MengajiSpace.com
Mengaji Space adalah satu platform pengajian Al-quran secara online dan fizikal dibawah ElQurthuby Quranic Centre.
Impian kami adalah untuk memastikan anda cekap dan lancar membaca Al-quran. Ayuh kita tempuhi jalan ini untuk kita raih redha Ilahi.
14/10/2024
Info Menarik Surah AL Fatihah
10/10/2024
TADABBUR SURAH AL KAHFI
* Merungkai kisah di sebalik kehebatan surah al Kahfi
* Kisah Pemilik 2 Kebun dalam Surah Al-Kahfi, pandangan seorang laki-laki Mukmin yang tidak memiliki sedikit pun fenomena kemegahan dunia, tetapi berpegang teguh pada keimanan dan keislamannya
Nak tahu lebih lagi kisah iniโโ
*Jom sertai Tadabbur al Kahfi bersama elQurthuby Quranic Centre*โจ
๐๏ธ 11/10/2024 (Jumaat)
โฐ9.00am-10.00am
๐Secara Online (google meet)
_Jom bantu sebarkan pada kenalan , agar semua peroleh manfaat_
https://chat.whatsapp.com/BD3PtDPoilXDVVn9MvTNIG
20/07/2024
|| Kebaikan Segara di dunia bagi sesiapa bersama al Quran ||
Ketika seseorang bersahabat dengan al Quran,
Pasti dia akan melihat banyak kebaikan di dunia yang disegerakan sebelum tiba di akhirat
Memuliakan AL Quran akan di Muliakan Oleh Manusia
Menjaga AL Quran pasti akan dijaga Oleh Allah SWT.
Menyayangi al Quran akan di sayangi manusia sekelilingnya.
Dikeluarkan dari kesulitan dari setiap ujian.
Diluaskan pintu-pintu kebaikan.
Dimudahkan jalan kehidupan di dunia.
Ketenangan di wajah dan hatinya.
Maka Hormatilah al Quran dengan menjaga bacaan yang sahih, kerana ianya Kalamullah.
Ikhlaskan diri bersama al Quran.
Jom follow Sharing, info dan kelas AL Quran bersama saya..
https://linktr.ee/qurthubyqc
09/03/2024
Sebaik baik kesibukan adalah sibuk dengan AL Quran.
( ู
ููู ุดูุบููููู ุงููููุฑูุขูู ุนููู ุฐูููุฑูู ููู
ูุณูุฃูููุชูู ุฃูุนูุทูููุชููู ุฃูููุถููู ู
ูุง ุฃูุนูุทูู ุงูุณููุงุฆูููููู ) .
Inilah antara kelebihan dan nikmat setiap Ahlul Quran.
Kesibukannya bersama AL Quran diganjari dengan Doa2 yang Mustajab serta pemberian2 Yang Baik dari Allah SWT.
Apapun keadaannya tidak akan membataskan dirinya untuk bersama al Quran.
Ramadhan yang dibakal tiba, sama2 kita jadikan
"Bulan menyibukkan diri dengan AL Quran"
15/09/2023
TikTok ยท JamalQurthuby Check out JamalQurthuby's video.
18/07/2023
1444H penuh dengan cerita Kembara Makhraj Huruf.
Kadang2 malu dgn adik2 bila dia tanya nk follow FB, TikTok dan Instagram.
Sebab MMG saya tak aktiv BT live dan sebagainya.
BT masa ni MMG guna kudrat untuk bertemu secara fizikal.
Namun alhamdulillah sedar tak sedar,
TOUR MAKHRAJ HURUF kini memasuki 10 buah negeri. Menemui hampir 12000 peserta secara fizikal. Dan akan memasuki cetakan ke 4.
Dan sampai ke saat ini, permintaan terus menerus.
Bermula dari surau ke masjid, dari sekolah ke universiti. Dari syarikat swasta ke jabatan kerajaan. Dan memenuhi permintaan untuk ke sektor Korporat.
Alhamdulillah.
Semuanya hanya dengan senaskah buku yang menceritakan asam garam manis pahit susah-senang untuk mencapai Kemanisan dalam bacaan.
Segalanya bermula dengan IQRA. Dan Asas Kepadanya adalah memenuhi tuntutan Tajwid iaitu Sebutan Makhraj Huruf.
diantara Dapatan yang diperolehi sepanjang pengembaraan ini adalah :
Ramai yang mengakui "SKIP" berkaitan Makhraj dalam proses pembelajaran tajwid.
Inilah tugas wajib Guru AL Quran!!!
------+--------------+++-----------------++--------
Salam Hijrah dan Selamat datang 1445H.
Jom, mana2 guru AL Quran yang kasihkan pelajarnya, kita bantu improve bacaan dan bagi impak terbaik untuk bacaan mereka.
Siapa nk gerak bersama team saya untuk bergerak ke seluruh Malaysia.
Tak ramai. Hanya 100 orang Guru terpilih sahaja.
Komen
WE SOLVE IT!!!
24/05/2022
DOA DIATAS KEZALIMAN SENDIRI
โข Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi SAW bersabda:
ุงููููููู
ูู ุฅููููู ุธูููู
ูุชู ููููุณูู ุธูููู
ูุง ููุซููุฑูุงุ ูููุงู ููุบูููุฑู ุงูุฐูููููุจู ุฅููููุง ุฃูููุชูุ ููุงุบูููุฑู ููู ู
ูุบูููุฑูุฉู ู
ููู ุนูููุฏูููุ ููุงุฑูุญูู
ูููู ุฅูููููู ุฃูููุชู ุงูุบููููุฑู ุงูุฑููุญููู
ู
Maksudnya:
โYa Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.โ
[Riwayat al-Bukhari (834)]
๐๐ป Elqurthuby Quranic Centre
Klik link untuk join
https://t.me/joinchat/JkowMxXVEfahnq9HhoE8sQ
17/05/2022
Alhamdulillah, terima kasih kepada Hajah Rusnah dan Puan Adelen Osman kerana sudi membuat pembayaran zakat di EQC, semoga Allah merahmati dan mempermudahkan segala urusan merekaโจ
Buat pengetahuan semua, sekarang ini EQC telah menjadi sahabat zakat Selangor & bayaran zakat boleh dibuat melalui EQC.โบ Mudah saja prosesnya, bayaran boleh dibuat di rumah sendiri ataupun terus datang ke EQC๐๐๐ป.
Antara zakat yang kami terima:
โก *Zakat pendapatan*
โก *Zakat perniagaan*
โก *Zakat simpanan*
โก *Zakat saham*
โก *Zakat emas*
โก *Zakat perak*
โก *Zakat kwsp*
โก *Qadha zakat*
Dapatkan temu janji anda sekarang!!
Boleh terus tekan link ini ๐ซ:
http://www.wasap.my/60182189969/Assalamualaikum,+saya+ingin+bayar+zakat+melalui+EQC
Www.wasap.my/601135529969/NakBayarZakatDiEQC
๐๐ถ๐๐ฎ๐ต ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐๐ต๐น๐ถ ๐ก๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ
Menurut catatan sejarah pada zaman Rasulullah terdapat seorang wanita yang sangat kuat beribadah, siang malam dia bersolat. Dia juga puasa sunat dan berjaga di tengah malam untuk berqiamullail. Pendek kata, semua yang mengenalinya tahu bahawa wanita itu adalah seorang yang sangat beriman dan menghabiskan hidupnya untuk beribadat kepada Allah. Pada suatu hari wanita itu meninggal dunia.
Jenazah wanita itu diuruskan oleh para sahabat dan sambil menguruskan jenazah, para sahabat bersembang sesama sendiri, "Wanita ini bakal masuk syurga kerana amalan soleh yang telah dilakukannya di sepanjang riwayat hidupnya." Lalu datang Rasulullah mengatakan : "Wanita ini adalah ahli neraka".
Para sahabat yang mendengar berasa pelik dan bertanya kembali kepada Rasulullah : "Mengapa begitu wahai Rasulullah? Sedangkan wanita ini di waktu siangnya berpuasa dan di waktu malamnya rajin bangun malam tahajjud"
Rasulullah menjawab : "Kerana wanita ini tidak menjaga lidahnya, s**a mengadu domba, mengata dan mengumpat"
Kesimp**an daripada kisah ini ialah dosa yang sering kita lakukan setiap hari seperti mengumpat, menfitnah, mengadu domba dan sebagainya boleh menghapuskan segala pahala yang kita perolehi daripada ibadah yang kita lakukan. Adalah sangat rugi kalau kita kehilangan semua pahala kerana tidak menjaga mulut. Lagi sedih kalau kita termasuk dalam golongan ahli neraka akibat mulut kita yang jahat.
๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ง ๐ก๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐จ๐ฃ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ ๐ญ๐๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ฅ๐๐
Salah seorang sabahat Rasulullah iaitu Saidina Usman terlupa untuk membayar zakat fitrah hingga selesai solat Aidilfitri. Sebaik sahaja teringat, Saidina Usman segera p**ang ke rumah dan mengambil seekor unta yang paling bagus miliknya untuk dijual. Duit hasil jualan unta tadi dia gunakan untuk memerdekakan seorang hamba yang merupakan seorang kanak-kanak.
Setelah selesai memerdekakan hamba itu, Saidina Usman menghadap Rasulullah saw dan berkata :
"Ya, Rasulullah , bahawasanya saya telah lupa membayar zakat fitrah, namun saya telah menjual seekor unta yang paling bagus dan saya gunakan untuk memerdekakan seorang budak. Apakah itu setara nilainya dengan zakat fitrah yang saya terlupa membayar itu ?"
Di hadapan para sahabat, Rasulullah saw kemudian menjawab :
"Sangat merugikan bagi sesiapa pun yang tidak membayar zakat fitrah , kerana pahala zakat fitrah itu sangatlah tidak terhingga. Jangankan memerdekakan seorang budak, memerdekakan 100 orang budak pun tak akan dapat menyamai pahala zakat fitrah."
Berdasarkan kisah ini, bolehlah kita membuat kesimp**an bahawa tanggungjawab membayar zakat fitrah datang dengan ganjaran yang sangat besar. Rugilah kalau kita gagal untuk menunaikan kewajipan tersebut.
20/04/2022
Live Now!!
SMACKDOWN HATI
Ikuti perkongsian menarik daripada Ustaz Akhil Hayy
Boleh bantu share seluasnya link program ke group yang ada.
Link zoom meeting :
https://us02web.zoom.us/j/88519955235?pwd=SXpjS1VwUlNoMmlxc2crb1RQUHlxZz09
19/04/2022
๐ก๐จ๐ญ๐จ๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก...
Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.
Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).
๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ป๐๐๐๐น ๐พ๐๐ฟ๐ฎ๐ป
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan โNuzulโ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. โAl-Quranโ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata โal-Quran mukjizat akhir zamanโ atau โal-Quran yang mempunyai mukjizatโ. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-Anโam:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr p**a bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-โAlaq. maksudnya:
โBacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.โ (al-โalaq:1-5)
https://t.me/joinchat/JkowMxXVEfahnq9HhoE8sQ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
NO 29A, Taman IKS, Seksyen 9, Bangi. Selangor.
Bangi
43650
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 05:30 |
| Tuesday | 08:30 - 05:30 |
| Wednesday | 08:30 - 05:30 |
| Thursday | 08:30 - 05:30 |
| Friday | 08:30 - 05:30 |