IPN CPD

IPN CPD

Share

Pusat Pembangunan Profesional
Institut Perakaunan Negara Penafian (Disclaimer):

1.

IPNCPD tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada platform ini;

2. Pelawat/pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dalam media sosial untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—œ๐—•๐—ก๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara.

31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก๐—–๐—ฃ๐——) mengucapkan ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ buat semua penganut agama Buddha di Malaysia. Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa ketenangan, keharmonian, kesejahteraan dan nilai kasih sayang kepada semua yang meraikannya.

29/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) mengucapkan ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ buat semua yang meraikannya. "Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai."

26/05/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ ๐—›

๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก๐—–๐—ฃ๐——) mengucapkan ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ ๐—› buat semua yang beragama Islam. Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan menjadi medan untuk terus memperkukuh nilai pengorbanan, keikhlasan serta ukhuwah dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Photos from IPN CPD's post 15/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (๐—๐—˜๐—ฃ๐—ฃ๐—”) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Komitmen memperkasa profesion perakaunan sektor awam terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Program Profesional Akauntan (JEPPA) Bil. 1/2026 yang telah diadakan pada 14 Mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 8, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menetapkan hala tuju pembangunan profesional warga JANM melalui pembentangan dan perbincangan agenda strategik berkaitan Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan JANM serta Program Latihan Meningkatkan Kompetensi Skim Perkhidmatan Perakaunan.

Selaras dengan aspirasi memperkukuh kecemerlangan modal insan sektor awam, JEPPA terus memainkan peranan dalam memperkasa kompetensi, profesionalisme dan daya saing pegawai perakaunan agar sentiasa relevan dengan keperluan persekitaran kewangan dan tadbir urus masa kini.

Mesyuarat turut merakamkan ucapan selamat datang kepada ahli baharu JEPPA iaitu Puan Ruzinah binti Rukun, Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) dan Puan Norifah binti Nordin, Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA). Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh lagi sinergi serta menyumbang idea dan pandangan bernilai dalam memperkasakan agenda pembangunan profesional JANM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia, YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani, Pengarah Institut Perakaunan Negara dan semua Ahli Jawatankuasa serta urus setia IPNCPD atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.

12/05/2026

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜, ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—น๐˜‚๐˜€: ๐—˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ

Artikel The Impact of the Current Operational Value (COV) on Public-Sector Asset Management: A Case Study of the Fire and Rescue Department of Malaysia under IPSAS 45 and 46 mendedahkan bagaimana konsep Current Operational Value (COV) mampu merevolusikan pengurusan aset sektor awam di Malaysia dengan memberikan gambaran lebih tepat tentang kondisi, penggunaan dan nilai sebenar aset, sekaligus membantu kerajaan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak tanpa menjejaskan aliran tunai. Lebih menarik, pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, malah membuka jalan kepada perancangan aset yang lebih strategik dan efisien - satu perubahan penting yang bakal memberi impak besar kepada masa depan pengurusan kewangan sektor awam.

Artikel penuh boleh didapati dalam IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management, Volume 15, No. 2, 2025 di https://jurnal.ipn.gov.my.

Photos from IPN CPD's post 11/05/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ฃ๐—ก ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฝ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€: ๐—•๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฃ๐—ก ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฟ. ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฏ๐—ผ๐—ฏ

Program IPN Leadership Series: Bicara Kepimpinan IPN bersama tokoh ekonomi negara, YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Seri Dr. Sulaiman Mahbob bertajuk โ€œEconomic Resilience and Strategic Decision Makingโ€ telah berlangsung pada 7 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Cyberjaya.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia dan dihadiri oleh barisan kepimpinan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Pengarah Institut Perakaunan Negara, YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani serta pegawai-pegawai kanan JANM.

Dalam sesi perkongsian ini, YBhg. Tan Sri telah berkongsi pandangan mengenai kepentingan daya tahan ekonomi, kestabilan politik dan institusi, serta keperluan membuat keputusan strategik yang pragmatik dalam mendepani cabaran ekonomi global dan ketidaktentuan geopolitik semasa. Beliau turut menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, keyakinan pelabur, pembangunan modal insan serta penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.

Program ini menjadi platform strategik Institut Perakaunan Negara dalam memperkukuh budaya ilmu dan pembangunan kepimpinan sektor awam yang progresif, berintegriti dan berpandangan jauh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

IPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Seri Dr. Sulaiman Mahbob atas perkongsian ilmu dan pandangan strategik yang amat bermakna kepada seluruh peserta, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

01/05/2026

๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก๐—–๐—ฃ๐——) mengucapkan ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan hari yang cukup signifikan dan bermakna kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, sebagai satu penghargaan khas atas peranan dan sumbangan mereka. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala khidmat bakti serta dedikasi yang telah dicurahkan demi kemajuan negara Malaysia yang tercinta.

Photos from IPN CPD's post 30/04/2026

๐—˜๐—™๐—™๐—˜๐—–๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—ช๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—œ๐— ๐—” โ€“ ๐— ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—›๐—ช๐—”๐—ฌ

Pada 29 April 2026, Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD) telah menganjurkan Effective Writing Skills Workshop bagi Program CIMA โ€“ MIA Special Pathway bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.

Bengkel ini dirangka khusus untuk memperkukuh keupayaan calon dalam menghasilkan penulisan yang jelas, padat, berstruktur dan berimpak tinggi, selaras dengan kehendak peperiksaan CIMA. Peserta didedahkan kepada strategi penulisan berkesan, pengurusan masa serta penguasaan gaya bahasa profesional yang mampu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti jawapan peperiksaan.

IPNCPD berbesar hati menerima kehadiran Dr. Yee Wee Chun, tenaga pengajar dari Noesis Exed Berhad yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan profesional dan program CIMA. Sentuhan beliau yang praktikal, interaktif dan berorientasikan keperluan peperiksaan sebenar membantu calon menguasai teknik penulisan berstruktur, kemahiran menyusun hujah dengan jelas, serta strategi menjawab soalan secara analitikal dan meyakinkan.

Penganjuran bengkel ini bukan sekadar latihan teknikal semata-mata tetapi juga satu inisiatif sokongan akademik berfokus untuk memperkukuh persediaan calon menghadapi peperiksaan CIMA โ€“ MIA Special Pathway Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan lebih yakin dan berkesan.

29/04/2026

๐—–๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ: ๐—œ๐—ฃ๐—ก ๐—๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ข๐—™ ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ฅ๐—–๐—› ๐—”๐—ก๐—— ๐—ฃ๐—ฅ๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—–๐—˜ ๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—– ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—–๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—— ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perakaunan Negara (IPN) akan menerbitkan IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management Volume 16, No. 2, 2026 dan Volume 17, No.1, 2027.

Pihak IPN amat mengalu-alukan penyertaan dalam kalangan penjawat awam, penyelidik, ahli akademik dan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan sektor awam melalui sumbangan manuskrip bagi penerbitan jurnal edisi 2026/2027 ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR yang disertakan pada poster. Permohonan juga boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila hubungi urus setia seperti di bawah:

Anati Zawana binti Rahmat
03-83244406 | [email protected]

Nur Diyana binti Musa
03-83244407 | [email protected]

Want your business to be the top-listed Accountant in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara, Tingkat 1, Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30