Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin

Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin

Share

Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin Official Page

KPM Reg. No.: JJAA001

17/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1448H

Marilah kita menjadikan tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk meningkatkan amal, memperkukuh ukhwah serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

โœจ Jadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mencari redha Allah SWT โœจ

Semoga kita terus melangkah dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT.

16/06/2026

๐Ÿ”ฅ[SELAMAT MENDUDUKI UPSA & UPTD 2026]

Setiap usaha yang disertai doa tidak akan pernah sia-sia. Hari ini medan ujian, esok insya-Allah medan kejayaan.

Teruskan melangkah dengan yakin, tenang dan penuh tawakal. Semoga segala ilmu yang dipelajari dipermudahkan untuk diingati dan dijawab dengan sebaiknya.

ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ ููŠ ุงู„ุฅู…ุชุญุงู†

Selamat menduduki peperiksaan UPSA dan UPTD 2026. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang serta menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan sekolah.

Semoga berjaya dunia dan akhirat kepada anak-anak SRIRS yang disayangi ๐ŸŒน๐Ÿ“šโœจ.

11/06/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Mohd Norfadzli Bin Hussain, Guru SRIRS Sungai Kajang.

Pemergian insan yang berbakti dalam mendidik anak bangsa dan menyebarkan ilmu merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Semoga segala amal soleh, jasa dan pengorbanan Allahyarham diterima sebagai bekalan yang berharga di sisi Allah SWT.

Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta dikurniakan rahmat dan keampunan Allah SWT. Al-Fatihah.

Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 10/06/2026

[Terima Kasih Cikgu Adah๐Ÿฅฐ]

Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang telah banyak menabur bakti.

Hari ini, langkah kaki cikgu membawa amanah ke tempat yang baharu. Namun, segala ilmu, nasihat, kesabaran dan kasih sayang yang pernah dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan kami.

Terima kasih kerana menjadi pendidik yang bukan sekadar mengajar, tetapi juga membimbing, mendengar dan membentuk jiwa anak-anak menjadi insan yang lebih baik.

Perpisahan ini bukan pengakhiran sebuah hubungan, tetapi permulaan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan buat cikgu di mana jua berada.

Jasamu akan sentiasa dikenang, kenangan bersamamu akan sentiasa dirindui.

Selamat menempuh perjalanan baharu. Semoga terus cemerlang dalam mendidik ummah.

09/06/2026

Selamat kembali ke sekolah anak-anak SRIRS...

Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 29/05/2026

๐ŸŽจโœจ PERTANDINGAN KOLAJ PAJSK โœจ๐ŸŽจ

Alhamdulillah, telah berlangsung hari ini pertandingan kolaj melibatkan murid-murid Tahap 2 SRIRS dengan penuh semangat dan kreativiti. ๐Ÿ–Œ๏ธ

Pelbagai hasil kolaj menarik berjaya dihasilkan oleh para peserta yang menampilkan idea kreatif, kerjasama serta bakat seni yang membanggakan. ๐Ÿ‘โœจ

Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan usaha terbaik sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk daya kreativiti dan keyakinan diri dalam kalangan murid. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“š

26/05/2026

Amalan sunnah hari raya...

Amalan Sunnah Pada Hari Raya Aidiladha

Mari sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ๏ทบ. Semoga Allah SWT menerima segala amalan, ibadah dan pengorbanan kita.

26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum wbt,

Pihak sekolah ingin mengucapkan;

๐Ÿ•Œ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga. โค๏ธ
Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran serta semangat pengorbanan.

Ikhlas daripada:
Mudirah SRIRS & Seluruh Warga SRIRS ๐ŸŒธ

24/05/2026

Selamat berpuasa Hari Arafah๐Ÿฅฐ

Photos from Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin's post 23/05/2026

๐ŸŒท USRAH BULANAN GURU & STAFF SRIRS ๐ŸŒท

โ€œIlmu disemai, ukhuwah diperkukuh, iman dipasak dalam jiwa.โ€

Alhamdulillah, sesi usrah warga SRIRS berlangsung dengan penuh pengisian dan kasih sayang. Semoga setiap perkongsian menjadi asbab hati terus dekat kepada Allah, serta membina akhlak dan sahsiah yang mulia dalam diri anak-anak didik dan warga sekolah. โœจ

Bersama membina generasi rabbani, berilmu dan beramal.

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Sungai Kajang
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 07:45 - 15:30
Tuesday 07:45 - 15:30
Wednesday 07:45 - 15:30
Thursday 07:45 - 15:30
Sunday 07:45 - 15:30