Property Services Department
PSD Aspirations
To be the preferred partner in delivering property services solutions with exceptional customersโ experience
Siap sepantas kilat. Kini bersedia mencipta sejarah. ๐โก Nantikan pembukaan Stadium Hoki Tenaga Nasional di UNITEN!
Satu lagi pencapaian membanggakan daripada PSD, TGBS yang berjaya direalisasikan demi menyokong pembangunan sukan hoki negara. โก
Padang baharu. Semangat baharu. Aksi yang lebih padu.
๐ฅPSD Creative Media (Shafri)
04/06/2026
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!
Assalamualaikum.
Seperti semua sedia maklum, tempahan Rumah Peranginan Cahaya Resorts bagi bulan semasa telah dibuka dan semua permohonan tempahan bagi penginapan sepanjang Jun 2026 akan diluluskan serta-merta jika masih terdapat kekosongan.
Dimajukan bersama-sama ini senarai kekosongan Rumah Peranginan Cahaya Resorts tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Tempahan perlu dibuat di laman web tempahan dan tertakluk kepada terma dan syarat di https://tnbholiday.tnb.com.my
2. Kelulusan serta-merta bagi tempahan penginapan Jun 2026 sahaja.
3. Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
4. Pembatalan tempahan kurang daripada 7 (tujuh) hari dari tarikh daftar masuk akan dikenakan pembayaran penuh
Untuk kemaskini berkaitan Cahaya Resorts, sila sertai komuniti Whatsapp Cuti-Cuti Cahaya Resorts di https://chat.whatsapp.com/Cit8Ruy3g1rGP22hzLrAZS
๐ฆ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ๐ ๐
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan dan kasih sesama insan.
Dalam setiap langkah kehidupan dan pekerjaan, moga kita semua terus belajar erti redha, sabar dan rela memberi tanpa mengharapkan balasan.
Semoga segala usaha, pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan dipermudahkan serta diberkati selalu.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin buat semua.
Ikhlas daripada,
Pengurusan & Warga kerja
Jabatan Property Services (PSD), TGBS
10/05/2026
๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฏ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐-๐๐๐ก๐๐ข ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฆ๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ป ๐๐ถ๐ด๐ต๐น๐ฎ๐ป๐ฑ๐
๐๐๐ ๐๐ฅ๐ข๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ, ๐ฎ๐ตโ๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Jabatan Property Services (PSD), TGBS yang diketuai oleh Puan Ir. Mazliza binti Zahri @ Zahari, Lead (Integrated Facility Management), telah menghadiri ๐บ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐ก๐๐ข ๐ฃ๐๐ ๐ฆ๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ป ๐๐ถ๐ด๐ต๐น๐ฎ๐ป๐ฑ๐ ๐ฑ๐ถ ๐๐ ๐ญ๐ต ๐๐ข๐ฅ bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan status pembaikan kuarters, penambahbaikan proses aduan kerja serta keperluan teknikal ke arah pengurusan fasiliti yang lebih efektif, sistematik dan responsif terhadap keperluan operasi.
Apa yang menarik, pasukan turut berpeluang mengadakan ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ธ๐ป๐ถ๐ธ๐ฎ๐น ๐ธ๐ฒ ๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ ๐ญ๐ต ๐๐ข๐ฅ bagi melihat sendiri keadaan fasiliti serta meninjau aspek keselamatan di kawasan empangan. Lawatan ini secara tidak langsung memberi gambaran lebih jelas mengenai operasi harian empangan serta peranan aset-aset kritikal yang menyokong kelangsungan stesen jana kuasa di kawasan tersebut.
Hari kedua p**a menyaksikan pendekatan lebih dekat dengan komuniti dan alam sekitar apabila PSD bersama pasukan GENCO SSJ Cameron Highlands serta penduduk Kampung Sempak Batu 17 Jalan Pahang menjayakan Program ESG menerusi aktiviti ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ๐๐ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ถ๐น ๐ฃ๐น๐ผ๐ด๐ด๐ถ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ ๐ฅ๐ผ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ผ๐ป ๐๐ฎ๐น๐น๐.
Aktiviti tersebut memberi fokus kepada kesedaran menjaga alam sekitar melalui kutipan sisa sepanjang laluan pendakian sambil menikmati keindahan alam semula jadi Cameron Highlands.
Usaha yang dijalan IFM ini sebenarnya membawa mesej besar, bahawa kelestarian bukan sekadar slogan korporat, tetapi budaya yang perlu diterapkan bersama oleh organisasi dan masyarakat.
Program ini turut memperlihatkan komitmen berterusan PSD dalam menyokong agenda ESG TNB melalui pendekatan yang lebih praktikal, santai dan dekat dengan komuniti setempat.
Sebagai penutup, ๐ช๐ผ๐ฟ๐ธ๐๐ต๐ผ๐ฝ ๐๐๐ ๐ฃ๐ ๐ ๐ฎ.๐ฌ telah diadakan di Bilik Mesyuarat Residensi Habu dengan fokus kepada penambahbaikan proses kerja, perkongsian idea serta perbincangan hala tuju pelaksanaan seterusnya.
Workshop tersebut menjadi platform penting untuk memperkukuh sinergi pasukan, menyelaras pendekatan operasi serta membuka ruang kepada idea baharu demi memastikan pengurusan fasiliti terus relevan, cekap dan mampan seiring keperluan masa hadapan.
Dan di Cameron Highlands ini, semuanya berlaku serentak. โจ
.0
๐ฒ Jangan lupa untuk:
โค๏ธ ๐๐ถ๐ธ๐ฒ, ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ผ๐น๐น๐ผ๐ media sosial rasmi Property Services Department (PSD), TGBS:
๐ PSD Portal: http://psd.tnb.com.my/
๐ TikTok: https://www.tiktok.com/
๐ Instagram: https://www.instagram.com/tnb_psdfc
10/05/2026
๐ฅ๐ผ๐๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐ฃ๐ฆ๐-๐๐๐ก๐๐ข: ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ, ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ท๐ถ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐น๐ถ๐๐ถ
๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ฅ, ๐ฏ๐ฌ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Jabatan Property Services (PSD), TGBS terus memperkukuh langkah strategik dengan mengadakan satu sesi ๐ฅ๐ผ๐๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐ฃ๐ฆ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐ก๐๐ข berlangsung di Level 8, Bangunan Genco, Bangsar baru-baru ini bagi membincangkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi berkaitan pengurusan aset, fasiliti, kuarters dan kecekapan operasi.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh barisan ketua-ketua jabatan GENCO yang diketuai oleh Datoโ Shahrir Abdul Latiff, Managing Director TNB Power Generation. Sementara itu, delegasi PSD p**a diketuai oleh Puan Nurmurniza Md Zakaria, Head Operation TGBS bersama Encik Mohamad Halil Haron, Ketua (Property Services) TGBS serta barisan ketua unit dan wakil-wakil unit daripada PSD.
Sesi perbincangan tersebut memberi fokus utama terhadap usaha memperkukuh kerjasama strategik antara PSD dan GENCO melalui pendekatan yang lebih bersepadu, progresif dan berimpak tinggi, khususnya dalam aspek pengoptimuman kos, transformasi operasi, pengurusan aset serta pelaksanaan inisiatif berteraskan kecekapan dan kelestarian operasi
Pelbagai inisiatif penjimatan berjaya dikenal pasti melalui rundingan kos, pengurusan sewaan serta strategi penggunaan fasiliti yang lebih efisien. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan operasi, malah membuka ruang kepada pelaksanaan projek dengan nilai lebih mampan dan efektif.
Turut menjadi tumpuan ialah status penyelenggaraan dan pembaikan kuarters di beberapa lokasi strategik seperti Sungai Perak, Cameron Highlands, Jeli dan Pergau bagi memastikan aspek keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan penghuni sentiasa diberi perhatian.
Dalam masa sama, pelan ๐ป๐ฎ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ณ ๐ฆ๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ป ๐๐ถ๐ด๐ต๐น๐ฎ๐ป๐ฑ๐ bernilai sekitar RM1.6 juta turut dibentangkan bagi menangani isu fasiliti sedia ada, sejajar dengan kadar penghunian yang kini mencecah hampir 80 peratus.
Mesyuarat turut menyentuh pendekatan penggunaan kontraktor panel melalui kaedah Schedule of Rates (SOR) bagi projek bernilai sehingga RM3 juta yang dilihat mampu mempercepat pelaksanaan kerja selain menjana penjimatan kos ketara. Antara pencapaian yang diketengahkan termasuk pengurangan kos bagi Projek Kudor kepada sekitar RM10 juta hasil strategi pengoptimuman yang dilaksanakan.
Selain itu, beberapa inisiatif operasi lain turut dijangka memberi impak besar kepada organisasi termasuk pelaksanaan migrasi pejabat yang berpotensi menjana penjimatan melebihi RM130,000 sebulan.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐๐ฎ๐ฟ๐๐ฒ๐ฟ๐ ๐ง๐ก๐ yang melibatkan seramai 557 kakitangan turut dibincangkan secara menyeluruh termasuk perkembangan projek pembaikan di Paka yang dijadualkan siap pada Julai 2026.
Tidak ketinggalan, perkembangan terkini ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐ก๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐ฟ๐ถ turut dikongsikan dengan sasaran pelaksanaan bermula pada Julai 2027 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2029 tertakluk kepada kelulusan lanjut.
Secara keseluruhannya, sesi roundtable ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara PSD dan GENCO ke arah membina ekosistem operasi yang lebih cekap, inovatif dan mampan selari dengan aspirasi transformasi TNB masa hadapan.
๐ฒ Jangan lupa untuk:
โค๏ธ ๐๐ถ๐ธ๐ฒ, ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ผ๐น๐น๐ผ๐ media sosial rasmi Property Services Department (PSD), TGBS:
๐ PSD Portal: http://psd.tnb.com.my/
๐ TikTok: https://www.tiktok.com/
๐ Instagram: https://www.instagram.com/tnb_psdfc
Kredit: Genco Photo
10/05/2026
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฏ๐ ๐
Hari ini, kita menghargai setiap wanita yang mengasihi, memberi, dan berkorban.
Sempena Hari Ibu 2026, Jabatan Property Services (PSD), TGBS mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu.
Terima kasih atas setiap doa, pengorbanan dan kasih yang sentiasa menjadi kekuatan buat keluarga dan generasi masa hadapan. ๐ท
Kongsikan ucapan anda buat insan bergelar ibu.
07/05/2026
๐ป๐๐๐๐๐๐ & ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ kepada tiga (3) orang anggota kerja Jabatan Property Services (PSD), Bahagian TGBS โ๏ธ๐๐๐ yang berpindah ke penempatan baharu.
๐ฉ ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐๐ฟ ๐ฆ๐ต๐๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐ฎ๐ฑ๐ฟ๐ผ๐น ๐๐ถ๐๐ต๐ฎ๐บ
Pengurus (Food & Beverages)
Hospitality & Asset Managemet
Jabatan Property Services (PSD)
๐ฉ ๐ฃ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ผ๐ฟ๐ณ๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐ต๐๐๐น ๐๐๐ถ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐๐๐๐น๐ธ๐ฒ๐ฝ๐น๐ถ
Eksekutif (Architect)
Unit Project Management & Control,
Jabatan Property Services (PSD)
๐ง ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ถ
Eksekutif (Unit Land Management)
Jabatan Property Services (PSD)
Semoga penghijrahan ini menjadi langkah baharu yang penuh keberkatan, kejayaan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat di PSD, TGBS.
๐ Selamat maju jaya di tempat baharu! ๐
07/05/2026
๐ฃ๐ฆ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ง๐ก๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ง๐๐๐ฆ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐
๐๐๐ก๐๐๐ฅ, ๐ฑ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Jabatan Property Services (PSD) berpeluang untuk turut serta dalam Program TGBS BersamaMu yang berlangsung di Wisma TNB Kangar, Perlis baru-baru ini.
Melalui program ini, PSD berkongsi pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga kerja TNB termasuk kemudahan penginapan di Cahaya Resort TNB yang sentiasa menjadi pilihan untuk rehat dan bercuti bersama keluarga. ๐กโจ
Sesi kali ini diwakili oleh Encik Mohd Azman Md Yusoff, Cik Nurul Hayati Mohd Daud dan Puan Hafizah Azhari yang turut berinteraksi secara langsung bersama warga kerja di sana.
Bukan sekadar menyampaikan informasi, program seperti ini juga membuka ruang untuk PSD mendengar sendiri pandangan, memahami keperluan serta berkongsi maklum balas secara lebih dekat dan santai bersama warga TNB.
Alhamdulillah, berdasarkan rekod kehadiran, seramai 41 orang anggotakerja telah mengunjungi gerai PSD sepanjang program berlangsung.
Terima kasih warga TNB Perlis atas sambutan dan sokongan yang diberikan. Jumpa lagi di lokasi seterusnya!
๐ฒ Jangan lupa untuk:
โค๏ธ ๐๐ถ๐ธ๐ฒ, ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ผ๐น๐น๐ผ๐ media sosial rasmi Property Services Department (PSD), TGBS:
๐ PSD Portal: http://psd.tnb.com.my/
๐ TikTok: https://www.tiktok.com/
๐ Instagram: https://www.instagram.com/tnb_psdfc
01/05/2026
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ฃ๐ฆ๐.
Terima kasih atas setiap usaha dan komitmen anda. Anda bukan sekadar mengurus aset, tetapi memastikan operasi TNB terus cemerlang. Walaupun cabaran besar, PSD sentiasa bangkit dan deliver. Ke hadapan, kita perlu jadi lebih pantas, lebih responsif, dan lebih bernilai.
Kita bukan sekadar penyokong, kita strategic partner kepada masa depan TNB.
Terima kasih dan Selamat Hari Pekerja. ๐ช
Ikhlas daripada
Pengurusan & Warga PSD, TGBS
๐ฅ๐๐๐จ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐๐ฆ๐ง๐๐! ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ป๐ถ, ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ป๐๐ฎ ๐ก๐ฎ๐ป๐๐ถ โป๏ธ
Setiap Hari Rabu, warga PSD, TGBS bersama ambil satu langkah mudah: Tanpa Plastik.๐
Setiap perubahan besar, selalu bermula dengan tindakan kecil.
Bawa botol sendiri.
Guna bekas sendiri.
Tolak plastik kalau tak perlu.
Itu pun dah cukup power ๐ช
Kredit: Nurhani Athirah Jamaludin (SPP)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Property Services Department, TNB Global Business Solutions (TGBS), TNB, Aras 3, Bangunan Warisan, Jalan Bangsar
Bangsar
59100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |