Borderless Intelligence
HR Business Partner & Coaching, Advisory, Consultancy, Training & Teambuilding
06/06/2026
Ramai bisnes owner terperangkap dalam rutin operasi harian:
π Layan pelanggan
π¦ Pantau operasi
π§Ύ Selesaikan masalah staf
π° Kejar sales setiap hari
Tak salah.
Tetapi jika anda sentiasa berada "In The Business", siapa yang sedang memikirkan hala tuju "On The Business"?
Bisnes yang boleh berkembang memerlukan:
β
Sistem yang jelas
β
KPI yang boleh diukur
β
Team yang dipimpin dengan baik
β
Perancangan jangka panjang
β
Keputusan strategik yang memberi impak.
Kerja harian memang penting, tetapi masa depan syarikat dibina melalui perancangan dan strategi. π
05/06/2026
πΆ Tahukah anda? Selepas cuti bersalin 98 hari, masih ada bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh pekerja wanita yang layak.
Kebanyakan majikan dan HR masih belum mengetahui mengenai Post Maternity Allowance (EPCB) yang disediakan oleh PERKESO bagi membantu pekerja wanita kembali bekerja selepas tempoh cuti bersalin. π²
Memahami manfaat ini bukan sahaja membantu pekerja, malah menunjukkan komitmen organisasi dalam menyokong kesejahteraan ibu bekerja. π«°
04/06/2026
π’ Politik Pejabat Wujud di Hampir Setiap Organisasi. Bagaimana kita menghadapinya?
Ramai orang masuk kerja dengan harapan prestasi yang baik sudah cukup untuk berjaya.
Hakikatnya, selain kemahiran teknikal, kita juga perlu memahami perangai manusia, komunikasi dan budaya organisasi. π€
5 perkara yang boleh membantu anda kekal profesional:
β
Dokumentasikan perkara penting
β
Jauhi gosip dan drama pejabat
β
Fahami struktur kuasa dan proses membuat keputusan
β
Jaga reputasi dan kredibiliti diri
β
Kekal tenang dan bertindak secara strategik
Untuk masa depan yang lebih baik... Fokus kepada integriti, prestasi dan hubungan kerja yang sihat ya. π
03/06/2026
Posting kali ini panjang sedikit..
Dua peraturan penting yang diwartakan pada 29 Mei 2026 telah menyediakan butiran pelaksanaan selanjutnya untuk skim LINDUNG 24 Jam, dengan kedua-dua pindaan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.
P.U. (A) 206 β Pekerja dengan Pelbagai Majikan dan laporan Kemalangan
Pindaan itu memperkenalkan proses formal untuk pekerja yang mempunyai lebih daripada seorang majikan.
Di bawah Peraturan 12B baharu, PERKESO boleh mengeluarkan notis bertulis yang menghendaki pekerja memilih hanya seorang majikan bagi tujuan caruman kecederaan bukan pekerjaan.
Pekerja mesti menjawab secara bertulis dalam tempoh 30 hari. Sekiranya tiada maklum balas diterima, PERKESO akan menentukan majikan dan memaklumkan kedua-dua pihak secara bertulis.
Sekiranya pekerja itu kemudiannya meninggalkan majikan yang dipilih, PERKESO mesti dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari.
Pindaan itu juga memperkenalkan Peraturan 73A, yang menjelaskan prosedur pelaporan untuk kecederaan bukan pekerjaan. Tuntutan kini dilaporkan terutamanya oleh orang yang di insurankan atau tanggungannya menggunakan Borang 34, bukannya oleh majikan.
Jika kecederaan itu timbul daripada kemalangan yang berkaitan dengan perjalanan dan tidak bersifat kecil, laporan polis mesti disertakan bersama Borang 34.
Di samping itu, Peraturan 71 telah dipinda untuk menjelaskan bahawa kewajipan melaporkan kemalangan majikan hanya terpakai kepada kecederaan pekerjaan.
P.U. (A) 205 β Kadar Minimum Manfaat Harian Pindaan kedua menetapkan kadar faedah harian minimum yang perlu dibayar untuk tuntutan kecederaan bukan pekerjaan di bawah skim LINDUNG 24 Jam.
Kecederaan Pekerjaan: RM30 sehari (tidak berubah)
Kecederaan Bukan Pekerjaan β Fasa Pertama: RM18 sehari
Kecederaan Bukan Pekerjaan β Fasa Kedua: RM24 sehari
Kecederaan Bukan Pekerjaan β Fasa Ketiga: RM30 sehari
Pindaan ini memberikan kejelasan yang lebih jelas tentang tanggungjawab sumbangan, prosedur pelaporan kemalangan dan kelayakan manfaat di bawah skim LINDUNG 24 Jam.
Walaupun laporan kecederaan bukan pekerjaan kini sebahagian besarnya dikendalikan oleh orang yang diinsuranskan atau tanggungan mereka, majikan tetap bertanggungjawab untuk memastikan potongan caruman PERKESO yang tepat dan kiriman wang bulanan tepat pada masanya.
02/06/2026
π¬π§ It's a Wrap β Business Trip 2026, London
Alhamdulillah, selesai sudah misi dan perjalanan kami di London.
9 hari yang penuh dengan pembelajaran, perbincangan strategik, networking dan penerokaan peluang baharu yang bakal memberi nilai kepada pelanggan dan rakan kerjasama Borderless. π
Kini tiba masanya untuk pulang, menyusun segala ilmu dan peluang yang diperoleh menjadi sesuatu yang memberi impak pada masyarakat. π«°
London 2026, terima kasih atas pengalaman yang luar biasa.
The journey may be ending, but the real work starts now. π
Semakin lama saya terlibat dalam dunia latihan, kepimpinan dan pembangunan manusia, semakin saya sedar bahawa banyak perkara tentang manusia sebenarnya boleh difahami melalui karakter haiwan. π€―
Dalam organisasi juga begitu.
Ada individu yang s**a memimpin.
Ada yang lebih selesa menyokong.
Ada yang pantas bertindak.
Ada yang teliti membuat analisis.
02/06/2026
β€οΈ Perjalanan yang selamat adalah hadiah paling berharga untuk keluarga. π
Yang menanti bukan sekadar destinasi, tetapi insan tersayang di rumah.
Daripada kami di Borderless Intelligence,semoga semua yang pulang bercuti selamat pergi, selamat kembali dan dipermudahkan setiap urusan perjalanan.
π€² Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
Pemimpin yang hebat tidak lahir semata-mata kerana jawatan.
Mereka dibentuk melalui latihan, bimbingan, pengalaman dan kesediaan untuk terus belajar.
π― Jika organisasi mahu melahirkan pemimpin yang berkesan, jangan hanya naikkan pangkat mereka. Lengkapkan mereka dengan ilmu kepimpinan yang betul.
Pekerja yang hebat menghasilkan kerja yang baik.
Tetapi pemimpin yang hebat menghasilkan pas**an yang hebat. π
30/05/2026
Adakah tahap pendidikan masih mempengaruhi gaji pada tahun 2026? π
Ramai yang berkata, βYang penting ada kemahiran, bukan sijil.β
Memang betul. Tetapi realitinya, tahap pendidikan masih memainkan peranan dalam menentukan peluang kerjaya, julat gaji dan laluan kenaikan pangkat.
Secara umum:
β
SPM membuka pintu kepada pekerjaan peringkat permulaan
β
Diploma memberi akses kepada lebih banyak jawatan teknikal dan penyeliaan
β
Ijazah meningkatkan peluang ke jawatan profesional dan pengurusan
β
Sarjana dan PhD membuka ruang kepada kepakaran, penyelidikan dan kepimpinan strategik
Namun satu perkara yang sering dilupakan...
Pendidikan membuka peluang, tetapi kemahiran, sikap dan pengalaman menentukan sejauh mana seseorang boleh berkembang. π‘
Ada individu berkelulusan SPM yang berjaya membina kerjaya hebat.
Ada juga graduan yang masih bergelut mencari hala tuju.
Jadi persoalannya bukan sekadar:
"Apa kelayakan akademik anda?"
Tetapi:
"Apakah nilai yang anda bawa kepada organisasi?"
Bagaimana pendapat u'all? Adakah pendidikan masih menjadi faktor utama dalam menentukan gaji di Malaysia hari ini?
29/05/2026
Setiap hari di sini membuka perspektif baru tentang pendidikan, sistem kerja dan peluang masa depan.
Banyak perbincangan sedang dijalankan untuk membentuk satu program baru yang lebih bernilai buat client-client Borderless. π
Bila kita mula keluar melihat dunia, kita sedar bahawa pembelajaran, networking dan exposure adalah antara pelaburan terbaik untuk growth. π€
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Unit 203, Block 3520, Jalan Teknorat 6
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 17:30 |
| Tuesday | 10:00 - 17:30 |
| Wednesday | 10:00 - 17:30 |
| Thursday | 10:00 - 17:30 |
| Friday | 10:00 - 17:30 |