OTKK Pulau Pinang

OTKK Pulau Pinang

Share

Occupational Therapy
Klinik Kesihatan Malaysia
Negeri Pulau Pinang

Photos from OTKK Pulau Pinang's post 06/08/2024

🔥PROGRAM OTKK PULAU PINANG🔥
Pada 5 Ogos 2024, Unit Pemulihan Carakerja Kesihatan Awam PKD BARAT DAYA telah menganjurkan program OT bersama Warga Emas Di PPAWE Jln Bharu, Balik Pulau. Antara aktiviti yang dijalankan:
1) Aktiviti senaman otak
2) Cognitive Stimulation Activity- Sesi 1 ( Aktiviti Permainan Fizikal)

Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga emas terhadap kepentingan kesihatan kognitif bagi mencegah penyakit Dementia.💙🤍💛

Photos from OTKK Pulau Pinang's post 06/08/2024

🔥PROGRAM OTKK PULAU PINANG🔥
Pada 3 Ogos 2024 Unit Terapi Cara Kerja PKD Barat Daya telah terlibat dengan penganjuran Program Kick-Start perkhidmatan Kesihatan Warga Emas di Klinik Desa Gertak Sanggul yang bertempat di dewan MPKK Gertak Sanggul. Susulan daripada prgram tersebut perkhidmatan warga emas bagi terapi carakerja akan dilaksanakan setiap bulan sekali di Klinik Desa Gertk Sanggul iaitu pada hari selasa di setiap awal bulan sahaja.💙🤍💛

Photos from OTKK Pulau Pinang's post 06/08/2024

✨KURSUS OTKK PULAU PINANG✨
Pada 26 Julai 2024 yang lepas, Unit Pemulihan Carakerja Kesihatan Awam Pulau Pinang dan juga Unit Fisioterapi Kesh*tan Awam Pulau Pinang mengadakan Program Latihan Training Of Trainers (TOT) untuk pengendalian Pesakit Dementia. Kursus tersebut dilakukan bagi memberikan pencerahan penggunaan 'CLINICAL PRACTISE GUIDELINE OF DEMENTIA' edisi yang ketiga. Kursus tersebut dijalankan di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer Jabatan Kesihatan Negeri yang berlangsung di JKN PULAU PINANG.💙🤍💛

Photos from OTKK Pulau Pinang's post 06/08/2024

👍Pada 11 Julai 2024 yang lepas, Unit Pemulihan Carakerja Kesihatan Awam Pulau Pinang mengadakan mesyuarat pengurusan unit bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Antara intipati mesyuarat tersebut adalah:
i. Pembentangan pencapaian setiap daerah bagi JAN-JUL 2024 yang melibatkan 'RETEN, STATISTIK dan AKTIVITI PROMOSI
ii. Pembentangan Pelan Tindakan bagi setiap klinik.
iii. Pembentangan mesyuarat BPKK Teknikal, JKN dan OT Negeri Pulau Pinang.
iv. Pembentangan Bajet
v. Isu-isu lain yang berbangkit.

Penutupan mesyuarat disajikan dengan meraikan beberapa orang therapist yang menyabut ulang tahun kelahiran mereka.💙🤍💛

Photos from OTKK Pulau Pinang's post 22/07/2024

✨PROGRAM OTKK PENANG✨
Pada 26 Jun 2024 lepas, OTKK Penang terlibat secara langsung dalam program AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) peringkat negeri Pulau Pinang bertemakan SMOKING FREE yang bertempat di SMK Air Itam, Pulau Pinang. OTKK Penang menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya, menjalankan pemeriksaan kekuatan tangan, penilaian kualiti tidur dan beberapa aktiviti yang melibatkan fungi kognitif. Program ini dianggotai oleh 5 orang Jurupulih Carakerja daripada daerah Timur Laut dan juga Barat Daya.💙🤍💛

28/06/2024

Selamat datang ke FB page rasmi OTKK PULAU PINANG.
Kami akan menyediakan pelbagai infographic dan juga aktiviti-aktiviti OTKK Pulau Pinang đź’•

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


George Town