PENTAS

PENTAS

Share

Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM

22/04/2026

πŸ•‹βœ¨ Selamat Menunaikan Ibadah Haji βœ¨πŸ•‹

Setinggi-tinggi doa dan ucapan selamat kepada Encik Mohd Rosli bin Harun, Encik Haizal bin Ahmad, Encik Mohd Azam bin Jainal dan Puan Suriati binti Shamsudin yang berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci serta memperoleh haji yang mabrur.

🀍 Doa kami mengiringi perjalanan kalian.

Ikhlas daripada,
Presiden dan seluruh ahli PENTAS

20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

Maaf zahir dan batin daripada kami,
Presiden dan seluruh ahli PENTAS UTHM.

Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 🀍

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan bersama insan tersayang. 🌸

Photos from PENTAS 's post 16/03/2026

πŸ²πŸŒ™ JOM REWANG BUBUR LAMBUK PENTAS 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriahnya program Jom Rewang Bubur Lambuk bersama PENTAS dengan kerjasama Unit Audit Dalam UTHM pada 10 Mac 2026 bertempat di Masjid Sultan Ibrahim, UTHM.

Program ini bukan sahaja menghidupkan tradisi rewang Ramadan, malah turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat gotong-royong dan kebersamaan ini terus subur dalam komuniti UTHM.

19/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Ramadan 1447H βœ¨πŸŒ™

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan ketenangan buat kita semua.
Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh iman dan harapan kepada ganjaran Allah SWT.

πŸ’™ Ikhlas daripada Presiden dan seluruh ahli PENTAS.

Photos from PENTAS 's post 12/01/2026

SESI LIBAT URUS & KONGSI ILMU PENTADBIR | 12 JANUARI 2026

Telah berlangsung dengan jayanya Sesi Libat Urus Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM bersama Ahli PENTAS & Program Siri Pentadbir Kongsi Ilmu bertempat di Big Stage, Aras 2, PTTA pagi tadi.

Sesi ini telah disempurnakan bersama YBhg. Tuan Haji Naim bin Maslan, Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, serta menampilkan pengisian Pentadbir Kongsi Ilmu: PENTAS @ German, melibatkan peserta Program GTU Champion 2030: Pemerkasaan Pentadbir (Latihan Kepimpinan di Fraunhofer IEM, Jerman) iaitu:

πŸ”Ή Puan Norliah binti Yaakub
πŸ”Ή Encik Khairuddin bin Alias
πŸ”Ή Puan Hawa binti Omar
πŸ”Ή Dr. Aminah binti Abdul Rahman
πŸ”Ή Encik Zamri bin Mat Emrin
πŸ”Ή Puan Shahrizad binti Shahrir

Program turut dimeriahkan dengan SePENTAS bersama Pendaftar sebagai platform interaksi dan perkongsian terbuka, sebelum diakhiri dengan jamuan Pesta Buah-buahan dalam suasana santai dan mesra.

Semoga perkongsian pengalaman antarabangsa ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kepimpinan serta transformasi pentadbiran universiti.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

01/01/2026

βœ¨πŸŽ‰ Selamat Tahun Baharu 2026 πŸŽ‰βœ¨

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesihatan yang baik, serta kejayaan berterusan buat seluruh warga pentadbir.

Marilah kita melangkah ke hadapan dengan azam baharu, semangat kebersamaan dan komitmen yang lebih kukuh dalam memperkasakan perkhidmatan serta memacu kecemerlangan universiti.

πŸ’™β€οΈ Ikhlas daripada,
Presiden dan seluruh ahli PENTAS

23/11/2025

πŸ†βœ¨ Tahniah kepada para pemenang Kuiz Integriti 2025! βœ¨πŸ†

Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Kuiz Integriti anjuran Unit Integriti dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PENTAS).
Tahniah khas kepada pemenang utama yang berjaya memperoleh markah penuh 20/20 dengan masa terpantas! β±πŸ‘

1️⃣ Puan Hajah Nafisah binti Hamzah – Pejabat Penasihat Undang-Undang
2️⃣ Puan Nor Azlina binti Hasan – Pusat Kesihatan Universiti
3️⃣ Puan Sri Herliana Wati binti Hamri – Pejabat Pengurusan Akademik

Semoga semangat dan nilai integriti yang ditonjolkan terus menjadi budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga UTHM. πŸ’™β€οΈ

Photos from PENTAS 's post 27/10/2025

✨ SEMBANG SANTAI PENTAS @ KAMPUS PAGOH ✨
27 Oktober 2025 | Bilik Mesyuarat 4, UTHM Kampus Pagoh

Alhamdulillah, Program Sembang Santai PENTAS bersama warga pentadbir di Kampus Pagoh telah berlangsung dengan penuh mesra dan bermanfaat.

Program ini memberi ruang kepada ahli PENTAS untuk berkongsi pandangan, bertukar idea serta mendapatkan bimbingan secara langsung daripada pentadbir senior berkenaan isu kebajikan dan kerjaya.

Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator, ahli yang hadir serta semua pihak yang membantu menjayakan sesi ini.

Semoga usaha seperti ini terus memperkasa komuniti pentadbir ke arah yang lebih kompeten, berdaya saing dan cemerlang! πŸ’ͺ🏼

17/10/2025

πŸŽ“ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA
Daripada Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM

PENTAS merakamkan ucapan tahniah kepada enam pentadbir kanan UTHM yang terpilih menyertai Program GTU Champion 2030: Pemerkasaan Pentadbir di Fraunhofer IEM, Paderborn, Germany.

Pemilihan ini merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan pentadbir UTHM dalam menggalas peranan kepimpinan bertaraf global. Semoga program ini menjadi medium terbaik dalam memperkasa kompetensi, memupuk jaringan strategik antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan organisasi yang lebih berimpak tinggi.

PENTAS sentiasa menyokong pembangunan profesionalisme dan kepimpinan pentadbir ke arah kecemerlangan institusi.

Photos from PENTAS 's post 07/09/2025

PROGRAM CSR WARISAN EKOLOGI – PULAU REDANG
πŸ“… 5 – 7 September 2025
πŸ“ Pulau Redang, Terengganu

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM dengan sokongan MASTI dan UTHM telah berjaya melaksanakan Program CSR Warisan Ekologi di Pulau Redang.

Program ini memberi penekanan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan pantai, khususnya ekosistem marin dan pemuliharaan penyu laut dengan kerjasama Sea Turtle Research Unit (SEATRU), sebuah unit penyelidikan di bawah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Melalui program ini peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai konservasi penyu serta cabaran kelestarian hidupan marin. Program disertai seramai 15 orang ahli PENTAS

Antara aktiviti utama yang dijalankan:

🐠 Pengenalan kepada ekosistem marin Redang
🐒 Pemindahan telur dan pelepasan anak penyu
🐠 Aktiviti gotong-royong dan pembersihan kawasan pantai

Selain menambah ilmu, program ini juga menyemai rasa tanggungjawab dan cinta terhadap alam sekitar dan pemeliharaan penyuπŸ’š.

Tahniah & terima kasih kepada semua peserta yang komited menjayakan inisiatif murni ini. Semoga usaha ini memberi impak besar kepada kelestarian warisan ekologi negara!

21/08/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 9 orang staf UTHM yang menerima Watikah Kenaikan Pangkat pada 20 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, PTTA.

πŸ‘ Senarai penerima:
1️⃣ En. Anuar bin Othman – Pegawai Senireka (B13)
2️⃣ Pn. Hanisyarina binti Md Ali @ Jaafar – Pegawai Teknologi Maklumat (F12)
3️⃣ Pn. Nafisah binti Hamzah – Pegawai Undang-undang (L12)
4️⃣ En. Ezuan bin Jamil – Timbalan Pendaftar (N12)
5️⃣ Pn. Zarani binti Said – Timbalan Pendaftar (N12)
6️⃣ Dr. Ikram Syah bin Mokhtar – Timbalan Pendaftar (N12)
7️⃣ Pn. Nor Suhailah binti Mohamad – Timbalan Pendaftar (N12)
8️⃣ Ts. Ng Wee Fern – Timbalan Pendaftar (N12)
9️⃣ Pn. Zurina binti Muhammad @ Shamsudin – Pegawai Hal Ehwal Islam (S12)

Semoga kenaikan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang, berintegriti dan berdaya saing demi kecemerlangan UTHM.

πŸ’™β€οΈ

Want your organization to be the top-listed Government Service in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400