MOS.FM

MOS.FM

Share

MOS.FM adalah sebuah stesen radio milik Media Oren Selangor MOS.FM SENTIASA DISISI

22/08/2023
27/05/2023

RAHASIA ILMU P.RAMLEE

Semasa P.Ramlee bersekolah di Penang Free School, beliau adalah seorang pelajar yang mempunyai tulisan paling cantik. Tidak kira tulisan itu dalam bentuk rumi atau jawi. Kenyataan ini kita boleh rujuk kepada tandatangan P.Ramlee yang seringkali berubah-ubah dari satu gaya ke satu gaya lebih kreatif dan unik. Menurut guru sekolah beliau iaitu Cikgu Hashim (bapa seniman Ahmad Daud), beliau sering meminta bantuan P.Ramlee untuk membawa buku sekolah murid-murid p**ang ke rumahnya untuk disemak. Apabila sampai di rumah, isteri Cikgu Hashim akan menjamu P.Ramlee makan tengahari bersama. P.Ramlee sentiasa senang hati makan tengahari di rumah gurunya dan tidak payah lagi beliau makan apabila p**ang ke rumah.

Di zaman persekolahan P.Ramlee tidak s**a membuang masa. Selepas makan tengahari beliau akan pergi belajar agama. Menurut beberapa sumber sahih, P.Ramlee pernah menuntut ilmu agama dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi). Beliau adalah seorang Ulama besar yang terkenal di zaman itu. Syeikh Abdullah Fahim adalah individu yang dirujuk oleh Tunku Abdul Rahman dalam menetapkan tarikh bagi hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana beliau mempunyai pengetahun yang tinggi dalam ilmu Falak. Selain itu beliau juga cenderung mengajar agama berkaitan dengan ilmu Usuluddin, Fiqh, Tauhid, Tasawuf dan Al-Quran. Syeikh Abdullah Fahim juga merupakan pengasas Sekolah Agama Rakyat. Difahamkan sebelum P.Ramlee berhijrah ke Singapura beliau sering bertalaqi dan menadah kitab menuntut ilmu Tauhid dan Tasawuf dengan Syeikh Abdullah Fahim.

Selepas selesai belajar agama, P.Ramlee akan membuat aktiviti s**an. P.Ramlee sangat gemar bermain sepak raga dan badminton bersama rakan-rakan sekolahnya. P.Ramlee juga sangat aktif bers**an dan berpesatuan semasa di sekolah. Selepas selesai solat Isyak, P.Ramlee akan berlatih muzik bersama kump**an pancaragam Sinar Bintang Sore. Setelah beberapa lama bersama pancaragam itu beliau sertai p**a pancaragam Teruna Sekampong sebagai pemain biola, penyanyi dan pencipta lagu. Sebenarnya bakat seni P.Ramlee ini telah terlihat dari zaman beliau remaja. P.Ramlee juga pernah belajar bermain biola bersama dengan Cikgu Kamaruddin seorang guru biola terkenal di Pulau Pinang.

Apabila diadakan pertandingan menyanyi anjuran Radio Malaya pada tahun 1945, P.Ramlee telah mencuba nasibnya sebagai penyanyi. Tetapi pada tahun itu P.Ramlee hanya mendapat tempat ketiga. Setelah tiga tahun mencuba akhirnya P.Ramlee berjaya mendapat johan pada tahun 1947. Semenjak itu nama P.Ramlee dan pancaragam Teruna Sekampung telah mula dikenali di kawasan utara Malaya. Perkara ini telah membuatkan pengarah B.S Rajhans berminat akan bakat yang ada pada P.Ramlee sehingga meminta beliau ke Singapura seperti yang kita semua tahu.

Apabila P.Ramlee sampai ke Singapura, beliau banyak menuntut ilmu dengan beberapa orang guru dan tokoh muzik, antaranya ialah Zubir Said, Osman Ahmad, Yusof B dan Ahmad Jaafar. P.Ramlee juga pernah balajar cara membuat ragaman muzik dengan Fred Libio dan LB Ventura dua orang komposer tekenal dari Filipina.

Moral dari kisah P.Ramlee yang kita dapat adalah dengan etika berguru. Kerana segala ilmu di dunia ini perlu ada guru. Bukan hanya sekadar menadah kitab tetapi ianya juga perlu bimbingan dan rujukan guru. Seperti P.Ramlee kita tahu bahawa beliau sememangnya dianugerahkan bakat dari Allah, tetapi P.Ramlee juga berguru dan menuntut ilmu. Cara terbaik dalam menuntut ilmu itu dipelajari dengan cara berguru dan menadah kitab daripadanya agar segala ilmu itu berkat dan bermanfaat.

Teks : HAR

Sumber :

Gagak Di-Rimba - Abdullah Hussain
Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji
P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr - Aimi Jarr
Temubual bersama Syeikh Ali (Abang P.Ramlee)

27/05/2023

Yeahh lepas ni dah tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Bangi Avenue kalau nak draw duit 🀭🀭🀭 ATM pertama di Pekan Bangi

Lokasi di KK Mart Taman Awani

27/05/2023

SHARIFF DOL TIBA-TIBA JADI HERO

Pelakon yang sangat terkenal dengan watak jahat ini bernama Shariff Dol bin Asnawi dilahirkan di Medan, Sumatera pada tahun 1926.

Tak banyak cerita tentang kehidupan awal Shariff Dol. Tapi, waktu Shariff buat kemunculan pertamanya di layar perak pada tahun 1952, dia terus dapat tawaran jadi hero. Ini kerana pihak Shaw Brothers waktu tu terdesak nak pakai hero baru sebab hero-hero lain yang dah established macam P. Ramlee, S. Roomai Noor dan Osman Gumanti masing-masing terikat dengan komitmen di set penggambaran pengarah lain.

Shariff Dol tiba tiba dijadikan hero sebuah filem berjudul SHORGA DUNIA arahan B.S. Rajhans dengan menggunakan nama M. Shariff. Malangnya filem ini dah tak dapat ditonton sebab salinannya dipercayai telah hilang.

Bertambah malang lagi apabila filem Shorga Dunia tu tak dapat sambutan baik waktu ditayangkan di panggung. Shariff Dol terus kena β€˜turun pangkat’ jadi pelakon tambahan saja lepas tu.

Walau bagaimanapun, Shariff Dol tidak berputus asa. Dia ingin teruskan kerjaya lakonannya di studio Jalan Ampas dengan harapan akan dapat peranan yang lebih baik dalam filem-filem akan datang.

Ketika P. Ramlee dilantik menjadi pengarah filem Penarek Becha pada tahun 1955, dia telah memberi peranan kecil kepada Shariff Dol sebagai doktor yang merawat Orang Kaya Marzuki (Udo Omar) selepas dilanggar Ghazali (Salleh Kamil).

P. Ramlee nampak Shariff Dol ni ada potensi untuk jadi seorang pelakon watak jahat yang baik. P. Ramlee yang sememangnya β€˜master of casting’ itu telah memberi watak-watak jahat yang lebih berkualiti kepada Shariff Dol dalam filem-filem arahannya. Filem Seniman Bujang Lapok telah membentuk Shariff Dol menjadi pelakon crook yang ada gaya tersendiri. Sampai satu tahap dia tak perlu buat muka bengis atau tinggikan suara sewaktu berlakon watak jahat dalam filem. Tengoklah dalam Seniman Bujang Lapok, Sarip Dol cool je walaupun samseng besar.

Selepas itu, Shariff Dol sentiasa diberi peranan sebagai antagonis atau crook. Memandangkan bentuk badannya tinggi dan sasa, ia menyerlahkan lagi watak jahatnya dalam filem.

Selain dari filem-filem arahan P. Ramlee, Shariff Dol juga kerap berlakon di bawah arahan Jamil Sulong ketika di studio Jalan Ampas, seperti filem Batu Belah Batu Bertangkup, Isi Neraka, Lela Manja, Si Tanggang, Gerak Kilat dan Raja Bersiong.

Selepas penutupan studio Jalan Ampas pada tahun 1967, Shariff Dol berhijrah ke Cathay Keris dan sempat berlakon dalam beberapa buah filem sebelum bersara daripada dunia lakonan pada tahun 1971.

Di luar bidang lakonan, Shariff Dol bukanlah jahat seperti dalam filem. Dia menjalani kehidupan seperti orang biasa. Shariff berkahwin dengan isterinya yang bernama Alimah Ahmad dan mempunyai 10 orang anak.

Selepas 8 tahun berhenti berlakon filem, Shariff Dol meninggal dunia pada 27 April 1979 di Singapura akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit pada usia 53 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Teks: DAN
Sumber: Majallah Filem

21/09/2020

Orange + fm sentiasa disisi

23/02/2020

Salam siaran untuk semua

23/02/2020

Assalamuaikum dan salam siaran kepada pendengar mos f.m

27/12/2019

Salam siaran buat semua

MOS FM 10/09/2019

ASSALAMUALAIKUM PARA PENDENGAR

MOS FM Π Π°Π΄ ΠΏΡ€ΠΈΠ²Π΅Ρ‚ΡΡ‚Π²ΠΎΠ²Π°Ρ‚ΡŒ Вас Π½Π° ΠΊΠ°Π½Π°Π»Π΅ MOS.FM Канал Π½Π΅ ΠΈΠΌΠ΅Π΅Ρ‚ Π½ΠΈΠΊΠ°ΠΊΠΎΠ³ΠΎ ΠΎΡ‚Π½ΠΎΡˆΠ΅Π½ΠΈΡ ΠΊ Ρ€Π°Π΄ΠΈΠΎ :D (мос Ρ„ΠΌ, мосфм) ΠŸΠΎΠΏΠ°ΡΡ‚ΡŒ Π½Π° ΠΌΠΎΠΉ ΠΊΠ°Π½Π°Π» Π’Ρ‹ всСгда ΠΌΠΎΠΆΠ΅Ρ‚Π΅ Π²Π±ΠΈΠ² Π² адрСсной ст...

MOS FM 30/08/2019

MOS FM Π Π°Π΄ ΠΏΡ€ΠΈΠ²Π΅Ρ‚ΡΡ‚Π²ΠΎΠ²Π°Ρ‚ΡŒ Вас Π½Π° ΠΊΠ°Π½Π°Π»Π΅ MOS.FM Канал Π½Π΅ ΠΈΠΌΠ΅Π΅Ρ‚ Π½ΠΈΠΊΠ°ΠΊΠΎΠ³ΠΎ ΠΎΡ‚Π½ΠΎΡˆΠ΅Π½ΠΈΡ ΠΊ Ρ€Π°Π΄ΠΈΠΎ :D (мос Ρ„ΠΌ, мосфм) ΠŸΠΎΠΏΠ°ΡΡ‚ΡŒ Π½Π° ΠΌΠΎΠΉ ΠΊΠ°Π½Π°Π» Π’Ρ‹ всСгда ΠΌΠΎΠΆΠ΅Ρ‚Π΅ Π²Π±ΠΈΠ² Π² адрСсной ст...

Want your business to be the top-listed Media Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00