Loyar Zameri
ADUN JELAWAT
Timbalan EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan
#JelawatSejahteraRakyatTerbela
12/08/2026
RUU Kesalahan Syariah 2026 langkah cegah jenayah – YB Zameri
Pembentangan Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 merupakan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan rakyat menjadi insan bertakwa serta warganegara yang baik.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Jelawat YB Zameri Mat Nawang berkata, langkah berkenaan turut menjadi usaha kerajaan dalam mencegah jenayah menerusi bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada kerajaan negeri.
“Ini merupakan satu komitmen kesungguhan dan dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai kerajaan untuk memastikan rakyat dalam negeri ini menjadi insan yang bertakwa dan menjadi seorang warganegara yang baik.
“Langkah yang diambil pada hari ini adalah satu langkah untuk mencegah jenayah dengan bidang kuasa yang diberikan oleh undang-undang kepada kerajaan negeri” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 pada Persidangan Kali Kedua Bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2026, hari ini.
*Baca berita penuh di Portal Info Rakyat Kelantan:*
https://go.kelantan.gov.my/NHXBa
02/08/2026
Sedang berlangsung hari ini Program
TEMU MATO ANOK BACHOK DI PERANTAUAN
"Jauh Di Rantau, Bachok Tetap Di Hati"
Program bermula 8.30 pagi hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Sri Nervillia, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor.
Atur Cara Program
⚽ Futsal
🥅 Sepakan Penalti
🏃 Sukaneka
🎶 Persembahan Dikir Barat / Silat Tomoi.
🍛 Jamuan istimewa Gulai Kawah Tradisi Kelantan
🎁 Cabutan bertuah
🤝 Sesi ramah mesra
✨ Banyak lagi aktiviti menarik menanti
Anjuran Bersama
- Pusat Khidmat DUN Jelawat
- Pusat Khidmat DUN Pantai Irama
- Pusat Khidmat DUN Tawang
- Pusat Khidmat Parlimen Bachok
- PERAKAN Malaysia
- Anok-Anok Bachok di Perantauan
"Kukuhkan Ukhwah • Eratkan Silaturahim • Meriahkan Persaudaraan"
Semua anak-anak Bachok di perantauan serta ahli keluarga dijemput datang sama-sama memeriahkan program ini.
01/08/2026
Jemput hadir belako!
19/07/2026
Hospital Bachok.
Alhamdulillah sempena hari Jururawat, kami bersama YB ADUN Jelawat, Yb Loyar Zameri bersama2 meraikan Jururawat di Hospital Bachok.
Selamat Hari Jururawat buat semua Jururawat di sini. Terima kasih atas jasa anda semua menjaga pesakit-pesakit di sini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Bachok
ADUNJELAWAT2023
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |