Institute of Visual Informatics
Leading Digital Technology Across Industrial Revolution
01/06/2026
Seluhur budi, seteguh kepimpinan.
Dirgahayu Tuanku, payung negara dan penyatu bangsa. 🇲🇾
Merafak sembah dan menjunjung kasih sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII.
Daulat Tuanku. 👑✨
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026
26/05/2026
Salam Aidiladha 2026
25/05/2026
Congratulations to *XIACHENG SONG (P130610)* who successfully presented the results of his research during the oral examination session (viva voce), Doctor of Philosophy program at the Institute of Visual Informatics today.
The title of the student's thesis is *" Developing and Validating A Dynamic Barrier Framework (DBF) For Older Adults' Engagement and Attrition in Immersive Exergame*
*Supervisors:*
Assoc. Prof. Dr Nazlena Mohamad Ali (Main Supervisor) and
Dr. Mohamad Hidir Mhd Salim (Co-Supervisor).
*Oral Examination Committee (Viva Voce):*
Chairman - Prof. Madya Dr Rabiah Abdul Kadir
External Examiner - Prof. Alan Smeaton ( Dublin University)
Internal Examiner - Dr. Ely Salwana Mat Surin
Congratulations again!...👏🏻👍🏻
25/05/2026
Congratulations to HUANG XIN (P136397) who successfully presented the results of his research during the oral examination session (viva voce), Doctor of Philosophy program at the Institute of Visual Informatics today.
The title of the student's thesis is " A Mobile Serious Games Technology to Enhance Cognitive for Older Adults Based on Haptic Feedback
Supervisors:
Assoc. Prof. Dr Nazlena Mohamad Ali (Main Supervisor) and
Ir. Ts. Dr. Shafrida Sahrani@Sahran (Co-Supervisor).
Oral Examination Committee (Viva Voce):
Chairman - Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern
External Examiner - Assoc. Prof. Dr. Ruzinoor Che Mat (UTM)
Internal Examiner - Dr Mohamad Hidir MhD Salim
Congratulations again!...👏🏻👍🏻
20/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Dr. Chaw Jun Kit atas kejayaan membanggakan meraih tiga geran penyelidikan industri dan PPRN yang memfokuskan pembangunan AI Avatar, AI-RAG dan sistem AI multimodal berimpak tinggi.
Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat kecemerlangan penyelidikan, malah memperkukuh jaringan kolaborasi industri bersama Mobiva Sdn. Bhd. dan Starlab Technology Sdn. Bhd. melalui dana berjumlah RM97,500.00.
Semoga usaha ini terus memacu inovasi dalam bidang Informatik Visual dan teknologi pintar di peringkat nasional dan global.
14/05/2026
INTEGRITI DALAM PEKERJAAN SIRI 2/2026
Jujur dalam Masa, Tuntutan & Kualiti Kerja
Surah Al-Mutaffifin, Ayat 1-3 memberi amaran keras kepada golongan yang curang dalam sukatan. Jika diqiaskan kepada dunia pekerjaan moden hari ini, ayat ini adalah teguran tepat buat kita yang "menipu timbangan masa dan hasil kerja".
Ia merujuk kepada situasi di mana kita mahu hak kita (gaji & kelebihan) diberikan sepenuhnya, tetapi kita mengurangkan hak majikan—dengan bersikap culas, sengaja melengah-lengahkan kerja, atau memalsukan tuntutan kewangan (claim).
Integriti bukan tentang siapa yang nampak, tetapi apa yang kita buat apabila tiada siapa yang melihat. Kerja yang telus menjamin rezeki yang berkat.
12/05/2026
Tahniah diucapkan kepada saudari NUR FARAHIN BINTI MOHD JOHARI (P112029) yang telah berjaya membentangkan hasil kajian semasa sesi peperiksaan lisan (viva voce), program Doktor Falsafah di Institut Informatik Visual hari ini.
Tajuk tesis pelajar adalah “Model Perubahan Tingkah Laku Pengguna Berasaskan Faktor Kepercayaan Kesihatan dan Keterlibatan Teknologi Dalam Aplikasi Kesihatan"
Penyelia:
Prof. Madya Dr. Nazlena Mohamad Ali (Penyelia Utama) dan
Dr. Mohamad Hidir Mhd Salim (Penyelia Bersama).
Jawatankuasa Peperiksaan Lisan (Viva Voce):
Pengerusi - Prof. Madya Dr. Ang Mei Choo
Pemeriksa Luar - Prof. Madya . Dr Fariza Hanis Abdul Razak (UiTM)
Pemeriksa Dalam - Ir. Ts. Dr. Shafrida Sahrani@Sahran
Tahniah sekali lagi diucapkan!...👏🏻👍🏻
09/05/2026
📚 TERBITAN TERKINI IVI 📚
Institut Informatik Visual (IVI) ingin mengucapkan tahniah atas penerbitan buku terbaru:
“Guidelines for Using Virtual Reality in Psychiatric Interventions for Children and Adolescents with Autism Spectrum Disorder in Malaysia”
Buku ini mengetengahkan garis panduan penggunaan teknologi Virtual Reality (VR) dalam intervensi psikiatri bagi kanak-kanak dan remaja Autism Spectrum Disorder (ASD) di Malaysia.
Ketua projek Prof Madya Dr Wan Salwina, turut melibatkan sumbangan daripada Felo IVI, Prof Madya Dr Mohammad Nazir Ahmad bersama barisan penyelidik dan pakar dalam bidang perubatan, khususnya bidang psikiatri
📖 Sesuai sebagai rujukan untuk:
✔️ Pengamal psikiatri
✔️ Ahli psikologi
✔️ Terapis
✔️ Penyelidik
✔️ Pelajar bidang kesihatan & teknologi
Dapatkan sekarang di Shopee UKM Penerbit:
Shopee UKM Penerbit https://my.shp.ee/SSB4LTkL
08/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nazlena Mohamad Ali atas kerjasama dan penglibatan geran penyelidikan bersama rakan penyelidik dari Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Bandung, Indonesia.
Kolaborasi ini melalui projek Pembangunan Paparan Hologram bagi Persembahan Kandungan Digital membuktikan komitmen Institut Informatik Visual (IVI), UKM dalam menerajui inovasi teknologi visual di peringkat antarabangsa.
Semoga jalinan strategik ini terus memperkasa penyelidikan berimpak tinggi dan memperluas jaringan kepakaran global.
MalaysiaIndonesia
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Website
Address
Aras 1, Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST), Universiti Kebangsaan
Bangi
43600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |