Pertama: RM350
Tempat Kedua: RM250
Tempat Ketiga: RM150
Pihak penganjur akan mengadakan satu bengkel kecergasan dan ianya akan diambil kira sebagai 1 hari kursus
Cara Mendaftar:
Sila imbas kod QR pada poster yang dilampirkan untuk mendaftar segera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2026 (Khamis).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: Encik Jeremy Luke Seaton di talian 04-6505369.
Jangan tunggu lagi! Mari kita mulakan perjalanan kecergasan ini bersama-sama. Bersatu Ke Arah Kecemerlangan.
07/04/2026
Jom Beraya, Jamuan Aidilfitri Raya Kita Cerita Kita Kelab PSUKPP Kini Kembali! πβ¨
Apa khabar semua warga PSUKPP!
Dah habis puasa, kini masanya untuk kita berkumpul dan menjamu selera! Kelab Kebajikan dan Sukan PSUKPP menjemput semua ahli kelab ke Majlis Jamuan Raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Ada ketupat, ada rendang, ada kambing golek (mungkin!), tapi yang paling pentingβada anda semua!
π
Tarikh: 17 April 2026 ( Jumaat )
β° Masa: 9.30 pagi - 2.00 petang
π Tempat: Auditorium, Tingkat 5, KOMTAR
π Tema Pakaian: Warna - Warni Aidilfitri
Mari kita rehatkan minda sekejap, penuhkan perut, dan beramah mesra sesama rakan sekerja. Jangan lupa bawa kawan-kawan ahli kelab yang lainβlagi ramai, lagi meriah!
Jumpa di sana!
Salam Aidilfitri,
Urusetia Kelab Kebajikan & Sukan PSUKPP
19/03/2026
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Seluruh Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kerja PSUKPP.
Terima kasih juga atas dedikasi dan penglibatan anda semua dalam menjayakan segala aktiviti kelab. Semoga sambutan lebaran ini membawa kegembiraan dan mengeratkan lagi semangat kekeluargaan sesama kita.
Mohon maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung!
13/03/2026
πβ¨ Alhamdulillah, Selesai Sudah Majlis Santunan Aidilfitri 2026 Bersama Ahli Kelab! β¨π
Pagi yang penuh kemeriahan ini (Jumaat, 13 Mac 2026) telah menyaksikan warga Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat SUK Pulau Pinang (PSUKPP) berkumpul di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR seawal jam 8.30 pagi untuk sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.
Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan bulan Syawal, tetapi juga menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim sesama ahli kelab selepas sebulan kita berpuasa. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Biro Sosial dan Biro Kerohanian atas kerjasama padu yang luar biasa dalam menjayakan program yang cukup bermakna ini! π
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada SEMUA ahli kelab yang telah hadir memeriahkan majlis pagi tadi. Seronok sungguh melihat masing-masing melaram dengan pakaian raya yang cantik dan berwarna-warni! Kehadiran anda semua benar-benar menghidupkan suasana.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan. Maaf Zahir & Batin dari kami! π€π
PSUKPP
06/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran
Sempena hari bersejarah ini, marilah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran, membaca dan menghayati maknanya agar menjadi pedoman hidup. Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat-Nya.
Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang."
23/02/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BILANGAN 1 TAHUN 2026 BAGI SESI 2026 HINGGA 2028.
22/01/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-22 KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Tarikh : 22 Januari 2026 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium A, KOMTAR
06/11/2025
PROGRAM KONVOI KE PULAU PANGKOR, PERAK DARUL RIDZUAN ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN, PSUKPP 2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Tingkat 25, KOMTAR
George Town
10503