Unit GST BP
Get the latest new, announcements and updates regarding GST in Batu Pahat. More info: http://gst.customs.gov.my
17/03/2014
PENDAFTARAN GST
16/03/2014
SKIM KHAS GST
16/03/2014
Skop dan Caj GST
05/03/2014
PEMBEKALAN DIKECUALIKAN
05/03/2014
PEMBEKALAN BEKADAR SIFAR
05/03/2014
PEMBEKALAN BERKADAR STANDARD
26/02/2014
https://www.youtube.com/watch?v=adO9AL8dw3I
GST : Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (CBP) Soalan-soalan lazim mengenai GST
Pelbagai manfaat bahawa GST boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
• Meningkatkan taraf hidup
Hasil daripada GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
• Mengurangkan kos perniagaan
Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan GST, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
• Pembangunan negara
GST adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
• Keadilan dan kesaksamaan
GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
• Meningkatkan sistem penyampaian
GST akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
• Meningkatkan daya saing global
Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan GST dan GST yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
• Meningkatkan pematuhan
SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem GST mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
• Mengurangkan kerenah birokrasi
SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah GST dan perniagaan boleh offset GST ke atas input dalam penyata mereka.
• Harga adil kepada pengguna
GST menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
• Lebih telus
GST adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.
GST dicadang untuk menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Pengenalan GSTadalah sebahagian daripada pembaharuan cukai Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian sedia ada.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Jerangan
Batu Pahat
83000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |
| Saturday | 07:00 - 16:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
25/02/2014