SRA Permatang Pasir
SRA Permatang Pasir. Kampung Permatang Pasir 42700 Banting.
12/10/2025
Selamat Datang & Ahlan Wa Sahlan
13 Oktober 2025 :
Warga SRAPP & YDP Serta AJK PIBG mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baru SRA Permatang Pasir AF Ustazah Shawaliza Binti Bakri.
Selamat menjalankan tugas Ustazah.
12/10/2025
Assalamualaikum WRT WBH
1 FEBRUARI 2019 HINGGA 13 OKTOBER 2025, 7 tahun 8 bulan jumlah tempoh Abi dapat menyumbangkan khidmat kepada warga SRAPP. Sampailah masanya abi berkhidmat ditempat lain. Terima kasih segalanya. Tak terluah dengan perkataan. Kita sudah menjadi satu keluarga. Abi akan sentiasa mengingati kalian semua warga SRAPP. Disinilah abi memulakan tugasan sebagai Guru Besar dlm perkhidmatan. Disinilah Abi menikmati pengalaman menjadi pemimpin organisasi dan bersama2 membawa SRAPP Menjadi SRA CEMERLANG NEGERI SELANGOR TAHUN 2022.
Abi ingin memohon kemaafan, Abi bukan yang terbaik utk SRAPP, tapi kita semua berusaha menjadi terbaik. Diatas keterlanjuran kata2, diatas kesilapan tingkah laku, MAAFKAN ABI IBU/AYAH/ANAK2. Buat RAKAN2 GURU YG HEBAT, MAAFKAN USTAZ, TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YG SANGAT BAIK DALAM PENTADBIRAN USTAZ.
Kita sudah berusaha sebaik mungkin. Buat YDP PIBG, Ustaz Yazid dan PASUKAN AJK PIBG, Mohon maaf dan terima kasih. Buat Tn Hj Sauliman dan AJK Masjid Al-Muttaqin maaf dan terima kasih. Datuk Ketua Kampung, Tok Herman, mantan Tok Ramlan serta AJK KRT mengikut Zon terima kasih dan mohon maaf. Buat semua pihak yg tanpa jemu membantu perjalanan SRAPP terima kasih atas segalanya, semoga Allah SWT sahaja yg mampu membalas segalanya. Buat SEMUA PENDUDUK KAMPUNG PERMATANG PASIR, ABI MOHON MAAF DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA2NYA.
ABI doakan semoga SRAPP terus succes dimasa hadapan. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. MOHON MAAF DAN HALALKAN SEGALANYA DI SRAPP. Sapa2 lah abi anak2 ketika terserempak dimana2.
Jumpa lagi. Assalamualaikum wrt wbh.
13 OKTOBER 3025
AF USTAZ MOHAMAD AZHARI BIN HAJI SULAIMAN
27/09/2025
26 September 2025 : Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan PSRA & UPKK
Terima kasih buat Tuan Nazir Masjid Al- Muttaqin Kg Permatang Pasir, Tn Hj Sauliman Mohidin , Tuan YDP PIBG AF Ustaz Yazid, semua ibu/ayah/penjaga murid & murid2 yg hadir.
27/09/2025
27 Sept 2025 : Sempat lagi ....
Pecutan Akhir JAWI PSRA & UPKK
Terima kasih Tn Hj Hasrudy Hamid
30/03/2025
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami warga pendidik SRAPP ingin mengucapkan :
✨ *SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN* ✨
غفر الله لنا ولكم، وتقبل منا ومنكم، عيد سعيد
Semoga Allah mengampuni kita semua, menerima amal ibadah kita, dan menjadikan Aidilfitri ini sebagai hari yang penuh kebahagiaan serta keberkatan.
تقبل الله منا ومنكم
24/03/2025
24 MAC 2015, EDARAN BUBUR LAMBUK
TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG.
Seronok anak2 SRAPP.
24/03/2025
21 MAC 2025, BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIKH BERBUMBUNG LANGIT. (AJK PIBG, Murid Tahun 5 & Murid Tahun 6)
24/03/2025
19 MAC 2025, CERAMAH NUZUL QURAN
Disampaikan oleh :
AF Ustaz Awis Qarani Bin Yusof
24/02/2025
LADAP GURU : MENGURUS EMOSI
Persediaan meningkatkan emosi dan motivasi guru sebelum sesi persekolahan tahun 2025.
24/02/2025
22 Februari 2025: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 26
17/01/2025
Mengalu-alukan kehadiran Ustazah Nurul Husna Binti Abdul Karim, GPK 2 ( Hal Ehwal Murid ) yang baru di SRAPP. Selamat menjadi warga SRAPP Ustazah Husna.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Permatang Pasir
Banting
42700