Ammar Kong Chicken Rice
Masakan cina muslim & Masakan Sarawak
28/05/2026
Assalamualaikum semua. Untuk makluman, kami terpaksa sambung cuti satu hari lagi atas sebab yang tidak boleh dielakkan. Selamat bercuti semua.
26/05/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M Dan Selamat Menunaikan Ibadah Haji & Ibadah Korban Kepada Seluruh Umat Islam.
Dimaklumkan bahawa kami akan tutup selama satu hari pada:
📅 27/05/2026 (Rabu)
Semoga Hari Raya Haji ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat anda sekeluarga.
Yang balik kampung hati-hati bila memandu.
Terima kasih atas sokongan anda semua & maaf 🙏 atas segala kesulitan.
20/05/2026
📢 MASIH BERLANGSUNG: TAWARAN ISTIMEWA BUAT PEMINAT TEGAR AMMAR KONG!
Salam sayang kepada semua pelanggan setia Ammar Kong Chicken Rice! ❤️
Sebagai tanda penghargaan buat anda yang tidak henti-henti menyokong kami dari dulu sampai sekarang, kami ingin mengingatkan bahawa DUA PROMOSI HEBAT ini masih berjalan! 🥳
Tak perlu pening fikir nak makan mana, jom serbu Ammar Kong hari ini:
🍜 SET LAKSA SARAWAK + AIR SIRAP PERCUMA
Nikmati keaslian Laksa Sarawak kami yang berlemak dan cukup rempahnya.
BONUS: Setiap pembelian satu mangkuk Laksa Sarawak akan disertakan dengan Air Sirap PERCUMA untuk segarkan tekak anda! 🥤✨
🥘 PROMOSI SPECIAL MENU + TEH BUNGA AIS PERCUMA
Mengidam menu panas-panas atas sizzling plate atau nasi claypot? Kami ada pilihan untuk anda:
Nasi Claypot (RM 12.50)
Sizzling Mee Kolok (RM 12.50)
Sizzling Nasi (RM 12.50)
Sizzling Yee Mee (RM 12.50)
Mee Kolok Salju (RM 11.80)
BONUS: Setiap pembelian menu di atas akan mendapat Air Teh Bunga Ais PERCUMA! 🌼❄️
📍 Lokasi: Ammar Kong Chicken Rice
⏰ Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, Ahad cuti. Bermula 11 pagi hingga 7.45 malam.
⚠️ Tertakluk kepada terma & syarat. Selagi stok masih ada.
Terima kasih kerana terus menjadikan kami pilihan utama anda untuk hidangan Cina Muslim dan masakan Sarawak yang autentik. Jumpa anda di sana! 👋
Mencari nasi Ayam Roasted atau Hainan? Marilah ke Ammar Kong Chicken Rice. Boleh rasai sendiri keistimewaan nasi ayam kami.
15/05/2026
Salam Jumaat semua. Teristimewa buat semua pelanggan Ammar Kong Chicken Rice. Setiap pembelian Laksa Sarawak akan mendapat percuma air sirap samada dine-in ataupun bungkus.
Marilah ke Ammar Kong Chicken Rice sementara stok masih ada.
Minta maaf semua..kami terpaksa tutup awal hari ni disebabkan banyak hidangan yang dah habis..alhamdulillah dan terima kasih yang support...
Terima kasih untuk Daruslantak atas review makanan di Ammar Kong Chicken Rice
Setinggi-tinggi penghargaan buat team Daruslantak sudi datang ke kedai kami di Bandar Baru Bangi untuk review makanan kami di sini.
Semoga keunikan makanan yang cuba kami bawa menambat hati pelanggan-pelanggan yang mencari kelainan dalam masakan Cina Muslim dan Sarawak. Kepelbagaian ini bukanlah satu jurang perbezaan, sebaliknya ia diraikan dan dikongsi bersama. Marilah cuba sendiri.
P/s: Alhamdulilah, semalam ramai yang rebut peluang promosi percuma air sirap ais bagi setiap pembelian Nasi Ayam Roasted dan Nasi Ayam Hainan. Promosi. Hari ini kita buka macam biasa dan promosi ini masih berlangsung sehingga hari ini. Jom dapatkan nasi ayam anda hari ini.
01/05/2026
Penghargaan buat pelanggan Ammar Kong Chicken Rice
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini 1 Mei, walaupun cuti Hari Buruh, Restoren Ammar Kong Chicken Rice dibuka seperti biasa.
Bukan itu sahaja, bagi meraikan pelanggan-pelangan Ammar Kong Chicken Rice, setiap pembelian Nasi Ayam Roasted atau Hainan akan diberi air sirap ais percuma (Dine in atau Bungkus sahaja). Promosi ini kita buka pada hari ini dan juga esok.
Marilah ke Ammar Kong Chicken Rice hari ini. Kedai kami mula beroperasi bermula 11 pagi hingga 7.30 mlm.
30/04/2026
🍜 MEMANG PADU! GABUNGAN MEE KOLOK SARAWAK + AYAM ROASTED🍗
Pernah terbayang tak kesedapan Mee Kolok asli Sarawak digabungkan p**a dengan Ayam Roasted yang legend? Memang kombinasi "lethal" yang sesuai bak pinang di belah dua! 🤤
Di Ammar Kong Chicken Rice, kami bawakan keunikan ini khas untuk anda yang mencari kelainan. Bukan setakat mee kicap biasa, tapi rasa asli Mee Kolok yang kenyal, dilengkapi p**a dengan daging cincang, sayur pak choy dan fishcake.
Kenapa Anda Wajib Cuba Mee Kolok Special Kami?
Ayam Roasted sedap: Gandingan ayam ini bukan sahaja sesuai dengan Nasi Ayam kami, ia pelengkap yang serasi dengan semua menu kami.
Tekstur Mee Premium: Mee yang springy (kenyal) dan tidak muak.
Cukup Mengenyangkan: Cukup lengkap dengan sayuran segar dan bahan sampingan.
Harga Mampu Milik: Hanya RM12.00 sahaja sepinggan! 😱
Sesuai sangat untuk makan tengah hari atau makan malam yang santai tapi puas hati. Sekali suap, terus rasa macam terbang ke Sarawak!
28/04/2026
Promosi Teh Bunga Ais Free untuk Special Menu
Adat berniaga sekejap banyak yang terjual, sekejap terkurang. Di Ammar Kong Chicken Rice, kebiasaanya, selain Nasi Ayam, Mee Kolok, Sizzling dan Nasi Claypot ada permintaannya. Tapi ada waktu pun sendu. Ada banyak permintaan istimewa pelanggan, ada tak nak sayur, ada tak nak bawang goreng atau daun sup, ada yg nak Mee Kolok dgn kicap je semata-mata... Selagi boleh kami cuba penuhi pemintaan semua.
Variasi Mee Kolok yang kita perkenalkan juga sangat banyak. Pilihlah yang mana satu yang kena dengan tekak anda.
Bagi meraikan pelanggan Ammar Kong Chicken Rice yang setia memesan menu-menu istimewa, bermula hari ini, kita akan berikan minuman Teh Bunga Ais percuma untuk sesiapa yang membeli antara menu-menu pilihan berikut: Nasi Claypot, Sizzling Mee Kolok, Mee Kolok Salju, Sizzling Nasi dan Sizzling Yee Mee.
Pastikan anda rebut peluang ini selagi masih ada stok.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
36, Jalan 4/11b, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, Bandar Baru
Bangi
43650
Opening Hours
| Monday | 11:00 - 19:00 |
| Tuesday | 11:00 - 19:00 |
| Wednesday | 11:00 - 19:00 |
| Thursday | 11:00 - 19:00 |
| Friday | 11:00 - 19:00 |
| Saturday | 11:00 - 19:00 |