Crownleaf
Helping business owners solve complex business, tax and corporate challenges through practical strategic solutions. Every business problem is only a symptom.
Crownleaf Management Services helps business owners identify root causes, develop practical strategies and integrate sustainable solutions through business advisory, tax advisory and corporate structuring. Since 2009.
11/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 7
JANGAN MEMILIH UNTUK BAYAR TUITION FEE TERLALU MAHAL
Pejabat yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan suara pekerja...
Kini hanya tinggal kenangan.
Operasi diteruskan dari rumah.
Sebahagian urusan dibuat secara dalam talian.
Bukan kerana itu pilihan yang dirancang.
Tetapi kerana itulah pilihan yang masih tinggal.
Namun...
Cabaran sebenar masih belum berakhir.
Ada hari yang dihabiskan di mahkamah.
Ada hari yang dihabiskan bertemu peguam.
Ada hari yang dihabiskan menjawab tuntutan daripada pihak-pihak yang masih menunggu hak mereka.
Malam p**a diisi dengan persoalan yang sama.
"Di mana sebenarnya aku silap?"
Ketika itu...
Barulah owner mula memahami bahawa harga sebuah kesilapan bukan sekadar kehilangan pejabat atau kereta.
Ada harga yang tidak boleh diukur dengan wang.
Masa yang hilang.
Kepercayaan yang musnah.
Tekanan yang berpanjangan.
Dan penyesalan yang datang terlalu lewat.
Daripada pengalaman saya...
Setiap usahawan pasti akan membayar "tuition fee" dalam perjalanan mereka.
Bezanya...
Ada yang membayarnya melalui pengalaman orang lain.
Ada p**a yang memilih untuk membayarnya melalui pengalaman sendiri.
Persoalannya... berapa mahal harga yang sanggup kita bayar?
10/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 6
... RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI.
Akhirnya, satu demi satu mula datang menuntut hak mereka.
Pada ketika ini...
Masalah tidak lagi boleh disembunyikan.
Bank mula menolak permohonan pembiayaan baharu.
Permohonan tambahan kemudahan kredit juga tidak lagi diluluskan.
Tidak lama kemudian...
Kenderaan yang suatu ketika dahulu menjadi lambang kejayaan mula ditarik balik.
Pejabat yang dibanggakan p**a berdepan tindakan kerana tunggakan yang semakin bertambah.
Dalam masa yang sama...
Staf senior yang selama ini menjadi tulang belakang syarikat mula mengambil keputusan untuk meninggalkan organisasi.
Keadaan menjadi semakin sukar.
LHDN mula menghubungi syarikat.
Jabatan Kastam p**a mula mengeluarkan notis.
SSM mula mengenakan kompaun kerana kegagalan mematuhi kewajipan yang sepatutnya diselesaikan lebih awal.
Pada ketika itu...
Owner mula sedar.
Masalah yang diabaikan selama ini bukan lagi sekadar masalah cashflow.
Ia telah bertukar menjadi krisis yang melibatkan seluruh perniagaan.
Daripada pengalaman saya...
Pada tahap ini...
Ramai owner tidak lagi memikirkan keuntungan.
Mereka hanya berharap syarikat masih mampu bertahan sehingga bulan hadapan.
Barulah mereka benar-benar memahami satu hakikat.
Tak senang nak senang.
Tak susah nak susah.
07/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 5
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG......
Pada ketika ini, masalah tidak lagi berlaku di dalam akaun bank. Ia mula merebak ke seluruh syarikat.
Mula-mula...
Purchasing memaklumkan bahawa pesanan kepada pembekal tidak dapat dibuat kerana bayaran terdahulu masih belum dijelaskan.
Tidak lama kemudian...
Jadual penghantaran kepada pelanggan mula terganggu kerana stok tidak mencukupi.
Ada pelanggan yang mula menunggu lebih lama.
Ada yang mula mencari pembekal lain.
Ada juga yang mula mempersoalkan kualiti produk dan perkhidmatan.
Sedikit demi sedikit...
Jualan mula terjejas.
Wang yang masuk juga mula berkurangan.
Dalam masa yang sama...
Bil utiliti yang sebelum ini dibayar seperti biasa mula tertunggak.
Satu demi satu.
Dan surat bil yang dahulunya biasa dilihat...
Kini mula bertukar warna menjadi merah.
Prestasi staf juga mula berubah.
Bukan kerana mereka tidak mahu bekerja.
Tetapi kerana bayaran gaji mula lewat walaupun belum benar-benar tertunggak.
Di penghujung hari...
Perubahan paling besar sebenarnya berlaku kepada owner sendiri.
Mood mula berubah.
Tidur semakin tidak lena.
Dan fikiran mula dipenuhi persoalan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Daripada pengalaman saya...
Disaster tidak berlaku dalam sekelip mata.
Ia adalah rentetan satu demi satu kegagalan yang akhirnya mula menelan seluruh perniagaan.
06/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 4
KOMITMEN TIDAK PERNAH DATANG SEKALI. IA DATANG SETIAP BULAN.
Pada hari keputusan dibuat...
Semuanya kelihatan terkawal.
Ansuran kereta dibayar.
Gaji Personal Assistant dibayar.
Sewa pejabat yang lebih besar juga tidak menjadi masalah.
Malah baki akaun bank masih kelihatan sihat.
Namun itu baru permulaan.
Belum lagi kos penyelenggaraan kenderaan.
Belum lagi insurans dan cukai jalan.
Belum lagi bil elektrik pejabat yang semakin meningkat.
Belum lagi internet, lesen perisian, penyelenggaraan pejabat dan pelbagai kos operasi lain.
Begitu juga apabila mengambil pekerja baharu.
Bukan sekadar gaji.
Masih ada caruman EPF, SOCSO, EIS, cuti tahunan, bonus, peralatan kerja dan pelbagai kos lain yang datang bersamanya.
Setiap satunya mungkin tidak kelihatan besar.
Tetapi apabila digabungkan...
Ia menjadi satu komitmen tetap yang perlu dibayar pada setiap bulan.
Daripada pengalaman saya...
Ramai owner tidak sedar bahawa mereka bukan sekadar menambah aset atau pekerja.
Mereka sebenarnya sedang menambah komitmen yang akan terus menunggu mereka pada setiap awal bulan.
05/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 3
SEGALANYA BERMULA DENGAN SATU KEPUTUSAN YANG KELIHATAN BETUL.
Pejabat lama sebenarnya masih boleh digunakan.
Tetapi pejabat yang lebih besar nampak lebih meyakinkan.
Kereta yang ada masih elok.
Tetapi kereta yang lebih selesa dirasakan lebih sesuai untuk bertemu pelanggan.
Malah ada yang mengambil seorang Personal Assistant, bukan kerana beban kerja sudah terlalu tinggi, tetapi kerana merasakan syarikat kini sudah sampai masanya untuk memiliki seorang.
Satu demi satu.
Setiap keputusan mempunyai alasan yang boleh diterima.
Malah, jika dilihat secara berasingan, mungkin tiada satu pun yang salah.
Masalahnya...
Semua keputusan itu dibuat dalam tempoh yang hampir sama.
Dan setiap satu membawa bersama komitmen baharu yang perlu ditanggung oleh syarikat.
Daripada pengalaman saya...
Beban sesebuah syarikat jarang bertambah secara mendadak.
Ia bertambah sedikit demi sedikit... sehingga satu hari nanti, owner sendiri tertanya-tanya bagaimana syarikat yang dahulunya begitu selesa, boleh menjadi begitu sempit.
04/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 2
APABILA BAKI AKAUN BANK SEMAKIN BERTAMBAH, CARA KITA MEMBUAT KEPUTUSAN JUGA MULA BERUBAH
Selepas melihat baki akaun bank syarikat semakin bertambah, ramai owner mula mempunyai satu keyakinan baharu.
Mereka percaya syarikat kini mempunyai lebihan wang.
Daripada keyakinan itulah, keputusan-keputusan besar mula dibuat.
Sebenarnya, bukan keputusan itu yang menjadi masalah.
Tetapi asas kepada keputusan tersebut.
Apabila kita percaya syarikat mempunyai banyak lebihan wang, kita mula merasakan hampir semua perkara mampu dilakukan.
Kita mula berfikir lebih besar.
Lebih berani.
Dan kadangkala... lebih cepat daripada yang sepatutnya.
Pada tahap ini, ramai owner masih belum menyedari bahawa setiap keputusan yang dibuat hari ini akan mencipta satu komitmen baharu yang perlu ditanggung oleh syarikat pada masa hadapan.
Komitmen tidak pernah meminta izin sebelum datang.
Tetapi apabila ia sudah wujud, ia akan terus menunggu untuk dipenuhi.
Dan daripada pengalaman saya...
Di sinilah ramai owner mula terlupa bahawa membeli adalah satu keputusan, tetapi menanggung ialah satu komitmen.
03/08/2026
CHAPTER 2 | SURVIVE
EPISODE 1
RAMAI OWNER MENYANGKA SYARIKAT MEREKA SEDANG UNTUNG
Sepanjang pengalaman saya bersama pelbagai jenis perniagaan, saya sering melihat satu situasi yang hampir sama.
Apabila baki wang di dalam akaun bank syarikat semakin bertambah, ramai owner mula menarik nafas lega.
Mereka merasakan perniagaan sedang berkembang.
Mereka merasakan syarikat sedang untung.
Dan mereka merasakan masa depan syarikat berada di landasan yang betul.
Namun ada satu perkara yang sering terlepas pandang.
Baki wang yang tinggi di dalam akaun bank tidak semestinya membawa maksud yang sama.
Ada yang datang daripada hasil jualan yang telah disempurnakan.
Ada yang datang daripada bayaran pendahuluan pelanggan bagi kerja yang masih belum dilaksanakan.
Ada yang datang daripada pinjaman yang baru diluluskan.
Dan ada juga baki yang kelihatan tinggi kerana pengarah memilih untuk tidak mengambil gaji atau imbuhan yang sepatutnya diterima, lalu membiarkannya terus berada di dalam akaun syarikat.
Semuanya bercampur di dalam akaun bank yang sama.
Apabila perkara ini tidak difahami dengan jelas, ramai owner mula membuat keputusan berdasarkan angka yang mereka lihat di dalam akaun bank, bukan berdasarkan kedudukan kewangan sebenar syarikat.
Sedangkan setiap ringgit di dalam akaun itu mempunyai cerita dan tanggungjawab yang berbeza.
Dan daripada pengalaman saya...
Di sinilah cerita sebenar biasanya bermula.
31/07/2026
KALAU OWNER TIDAK MASUK PEJABAT SEBULAN... APA YANG AKAN BERLAKU?
Sepanjang pengalaman saya bersama pelbagai jenis perniagaan, ada satu soalan yang saya gemar bertanya kepada business owner.
"Kalau encik tidak masuk pejabat selama sebulan, apa yang akan berlaku kepada syarikat?"
Reaksi mereka hampir sama.
Ada yang tersenyum.
Ada yang ketawa.
Ada juga yang terus menjawab tanpa berfikir panjang.
"Tak boleh. Habis semua jadi kelam-kabut."
Jawapan itu sebenarnya tidak salah. Malah, ia sangat jujur.
Tetapi di situlah saya mula melihat satu corak yang sering berulang.
Ramai owner tidak sekadar menguruskan perniagaan mereka. Tanpa disedari, mereka sendiri telah menjadi sistem kepada perniagaan itu.
Semua keputusan perlu melalui mereka. Pekerja menunggu arahan mereka. Pelanggan mahu bercakap dengan mereka. Pembekal mencari mereka. Masalah sekecil mana sekalipun akhirnya akan sampai ke meja mereka.
Pada peringkat awal, keadaan ini adalah perkara biasa. Ketika perniagaan masih kecil, pengasas memang perlu memakai pelbagai "topi" dalam satu masa. Mereka menjadi jurujual, pengurus operasi, akauntan, penghantar barang, malah kadangkala menjadi tukang cuci sekalipun.
Namun apabila perniagaan semakin berkembang, cara bekerja juga sepatutnya berubah.
Malangnya, ramai owner terus menggunakan cara yang sama walaupun syarikat sudah mempunyai puluhan pekerja, beberapa cawangan dan jualan yang jauh lebih besar berbanding dahulu.
Akibatnya, perniagaan terus berkembang, tetapi pergantungan kepada owner juga terus bertambah.
Lama-kelamaan, owner menjadi semakin penat.
Bukan kerana mereka tidak bekerja keras.
Tetapi kerana organisasi tidak pernah belajar untuk membuat keputusan dan bergerak tanpa mereka.
Keadaan menjadi lebih mencabar apabila tiba masanya memikirkan soal pewarisan. Ramai berharap anak-anak akan meneruskan legasi keluarga. Namun realitinya, tidak semua anak mempunyai minat dan cara berfikir yang sama seperti ibu bapa mereka. Begitu juga dengan pekerja hari ini. Ramai yang lebih menghargai fleksibiliti dan peluang untuk berkembang mengikut acuan sendiri.
Dalam keadaan seperti ini, ramai owner mula mencari penyelesaian dengan membeli software atau melaksanakan sistem digital yang baharu.
Pada pandangan saya, software memang penting.
Tetapi software hanyalah alat.
Ia tidak mampu menggantikan budaya kerja, proses membuat keputusan dan perkongsian ilmu yang sepatutnya dibina dalam sesebuah organisasi.
Sebab itulah saya percaya, persoalan yang lebih penting bukanlah...
"Software apa yang patut saya beli?"
Tetapi...
"Adakah organisasi saya mampu terus bergerak jika suatu hari nanti saya tiada di pejabat?"
Kerana pada akhirnya...
Software boleh dibeli. Sistem perlu dibina.
30/07/2026
Air Terjun Menjadi Air Pili
Sepanjang pengalaman saya, saya pernah melihat beberapa business owner yang sangat berjaya membina perniagaan pertama mereka. Perniagaan berkembang dengan begitu baik, pelanggan semakin ramai dan pendapatan p**a masuk dengan sangat lebat.
Namun di sebalik kejayaan itu, mereka sendiri terlalu sibuk menguruskan operasi harian. Hampir semua perkara perlu melalui mereka. Mereka menjadi orang yang paling penting dalam syarikat sehingga tanpa kehadiran mereka, banyak perkara seolah-olah tidak dapat bergerak.
Apabila keuntungan semakin meningkat, mereka mula mempelbagaikan portfolio perniagaan dan membuat pelbagai pelaburan baharu. Itu bukan satu kesalahan. Malah, ia boleh menjadi langkah yang baik untuk mengembangkan kekayaan.
Malangnya, dalam masa yang sama, mereka terlalu berkira untuk melabur semula ke dalam perniagaan induk. Sistem pengurusan tidak dinaik taraf. Operasi masih bergantung kepada cara lama. Proses kerja tidak didokumentasikan. Pembangunan pasukan p**a tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Akibatnya, semakin besar perniagaan, semakin berat beban yang perlu dipikul oleh owner sendiri.
Lama-kelamaan, mereka mula penat.
Lebih mencabar apabila tiba masanya memikirkan soal pewarisan. Ramai berharap anak-anak akan menyambung legasi keluarga. Tetapi hakikatnya, minat, sikap dan semangat berniaga antara ibu bapa dan anak tidak semestinya sama.
Dalam keadaan persaingan yang semakin sengit dan pasaran yang sentiasa berubah, perniagaan induk mula kehilangan momentum. Bukan kerana produknya tidak lagi berkualiti, tetapi kerana sistemnya gagal berkembang seiring dengan perkembangan perniagaan.
Mereka tidak jatuh miskin. Mereka masih mempunyai portfolio perniagaan dan pelaburan lain yang mampu menyokong kehidupan.
Tetapi sesuatu yang dahulunya mengalir seperti air terjun kini hanya tinggal seperti air yang keluar daripada pili.
Basah tetap basah.
Tetapi tidak lagi deras.
Tidak lagi segar.
Dan tidak lagi memberi keterujaan seperti dahulu.
Pada pandangan saya, kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui berapa banyak aset yang berjaya dikumpulkan. Ia juga diukur melalui sejauh mana perniagaan itu mampu berkembang tanpa terus bergantung kepada pemiliknya.
29/07/2026
BILA MASALAH DATANG BERTIMPA-TIMPA
Berbisnes memang mencabar, lebih-lebih lagi ketika kita baru hendak menapak dalam sesuatu industri. Walaupun sudah ada sedikit modal, pengetahuan asas, lesen dan beberapa contact, realiti perniagaan selalunya tidak seindah yang dibayangkan dan tidak selurus pembaris.
Modal yang ada mungkin cukup untuk memulakan operasi, tetapi belum tentu mampu menampung kos sehingga pendapatan benar-benar melebihi perbelanjaan bulanan. Ada juga perniagaan yang beroperasi secara kredit. Jualan sudah dibuat, tetapi bayaran hanya diterima beberapa minggu atau bulan kemudian, sedangkan sewa, gaji dan kos operasi tetap perlu dibayar.
Lesen p**a hanya memberikan kebenaran untuk beroperasi. Ia tidak menjadikan kita terus berpengalaman atau memahami sepak terajang industri. Ilmu juga sangat penting, tetapi ilmu yang banyak tanpa adab, kemahiran komunikasi dan kebolehan membina kepercayaan belum tentu mampu membantu kita bersaing dalam pasaran terbuka.
Produk boleh jadi sangat bagus, tetapi jika tidak tahu memasarkannya, ia tetap tidak akan bergerak. Contact yang semasa berbual menjanjikan bulan dan bintang p**a belum tentu bersedia membantu apabila kita benar-benar memulakan perniagaan. Apabila semuanya tidak berlaku seperti yang dirancang, kita mula merasakan terlalu banyak masalah datang serentak.
Dalam keadaan tertekan, ramai owner merasakan mereka perlu bertindak segera. Ada yang terus menambah modal, membuat pinjaman atau membuka cabang perniagaan baharu yang kelihatan lebih cepat dan menguntungkan.
Masalahnya, tindakan tersebut kadangkala hanya meredakan tekanan sementara. Ia tidak menyelesaikan punca sebenar, malah mungkin menjemput masalah yang lebih besar.
Ini bukan cakap buku. Ini cakap daripada pengalaman.
Apabila masalah mula datang bertimpa-timpa, jangan terlalu cepat menambah tindakan.
PAUSE seketika. Kenal pasti apa yang sebenarnya berlaku. Fahami puncanya. Kemudian barulah bertindak.
Kerana tindakan yang cepat tidak semestinya menyelesaikan masalah. Kadangkala ia hanya menjadikan masalah lama lebih sukar untuk dibetulkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
THIRD Avenue
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:00 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 17:30 |
| Friday | 08:00 - 17:30 |