Perpustakaan PBS

Perpustakaan PBS

Share

Perkhidmatan Perpustakaan kepada warga PBS

Photos from Perpustakaan PBS's post 24/11/2025

Sedia untuk pesta buku paling meriah tahun ini?

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 kembali!

Lebih banyak buku, lebih banyak inspirasi, lebih banyak kejutan menanti anda

๐Ÿ“† 28 Nov 2025 โ€“ 7 Dis 2025
๐Ÿ“ Setia City Convention Centre
โฐ 9.00 pagi โ€“ 10.00 malam

Datang bersama keluarga, rebut diskaun hebat dan peluang memenangi RM500 tunai setiap hari!

Jumpa anda di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 โ€“ syurga pencinta buku.

Photos from Perpustakaan PBS's post 23/10/2025

TELAAH 2025 - Meneroka ilmu, Mengakar Budaya, Mencetus Inovasi.
Sesi Telaah โ€œPermainan Tradisional: Akar Budaya Bangsaโ€

PUTRAJAYA | 21 Oktober 2025 - Sempena Program Telaah 2025 Peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Perpustakaan Politeknik Banting Selangor (PBS) telah menganjurkan Sesi Telaah โ€œPermainan Tradisional: Akar Budaya Bangsaโ€ dan Sesi Interaktif Permainan Mini (Pertandingan congkak & Batu Seremban) bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Penganjuran sesi ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan serta membudayakan permainan tradisional dikalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi . Melalui pendekatan interaktif yang diketengahkan, para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman bermain permainan tradisional sambil menghargai nilai sejarah dan budaya yang terkandung di dalamnya.

Diharapkan penganjuran program ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman budaya serta memperluas apresiasi terhadap warisan permainan tradisional dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.

05/09/2025

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".
(Surah Al-Ahzab, ayat 21).

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
Ikhlas dari : Unit Perpustakaan PBS

Photos from Perpustakaan PBS's post 03/09/2025

Laman Merdeka 2025! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

EKSA - Zon Topaz

31/08/2025

Bunga raya mekar di laman,
Harum baunya seiring cahaya,
Merdeka disambut penuh kemegahan,
Rakyat bersatu teguh bersama.

โ€œDengan penuh semangat patriotik, marilah kita hayati Hari Kebangsaan 2025 ini dengan menjaga perpaduan dan kedaulatan negara.โ€

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE- 68.

Ikhlas dari: Unit Perpustakaan PBS

Photos from Perpustakaan PBS's post 28/08/2025

28 OGOS 2025 - Majlis Perasmian Penutupan Program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2025 dan Sesi Bicara Ilmu yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Unit Perpustakaan PBS telah membawa 24 orang pelajar bagi menyemarakkan Program Dekad Membaca Kebangsaan seterusnya dapat membudayakan tabiat s**a membaca dalam kalangan pelajar.

27/06/2025

Hijrah adalah Pengorbanan,
Mengorbankan Nafsu dan Keinginan Dunia,
Hijrah adalah Perjuangan,
Mujahadah Meninggalkan Larangan Allah,
Bukan Mudah, Tapi Pasti Tidak Mustahil,
Dari Kegelapan Menuju Cahaya,
Dari Ketidakadilan Menuju Keadilan,
Dari Perpecahan Menuju Kesatuan.

SALAM MAAL HIJRAH 1447H / 2025M
Unit Perpustakan PBS.

Photos from Perpustakaan PBS's post 30/05/2025

๐Ÿ“–๐Ÿ“– BUKU BAHARU DI PERPUSTAKAAN PBS ๐Ÿ“–๐Ÿ“–

Unit Perpustakaan PBS telah menerima peruntukan bagi perolehan buku rujukan baharu pada tahun ini 2025. Proses perolehan tersebut telah pun selesai dibuat. Sebanyak 2 judul buku yang telah berjaya dibeli untuk tahun ini. Bersama- sama ini disertakan maklumat berkaitan buku- buku tersebut untuk perhatian warga PBS. Buku-buku ini boleh didapati di Perpustakaan PBS untuk peminjaman.

Photos from Perpustakaan PBS's post 30/05/2025

LAWATAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2025

Hari : khamis
Tarikh : 29 Mei 2025
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Anjuran : Unit Perpustakaan PBS

Terima kasih kepada staf PBS yang terlibat menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini menyemarakkan lagi semangat cintakan ilmu dan budaya membaca dalam kalangan kita semua. ๐Ÿ“–๐Ÿ˜‰

Photos from Perpustakaan PBS's post 30/05/2025

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2025 | โ€œNIKMATI SAAT INIโ€

TAHNIAH.!! Kepada penerima hadiah istimewa bagi Pertandingan Teka Silangkata sempena Program Jom Bersama 10 Minit yang telah diadakan pada 23 April 2025 yang lalu.

Tahniah dan syabas juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

05/05/2025

๐Ÿ”Ž *๐—ž๐—จ๐—œ๐—ญ ๐˜‚-๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ž๐—” SIRI 1 2025* ๐Ÿ”
๐Ÿ’กUji pengetahuan anda tentang perkhidmatan u-Pustaka.
๐Ÿ’กJawab soalan mudah.
๐ŸŽ *Hadiah WANG TUNAI sehingga RM500.00* menanti pemenang!
๐Ÿ—“๏ธTarikh penyertaan pertandingan dibuka bermula *1 Mei 2025 - 31 Mei 2025*
๐Ÿ“ฑSila imbas Kod QR atau klik pautan https://forms.gle/uCzoQLrACfZMscC78 untuk penyertaan anda. Jom sertai sekarang!!
๐Ÿ’ปLayari portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan u-Pustaka.
-Pustaka
-Pustaka

u-Pustaka : u-Library u-Pustaka service is a national digital library service that can be accessed by all Malaysians anytime and anywhere through the u-Pustaka portal at www.u-pustaka.gov.my. u-Pustaka membership is FREE to all Malaysians. u-Pustaka members can borrow physical books as well as digital books. Members can borrow physical books from 12 u-Pustaka consortium libraries and send them home using the Pos Laju service at an affordable rate. In addition, u-Pustaka provides access to digital materials including audio books, e-books, magazines, journals, electronic newspapers, database services and government publications.

Photos from Perpustakaan PBS's post 23/04/2025

23 April 2025 | Jom Baca Bersama 10 Minit | 11.00 pagi - 11.10 pagi.

Sekitar Program Jom Baca Bersama 10 minit anjuran Unit Perpustakaan PBS sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Bertemakan "Nikmati Saat Ini" Program Ini merupakan satu usaha untuk memupuk budaya membaca dan berilmu dalam kalangan warga PBS.

Terima kasih kepada semua pelajar dan staf PBS yang turut sama menjayakan Progam Jom Baca Bersama 10 minit 2025.

Semoga dengan 10 minit ini menjadi langkah kecil ke arah perubahan besar dalam cara kita menghargai ilmu dan maklumat

Want your organization to be the top-listed Government Service in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00