Cheras Sud Ragazzi

Cheras Sud Ragazzi

Share

Subgroup of ultraSel from Hulu Langat, Cheras, Serdang, Kajang, Bangi and Semenyih

04/06/2026

PASCA MESYUARAT LUAR BIASA FAM: APA JADI DEKAT 7 PEMAIN "PALSU"?

Hari ini, Mesyuarat EGM dah dilaksanakan, dipengerusi oleh Setiausaha AFC sendiri.

Nampaknya AFC sendiri telah arahkan FAM laksanakan tuntutan ke-2 dan ke-3 Ultras Malaya; iaitu:

(2) Kembalikan skuad kebangsaan kepada FAM

(3) Reformasi bola sepak Malaysia

Yang anehnya, tidak ada 1 arahan khusus untuk 7 pemain "palsu" yang memalukan negara Malaysia ni. Takkan case closed kot? Atau semua pihak terlibat nak main "tai chi" sesama sendiri?

Patutnya kongres kena buat persetujuan, tarik semula kerakyatan 7 pemain ni. Dah terang-terang menipu, kenapa tak tarik warganegara. Atau, sebenarnya 7 pemain ini "dilindungi" pihak tertentu?

Tuntutan kami jelas, status kerakyatan 7 pemain perlu ditarik balik!

Kita fokus TIGA-TIGA tuntutan dilaksanakan!

30/05/2026

FAHAMI ASAS TUNTUTAN KBSKR

Ada sebab mengapa tuntutan Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat dibuat.

Dunia bola sepak Malaysia sekarang sedang tercemar dengan pelbagai isu. Sudah tiba masanya kita sebagai Rakyat peka dan tuntut reformasi keseluruhan ekosistem bola sepak negara.

Sebarkan!

26/05/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam diseluruh dunia.

Nilai pengorbanan sangat penting untuk capai perkara yang lebih baik pada masa akan datang.

Salam AidilAdha 1447H.

Semoga segala perjuangan dan pengorbanan kalian diberkati dan membawa makna untuk kehidupan.

20/05/2026

Belajar untuk mementingkan keutamaan. Apapun, semoga berjaya untuk Final kali ini.

WIN IT FOR SELANGOR

Tahniah Selangor FC atas kemaraan ke final Shopee Cup.

Bila sudah sampai ke final tu, pergilah menang.

Kepada pemain.
Kepada penyokong.
Kepada semua yang masih percaya kelab ini boleh berdiri lebih tinggi daripada sekadar satu final.

Kita perlu jujur, kemaraan ke final Shopee Cup tidak boleh dijadikan ukuran tunggal untuk menilai musim 2025/26.

Selangor FC tetap perlu dinilai secara menyeluruh melalui Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan ACL2. Di situlah tahap sebenar pasukan, keutamaan kelab dan hala tuju musim lebih jelas diuji.

Ini soal keutamaan.

Masuk final Shopee Cup bukan masalah.

Masalahnya apabila satu final digunakan untuk menutup keseluruhan musim yang tidak seimbang.

Sedangkan prestasi dalam medan yang lebih utama tidak mencapai sasaran, tetapi pencapaian dalam Shopee Cup dijadikan satu cerita besar p**a.

π˜Όπ™™π™–π™ π™–π™ π™ π™žπ™©π™– π™¨π™šπ™’π™ͺ𝙖 π™©π™šπ™§π™‘π™–π™‘π™ͺ π™˜π™šπ™₯𝙖𝙩 π™—π™šπ™§π™₯π™ͺ𝙖𝙨 π™π™–π™©π™ž?

Jangan lupa, tuntutan pemulihan struktur teknikal Selangor FC masih menjadi tanda tanya.

Dah selesai ke?
Tengah diusahakan ke?
Technical Director dah tetap ke?
Atau semua itu sudah tidak diendahkan hanya kerana kita masuk final?

Sejujurnya, kita semua mahu perkara yang sama.

Kita mahu Selangor FC menjadi kelab yang lebih tersusun, lebih jelas, lebih bertanggungjawab dan lebih serius dalam meletakkan keutamaan bola sepak Selangor secara keseluruhan. Dari skuad utama, sehingga ke akar umbi.

Sebab itu, selari dengan tuntutan nombor 3 KBSKR, Reformasi Bola Sepak Malaysia tidak boleh berhenti di badan induk atau pengurusan liga sahaja.

Ia juga mesti sampai ke peringkat kelab. Cara keputusan dibuat.
Struktur teknikal dibina. Pemain dijaga. Penyokong dihormati.
Akauntabiliti ditegakkan.

Itu juga sebahagian daripada reformasi.

Jadi kepada Selangor FC, we just want to see you win, on and off the pitch.

Go win the cup!
Win it fair and square!
Fix the damn technical structure!

Win it for Selangor!

18/05/2026

FINAL DANCE

Tabik hormat buat para komrad yang berjuang habis-habisan untuk Musim 2025/26. Moga perjuangan berliku ini tetap diteruskan pada musim depan.

Kita fokus untuk pergerakan Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat. Ingat, tuntut tiga perkara bersama:

1. tarik kewarganegaraan palsu 7 pemain
2. kembalikan skuad negara kepada FAM
3. Reformasi bola sepak Malaysia

Sebarkan!

16/05/2026

ONE LAST DANCE. TURUN STADIUM MBPJ ESOK!

FINAL !! INI FINAL !!

1 HARI LAGI LET’S GO !

https://tickethotline.com.my/events/liga-super-malaysia-2025-2026-selangor-fc-vs-pdrm-fc?source=home

Photos from UM'07's post 15/05/2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sila ambil tindakan!

7 permohonan kewarganegaraan yang menipu (fraud), hukumnya adalah dilucut kerakyatan!

15/05/2026

2 HARI LAGI. PENUHKAN STADIUM MBPJ.

Perlawanan terakhir Liga Super Musim 25/26.

Perlawanan Akhir Liga Super 2025/2026.

2 hari lagi ⏳

https://tickethotline.com.my/events/liga-super-malaysia-2025-2026-selangor-fc-vs-pdrm-fc?source=home

14/05/2026

3 HARI LAGI UNTUK PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER MUSIM 25/26!

Penuhkan Stadium MBPJ

LS26 ⏳

04/05/2026

Kembalikan Bola Sepak Kepada Rakyat.

Ini bukan mengenai rampasan kuasa, ini tentang akauntabiliti dan tanggungjawab!

3 TUNTUTAN
1. Pecat kewarganegaraan tujuh pemain palsu.
2. Kembalikan pengelolaan skuad kebangsaan kepada FAM sepenuhnya.
3. Reformasi bolasepak Malaysia

KBSKR Bukan Rampasan Kuasa, Ini Tuntutan Akauntabiliti.

bukan gerakan untuk merampas kuasa.

Ia bukan cubaan penyokong untuk mengambil alih tampuk kepimpinan bola sepak Malaysia. Ia bukan tuntutan untuk merebut jawatan. Ia bukan gerakan untuk menggantikan satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Dalam bahasa mudah, tenang, jangan kanchiong. Kami bukan datang untuk ambil kerusi kalian.

Yang kami tuntut bukan kerusi. Yang kami tuntut ialah akauntabiliti.

Bola sepak Malaysia bukan milik mutlak mana-mana individu, institusi, kelompok politik, pemilik kelab, pegawai, atau orang berkepentingan.

Kalian yang menguruskan bola sepak ini ialah rakyat. Bezanya, kalian memegang fungsi, amanah dan kuasa. Maka apabila kuasa itu digunakan, ia mesti datang bersama tanggungjawab.

Siapa pun kalian, ahli politik, menteri, penjawat awam, kerabat, tauke, pemain, pegawai, atau penyokong, kalian tetap berada dalam ruang yang sama, ruang bola sepak rakyat.

Bezanya cuma tahap kuasa yang kalian pegang.

Sebab itu KBSKR menuntut satu perkara asas, uruslah bola sepak ini dengan jujur, telus, berintegriti dan bertanggungjawab. Jangan jadikan bola sepak sebagai alat kepentingan peribadi. Jangan jadikan institusi bola sepak sebagai ruang untuk melindungi kesilapan, menjaga pengaruh, atau memuaskan nafsu kuasa.

Masalah bola sepak Malaysia bukan baru.

Ia sudah lama wujud, dan sehingga hari ini, ada yang masih belum selesai. Tadbir urus masih lemah. Kewangan kelab masih rapuh. Liga masih tidak stabil. Akar umbi masih longgar. Standard profesional masih rendah. Penyokong ada yang tidak diumpamakan.

Setiap kali isu timbul, kita diberi kenyataan. Setiap kali krisis berlaku, kita diminta bertenang. Setiap kali penyokong bertanya, kita dilabel bising. Tetapi masalah yang sama terus berulang:

GAJI TERTUNGGAK
KELAB BERMASALAH
JADUAL BERUBAH
LESEN DIPERSOAL
PENGURUSAN KABUR
KEPUTUSAN BESAR TIDAK DIJELASKAN

Penyokong diminta sokong, tetapi jarang diberi jawapan.

Punyalah lama masalah ini dibiarkan membusuk, akhirnya lahir satu skandal yang memalukan negara, pemalsuan dokumen 7 pemain.

Ini bukan isu kecil. Ini bukan sekadar kes teknikal. Ini bukan sekadar kesilapan pentadbiran yang boleh ditutup dengan ayat biasa.

Apabila dokumen pemain boleh menjadi isu antarabangsa, apabila nama negara tercalar, apabila institusi bola sepak dipersoal, maka masalah ini sudah sampai ke tahap krisis akauntabiliti.

Itu sebabnya KBSKR wujud.

Bukan untuk merampas kuasa.

Tetapi untuk memaksa pembetulan.

Kalau mahu bola sepak Malaysia bergerak ke depan, pembetulan mesti bermula dengan keberanian untuk mengakui masalah. Tidak boleh lagi semua benda disorok bawah karpet. Tidak boleh lagi rakyat bola sepak hanya diminta percaya tanpa penjelasan.

Jadi, dari mana pembetulan ini mesti bermula?

Pertama, tarik balik kerakyatan 7 pemain jika ia diperoleh melalui proses yang tercemar.

Kedua, p**angkan semula Harimau Malaya kepada FAM supaya pasukan kebangsaan berada di bawah struktur rasmi yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.

Ketiga, reformasi bola sepak Malaysia secara menyeluruh, dari tadbir urus, liga, kelab, akar umbi, pemain, pengadilan, sehingga hubungan institusi dengan penyokong.

Ini bukan tuntutan luar biasa.

Ini tuntutan asas.

Bola sepak mesti diurus dengan amanah. Kuasa mesti datang dengan tanggungjawab. Institusi mesti boleh disemak. Penyokong mesti dihormati sebagai sebahagian daripada ekosistem bola sepak, bukan sekadar pembeli tiket.

Akhir kata,

Kurangkan kontroversi.
Tingkatkan prestasi.

Selamat bekerja kalian semua.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Cheras?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Cheras