Ar Rayyan Optometry
Ar Rayyan Optometrist Sdn Bhd (1157882-X)
Kepakaran Kami Adalah Membantu Anda Medapatkan Penglihatan Yg Jelas Disamping Memiliki Barangan Berjenama Yg Berkualiti Dengan Harga Mampu Milik.
Dah tengok part 1,2 dan 3 kita dalam siri multifocal ni?
Boleh cari kat reels kita tau. Baru boleh faham part 4 ni..😍
Semoga bermanfaat !
Cabutan bertuah AR RAYYAN BULAN JUNE CAWANGAN KUALA TERENGGANU
12/07/2026
Mata selalu berair tanpa sebab?
Ramai ingat bila mata asyik berair, maksudnya mata "terlalu banyak air mata". Sebenarnya, keadaan ini sering berlaku disebabkan mata terlalu kering atau mengalami iritasi.
Apabila permukaan mata kering, otak akan memberi isyarat supaya kelenjar air mata menghasilkan lebih banyak air mata sebagai tindak balas. Sebabtu mata nampak asyik berair walaupun puncanya ialah mata kering.
Selain mata kering, mata berair juga boleh disebabkan oleh habuk, alahan, bulu mata yang mencucuk mata, saluran air mata tersumbat, atau jangkitan pada mata. Jika mata berair disertai dengan merah, sakit, silau, penglihatan kabur atau keluar tahi mata yang banyak, jangan biarkan terlalu lama kerana ia mungkin petanda masalah mata yang memerlukan rawatan.
Kalau mata anda kerap berair tanpa sebab yang jelas, sebaiknya datang buat pemeriksaan mata dulu. Dengan pemeriksaan yang betul, kita boleh kenal pasti punca sebenar dan cadangkan penyelesaian yang sesuai.
Jangan tunggu sehingga penglihatan mula terganggu, sebab mata yang sihat akan bermula dengan pemeriksaan yang berkala tau.
12/07/2026
Apa kelebihan Zeiss Warm Eye Mask yang Rayyan bagi ni?
Antaranya :
- Melegakan mata letih.
- Membantu mengurangkan simptom mata kering.
- Merangsang fungsi kelenjar meibomian.
- Mengurangkan rasa pedih dan berpasir.
- Memberi kesan relaks
Macam terapi untuk mata selepas penat seharian. Dapatkan di cawangan Rayyan ya..
11/07/2026
CANTIK KAN?
Siapa belum tahu Rayyan ada sediakan engraving nama pada cermin mata secara percuma. Tiada minimum pembelian ya..
Jemput datang harini ya!
11/07/2026
Dessert special setiap Sabtu untuk customer kesayangan..
Marilah cuci mata dulu kat cawangan kita. Ada banyak koleksi bingkai baru masuk ni😍
Soft opening esok Rayyan Atelier Dungun.
Jemput mari deh ke cawangan kami yang terbaru. Lokasinya betul2 kat belakang Rayyan Dungun sekarang.
Mende beza dengan Rayyan sekarang?
Kat sini kita fokuskan kepada koleksi bingkai dan cermin yang lebih premium, penjagaan mata yang komprehensif dan menyeluruh, dan preskripsi kanta lekap yang teliti.
Nak alami suasana yang lebih premium dan ekslusif jemput datang ya..😍
10/07/2026
Tahu tak apa kesan arak pada mata?
Kesan kalau kerap minum.
1. Mata jadi kabur sebab otak dan mata tak berhubung dengan baik.
2. Mata jadi kering dan cepat rasa tak selesa.
3. Susah nak fokus, penglihatan jadi berganda (double vision).
4. Mata jadi lambat respon, bahaya lagi-lagi bila memandu.
5. Kalau berpanjangan, boleh rosakkan saraf optik dan ganggu penglihatan secara kekal.
Dalam Al Quran, Surah Al Baqarah ayat 219 ada menyebut :
"Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya."
Sebagai umat Islam, kita diajar untuk menjauhi arak kerana mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya. Pada masa yang sama, dari sudut kesihatan, mengelakkan arak juga merupakan salah satu langkah untuk menjaga tubuh dan penglihatan kita.
10/07/2026
Bestnya kat Rayyan sebab ada banyak sangat pilihan bingkai yang anda boleh pilih.
Dan bukan itu je. Team Rayyan akan bantu sekali pilih bingkai yang sesuai sampai anda puas hati tau ! 😍
09/07/2026
Orang Dungun lalu dok lagi sini?
Nama diberi RAYYAN Atelier..
InshaAllah cawangan baru Rayyan akan mula beroperasi pada Sabtu ni, 11 Julai bermula jam 10 pagi sehingga 6.30 petang.
Jemput mari beramai ramai deh..😍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Dungun
23000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 19:00 |
| Tuesday | 09:30 - 19:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:30 |
| Thursday | 10:00 - 18:30 |
| Saturday | 09:30 - 19:00 |
| Sunday | 08:00 - 19:00 |