SJKT Rajaji P.Pinang
This page is an official blog of SJKT Rajaji, Kg Baharu, 11400 Air Itam, Pulau Pinang.
24/05/2026
Karnival Bahasa Tamil 2026
Unit Kurikulum (Panitia Bahasa Tamil) telah menganjurkan satu Karnival Bahasa Tamil yang berlangsung sepanjang minggu ini.
Acara kemuncak iaitu majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sektor Infrastruktur dan Perolehan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, En Vijia Ganesan a/l Subramaniam. Terima kasih kepada En Vijia Ganesan a/l Subramaniam yang sentiasa komited menyokong usaha dan inisiatif sekolah.
Tahniah kepada unit kurikulum dan semua warga SJKT RAJAJI.
**aupinang
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
24/05/2026
Kunjungan Cakna Cerminan Kepimpinan Prihatin
Ziarah cakna Yang Berusaha Tuan Baharuddin Bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rajaji di Air Itam, Pulau Pinang telah menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah.
Kehadiran beliau mencerminkan keprihatinan beliau terhadap warga pendidik terutamanya apabila mengetahui salah seorang guru telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang sangat tragik. Beliau menemui guru yang terlibat secara terus dan juga menyampaikan sedikit buah tangan dan sumbangan kepada guru tersebut.
Beliau turut meninjau kawasan sekolah dan turut berjumpa dengan murid-murid sekolah yang sangat teruja dengan kehadiran beliau.
Tambahan p**a, beliau meninjau kantin sekolah dan makanan yang disediakan untuk murid-murid sekolah. Kunjungan beliau menjadi satu kenangan manis bagi seluruh warga sekolah dan menjadi satu testimoni kepada komitmen dan keprihatinan KPM terhadap warga pendidik.
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
**aupinang
Selamat Hari Guru kepada semua guru dan YB Fadhlina Sidek yang sentiasa menjadi pembimbing dan sokongan utama kepada warga pendidik utama. Guru Bitara, Nadi Negara!!!! Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Edufluencers KPM - Pulau Pinang Nagendraj Anandha Narayanan
09/05/2026
Rajajians & Barn Owls
Students of SJKT RAJAJI along with other students joined a team led by Dr Shakinah Ravindran of Universiti Sains Malaysia to fit 5 barn owl protection nests in Bukit Bendera, Pulau Pinang.
It was a historic moment as it is now the highest barn owl protection nests in Malaysia.
Rajajians are honoured to have been part of this historic moment. Students managed to take part in a journey of learning about biodiversity and how the environment works.
Thanks to this initiative many children of Rajaji have become buddies to barn owls!
Checkout this article featured on Metro:
Lima sarang burung pungguk di Bukit Bendera, antara tertinggi di Malaysia | Harian Metro Georgetown: Sebanyak lima kotak sarang burung pungguk jelapang dipasang pada ketinggian kira-kira 2,733 kaki (833 meter) dari paras laut, di Bukit Bendera di sini, semalam, sekali gus menjadikannya antara pemasangan yang tertinggi di Malaysia.
01/05/2026
Tahniah!
En Nagendraj dan pasukan murid mencatat pencapaian perak dalam International Invention, Innovation and Design Competition 2026 dengan inovasi bertajuk “Don’t Drink and Drive”.
Congratulations!
Mr Nagendraj and his team of students awarded silver medal in the International Invention, Innovation and Design Competition 2026 with the innovation titled "Don't Drink and Drive".
Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
26/04/2026
Perkongsian 5 Ciri Murid Sejahtera dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 bersama Pn Lueis Mary a/p Balavendram, Guru Besar SJKT RAJAJI bersama murid-murid.
09/04/2026
Tahniah kepada Cik Shiva Shuganthinee yang mencatatkan Anugerah Emas dalam International Innovation and Exhibition Fair 2026 Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut
23/01/2026
Hari Apresiasi Murid 2025
Terima kasih diucapkan kepada YB Dato Seri Sundarajoo Somu yang sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada murid-murid SJKT RAJAJI.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjadi sumber inspirasi kepada kejayaan SJKT RAJAJI.
16/01/2026
Tahniah diucapkan kepada Cik Jacqueline Jivamany a/p Silwom yang telah berpindah ke SJKT Ramathasar sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.
Sesungguhnya, SJKT Rajaji telah kehilangan satu guru yang sentiasa komited ke arah kebajikan muridnya. Sepanjang 13 tahun di Rajaji, Cik Jacqueline telah memastikan ratusan murid mendapat segala keperluan mereka dan menjadi seorang Pen Kanan Hal Ehwal Murid yang benar-benar menjiwai peranan Guru Penyayang.
Terima kasih. Semoga sentiasa mencapai kejayaan di mana jua anda berada.
Rajajians Forever
Jac Line
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No 1, Kampung Baharu
George Town
11400