Fit In Child Development Centre
FIT IN Child Therapy provides ABA Therapy, Behaviour Therapy and Speech Therapy for children of age 16 months to 8 years old.
Currently 7 Branches in Cyberjaya, Menjalara, Bukit Jelutong, Eco-Majestic, Teluk Panglima Garang, Kerteh & Rawang
Lambat cakap BUKAN tanda pertama autisme 🚨
Ini 3 tanda kami perhatikan sebelum anak sepatutnya mula bercakap. Save video ini untuk rujukan.
Anak selalu berjalan jinjit (tip toe). Perlukah ibu bapa risau?
Ramai kanak-kanak berjalan jinjit sekali-sekala, terutama ketika baru belajar berjalan. Ini selalunya normal. 😊
Namun, jika anak kerap berjalan jinjit, masih berterusan selepas umur 3 tahun, atau sukar meletakkan seluruh tapak kaki ke lantai, ia wajar dinilai oleh profesional.
Toe walking boleh dikaitkan dengan beberapa perkara seperti:
👣 Sensitiviti sensori
💪 Otot betis yang tegang
🧠 Perkembangan sistem saraf
🧩 Keadaan perkembangan tertentu (termasuk sesetengah kanak-kanak autistik)
⚠️ Tip toe bukan bermaksud anak pasti mempunyai autisme. Ramai kanak-kanak berjalan jinjit tanpa mempunyai sebarang diagnosis.
Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Jika anda ragu-ragu, penilaian awal dapat memberi ketenangan dan membantu anak mencapai potensi terbaiknya.
Simpan post ini sebagai rujukan dan kongsikan kepada ibu bapa lain.
31/07/2026
Behind every achievement is a team, a family, and a child who never stops trying.
Thank you to our wonderful parents for your trust and heartfelt feedback. We’re honoured to walk alongside your family, one milestone at a time. ✨
Masih keliru apa beza ABA Therapy, OT & Speech Therapy? 🤔
Ramai ibu bapa ingat ketiga-tiganya sama. Sebenarnya, setiap terapi ada fokus yang berbeza dan saling melengkapi. 💛
🧩 ABA Therapy
Fokus kepada pembelajaran tingkah laku dan kemahiran seperti komunikasi, bermain, berdikari, mengikut arahan dan kemahiran sosial.
🤸 Occupational Therapy (OT)
Membantu anak menguatkan kemahiran motor halus & kasar, pemprosesan sensori, koordinasi badan serta kemahiran harian seperti makan, menulis dan memakai baju.
🗣️ Speech Therapy
Fokus kepada perkembangan komunikasi, bahasa, sebutan, kefahaman bahasa dan kemahiran makan atau menelan (jika diperlukan).
✨ Tiada terapi yang “lebih baik”. Yang penting ialah terapi yang sesuai dengan keperluan anak.
Setiap anak unik. Sebab itu pelan intervensi juga berbeza untuk setiap anak. ❤️
Simpan post ini untuk rujukan, dan kongsikan kepada ibu bapa lain yang masih keliru!
EarlyIntervention
25/07/2026
Vocal stimming has a purpose. When a replacement behavior is needed, it should support the same sensory or emotional function—not simply suppress the behavior. The goal is to help children regulate in ways that are meaningful, functional, and respectful of their needs. 💙
20/07/2026
Every therapist has a story.
Get to know our ABA Therapist as they share the moments, rewards, and life lessons that make this journey meaningful. 💙
Bila orang kata anak itu manja, mereka mungkin tak nampak apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Apa yang kelihatan seperti tantrum mungkin sebenarnya meltdown. Anak itu bukan sengaja berkelakuan begitu. Dia sedang bergelut untuk mengawal dirinya, emosi yang terlalu besar dan keadaan sekeliling yang terasa terlalu mencabar untuk dirinya pada waktu itu.
Sebagai orang di sekeliling, kita mungkin hanya melihat beberapa minit. Tetapi ibu bapa melalui perjalanan itu setiap hari.
13/07/2026
🗣️ The Impacts of Vocal Stimming & How to Manage It
Vocal stimming is a natural way many autistic individuals regulate themselves, but when it becomes excessive or disruptive, it may affect daily life.
⚠️ Possible impacts:
• Difficulty participating in everyday activities
• Negative attention, stigma, and social exclusion
• In some cases, progression to self-injurious forms of stimming
💡 Ways to support and manage vocal stimming:
✔️ Consider professional support, such as ABA therapy or occupational therapy
✔️ Identify and reduce triggers or sources of stress
✔️ Provide alternative sensory outlets, such as fidget toys or other preferred calming activities
The goal is not to eliminate stimming, but to understand its purpose and support individuals in ways that are safe, respectful, and meaningful. 💙
08/07/2026
Hearing from our parents reminds us why we do what we do 🤍 Thank you for trusting us to be part of your child’s ABA therapy journey. Your words mean so much to our team and inspire us every day.
Bila bercakap tentang autisme, ramai fokus pada komunikasi dan tingkah laku. Tapi ada satu perkara yang sering berlaku di sebalik semuanya iaitu masalah sensori.
Bagi sesetengah kanak-kanak autisme, bunyi seperti kipas, vacuum, cahaya terang, tekstur baju, atau tempat yang ramai boleh terasa sangat overwhelming.
Ada juga yang kurang sensitif terhadap rangsangan, jadi mereka mencari sensory input seperti:
✨ melompat
✨ berpusing
✨ tekan badan
✨ menggigit atau sentuh objek tertentu
Masalah sensori boleh mempengaruhi fokus, emosi, pembelajaran, dan rutin harian mereka.
Apa yang nampak “biasa” bagi kita, mungkin terasa terlalu banyak bagi mereka. 🤍
Bila kita mula memahami sensory processing, kita akan kurang menghukum dan lebih memahami kenapa sesuatu tingkah laku berlaku.
Kerana kadang-kadang, tingkah laku itu bukan “nakal”, tetapi cara mereka cuba regulate diri dalam dunia yang terlalu penuh dengan rangsangan. 🌱
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
FR-02-08 & 03-08, Tamarind Suites, Persiaran Multimedia
Cyberjaya
63000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 12:00 |