DocAzril Pakar Pemakanan
Doc Azril
Nutrition Expert & Researcher
PhD Diet Methodology & Microalgae Utilisations Biotechnology
26/04/2023
BAHAYA KITARAN BANTUT
Mungkin ramai parent beranggapan jika anak bantut dan kurus pada hari ini adalah masalah yang ringan, dan kesan jangka pendek, malangnya anggapan itu sangatlah melencong jauh dari realiti.
Realiti sebenar masalah bantut ini mermbawa kesan jangka panjang kepada bakal generasi kita yang mendatang.
Bermula dengan masalah seorang kanak-kanak bantut, apabila remaja kelak anak menjadi belia yang kurus kering kurang nutrisi, apabila berkahwin nanti ia bakal menjadi seorang wanita mengadung yang tak cukup zat, lalu membawa kepada kelahiran bayi tak cukup berat, yang kemudiannya membesar sebagai anak bantut.
Inilah kitaran kejadian bantut yang sedang berlaku hari ini di negara kita. Penting untuk parent ambik langkah rawatan awal demi mencegah dari generasi kita dipenuhi gejala bantut ini.
Rawat usus mereka supaya kembali efisyen, agar boleh menyerap semua zat yang di makan. Jangan dibiar anak bantut dan kurus kering terlalu lama kerana ia memudaratkan masa depan mereka kelak.
12/04/2023
CARTA TINGGI & BERAT ANAK MENGIKUT USIA
Bantut dikelaskan sebagai kanak2 yang tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya apabila mencecah usia tertentu.
Lazimnya ia berlaku akibat anak2 tersebut tidak mendapat nutrisi yang secukupnya demi perkembangan tubuh yang normal.
Namun majoritinya berlaku akibat anak takde selera makan yang tinggi, maka lama-kelamaan mereka anak semakin kurus, dan akhirnya menjadi bantut, akibat terlalu lama dibiarkan tanpa rawatan nutrisi yang tepat.
12/04/2023
VITAMIN K dan PERANANNYA DALAM RAWATAN KANAK2 BANTUT
Umumnya vitamin K berperanan penting untuk mengaktifkan protein yang memainkan peranan dalam pembekuan darah ketika luka, metabolisma kalsium dan kesihatan jantung.
Tetapi fungsi paling hebatnya ialah dalam regulasi simpanan kalsium dalam pembentukan tulang, yang menjadi punca utama masalah bantut terjadi.
Antara makanan tinggi vitamin K ialah sayuran hijau, spirulina segar, telur ayam, cheese, soya, hati lembu.
Ayuh ibu/ayah pasrikan anak anda cukup nutrisi vitamin K setiap hari demi memastikan mereka bebas dari bahaya bantut, yang mampu merubah corak masa depan anak2 anda kelak.
10/04/2023
4 KESAN BURUK MASALAH BANTUT PADA ANAK ANDA
buat para ibu/bapa yang hadapi masalah anak badan kurus & bantut, alangkah bagus jika disegerakan rawat mereka, kerana masalah ini bakal ganggu masa depan anak2 tersebut dikemudian hari.
10/04/2023
🥲Jika masalah bantut tidak dikesan dan dibetulkan dalam tempoh 1,000 hari pertama kehidupan (sejak dalam kandungan sehingga usia dua tahun), impaknya kekal seumur hidup,
demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
08/04/2023
SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN SEDUNIA
"ayuh bersama berganding bahu turunkan kes kanak2 bantut di negara kita"
08/04/2023
MASALAH KANAK2 BANTUT
Kenali Vitamin & Mineral Yang Boleh Merawat Bantut
Nutrien seperti Protein, Kalsium dan Vitamin D menggalakkan perkembangan tulang dan otot, manakala mikronutrien seperti Arginin serta vitamin K dapat membantu mendapatkan tulang yang lebih panjang dan kuat untuk meningkatkan ketinggian ke tahap yang optimum.
08/04/2023
MASALAH BANTUT DI MALAYSIA SANGAT MEMBIMBANGKAN
Peranan aktif ibu & bapa kanak2 yang bantut ini sangat ditagih dengan segera. Rawat anak anda sebelum ia mula merencat pertumbuhan otak mereka.
Masalah bantut di Malaysia membimbangkan GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa isu kanak-kanak bantut akibat kekurangan pemakanan yang kronik membimbangkan sedangkan negara kini mengalami pertumbuhan...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
George Town