SUARA Rakyat Marhaen
Luahan isi hati rakyat berhubung isu semasa
28/12/2025
Buka jawatan Panglima Tentera Darat kepada semua Kor Tempur
JAWATAN Panglima Tentera Darat (PTD) merupakan antara jawatan paling strategik dalam ekosistem pertahanan negara.
Ia bukan sekadar kedudukan hierarki tertinggi dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) tetapi simbol kepimpinan operasi, budaya profesionalisme dan arah masa depan pasukan darat negara. Justeru, persoalan tentang siapa yang layak dan daripada kor mana kepimpinan tertinggi ini wajar datang, bukan isu remeh atau bersifat dalaman semata-mata tetapi ia adalah isu kepentingan nasional.
Selama beberapa dekad terdapat satu realiti tidak bertulis dalam TDM: jawatan Panglima Tentera Darat hampir secara konsisten digilirkan dalam kalangan pegawai daripada Kor Askar Melayu Diraja (RAMD).
Walaupun RAMD sememangnya tulang belakang infantri, lebih ramai dan telah melahirkan pegawai-pegawai berkaliber, persoalan yang semakin kuat dibangkitkan hari ini ialah: adakah kepimpinan tertinggi Tentera Darat harus terus terikat kepada satu kor sahaja?
Hujah yang sering digunakan untuk mempertahankan amalan ini ialah faktor tradisi, senioriti dan pengalaman infantri sebagai “teras” peperangan darat. Namun dalam konteks peperangan moden hujah ini semakin rapuh.
Tentera Darat hari ini bukan lagi entiti infantri semata-mata, tetapi sebuah angkatan multidomain yang melibatkan pasukan mekanis, armor, artileri, risikan, kejuruteraan tempur dan pasukan khas.
Kor Renjer Diraja sebagai contoh mempunyai sejarah operasi yang panjang, pengalaman medan yang luas serta reputasi sebagai pasukan tempur elit dalam pelbagai bentuk konflik daripada perang konvensional, operasi counter-insurgency, hingga operasi keselamatan dalaman.
Pegawai-pegawai Renjer telah memimpin batalion, briged dan formasi besar dengan rekod profesional yang tidak kurang cemerlang berbanding mana-mana kor lain. Jika kriteria kepimpinan tertinggi hanya berlegar pada asal kor maka TDM berisiko terperangkap dalam kitaran budaya tertutup yang mengutamakan asal-usul berbanding merit sebenar.
Angkatan tentera moden di seluruh dunia semakin menekankan meritokrasi strategik iaitu pemilihan kepimpinan berdasarkan keupayaan berfikir strategik, integriti, pengalaman rentas fungsi dan kebolehan memimpin dalam persekitaran kompleks. Dalam banyak negara maju, latar belakang kor bukan faktor penentu tunggal untuk jawatan tertinggi perkhidmatan.
Sebaliknya, pegawai yang pernah berkhidmat dalam pelbagai formasi, memahami operasi gabungan (joint operations) dan mempunyai pendedahan strategik di peringkat nasional dan antarabangsa lebih dinilai untuk jawatan tertinggi.
Jika Tentera Darat Malaysia benar-benar ingin melahirkan kepimpinan masa depan yang relevan, maka laluan ke jawatan Panglima Tentera Darat perlu dibuka secara lebih telus dan inklusif kepada semua kor tempur yang memenuhi kriteria profesional dan strategik.
Isu ini bukan sekadar soal struktur tetapi turut memberi kesan psikologi yang mendalam kepada warga Tentera Darat, khususnya pegawai dan anggota daripada kor selain RAMD. Apabila satu kor dilihat secara konsisten “dimiliki” laluan ke puncak kepimpinan, ia mewujudkan persepsi bahawa sumbangan kor lain bersifat sokongan, bukan setara.
Persepsi sebegini jika berlarutan boleh melemahkan motivasi, menjejaskan semangat kesatuan (spirit de corps) dan akhirnya memberi kesan kepada kohesi keseluruhan Tentera Darat. Dalam organisasi bersenjata, perasaan keadilan institusi adalah elemen penting kepada disiplin dan kesetiaan.
Seorang pegawai yang merasakan siling kerjayanya ditentukan bukan oleh prestasi tetapi oleh asal kor akan sukar untuk memberikan komitmen maksimum kepada institusi dalam jangka panjang.
Kepimpinan yang terlalu homogen dari segi latar belakang kor berisiko mewujudkan apa yang dikenali sebagai strategic echo chamber di mana pemikiran, pendekatan dan keputusan dipengaruhi oleh pengalaman dan perspektif yang hampir serupa.
Dalam persekitaran keselamatan yang semakin kompleks, Tentera Darat memerlukan kepimpinan yang berani mencabar andaian lama menerima perspektif berbeza dan memahami kepelbagaian bentuk peperangan darat.
Pegawai daripada Kor Renjer, armor, atau formasi lain membawa sudut pandang operasi yang berbeza yang boleh memperkayakan pembuatan keputusan strategik. Kepelbagaian latar belakang bukan ancaman kepada tradisi ia adalah kekuatan institusi.
Pengiliran Panglima Tentera Darat bukanlah keputusan yang boleh dibuat secara populis atau emosional. Ia memerlukan kesedaran dan keberanian daripada pihak berkepentingan utama, termasuk kepimpinan tertinggi ATM, MINDEF, dan sistem nasihat kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Apa yang diperlukan ialah satu kerangka pemilihan yang jelas, telus dan berasaskan kompetensi, di mana, Latar belakang kor tidak menjadi halangan struktural integriti dan rekod perkhidmatan menjadi asas penilaian.
Pengalaman operasi dan strategik diberi keutamaan. Langkah ini bukan bertujuan menafikan peranan RAMD tetapi untuk memastikan Tentera Darat berkembang sebagai sebuah institusi profesional yang matang dan inklusif.
Tentera Darat Malaysia sedang berada di persimpangan penting. Dunia keselamatan sedang berubah dan institusi pertahanan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada tradisi tidak bertulis yang tidak pernah dinilai secara kritikal.
Membuka laluan jawatan Panglima Tentera Darat kepada kor tempur lain seperti Kor Renjer bukan satu tindakan radikal. Ia adalah langkah evolusi institusi selari dengan tuntutan profesionalisme, keadilan dan keberkesanan operasi.
Soalnya bukan siapa yang patut menggantikan siapa. Soalnya ialah apakah jenis Tentera Darat yang kita mahu bina untuk masa depan yang tertutup dan berasaskan kebiasaan, atau yang terbuka dan berasaskan keupayaan sebenar. Dalam soal pertahanan negara keberanian untuk berubah adalah sama penting dengan keberanian di medan tempur.
Kerajaan hari ini tidak hanya bercakap soal pembangunan bandar, tetapi turut memberi perhatian serius kepada anak-anak muda Orang Asli di kawasan luar bandar seperti Ayer Kuning. Melalui penyediaan program TVET, kerajaan mahu melihat anak muda Orang Asli dilengkapi dengan ilmu kemahiran bukan sahaja untuk bekerja, tetapi untuk memimpin pembangunan komuniti sendiri.
Dengan TVET, anak-anak kita tidak perlu berhijrah jauh ke bandar untuk mencari rezeki. Mereka boleh menjadi tukang mahir, usahawan teknikal atau penyumbang kepada ekonomi kampung sendiri. Ini bukan sekadar latihan, tetapi peluang untuk menjana pendapatan, memperkasakan keluarga dan membina maruah bangsa.
Kerajaan telah membuktikan komitmen melalui peruntukan dan projek yang nyata. Sokongan rakyat terutama dari masyarakat Orang Asli amat penting untuk kesinambungan agenda ini. Pilihlah calon No.1 dari kerajaan dalam PRK Ayer Kuning, demi masa depan anak-anak kita yang lebih terjamin, lebih berdikari dan lebih dihormati.
Kerajaan hari ini tidak hanya bercakap soal pembangunan bandar, tetapi turut memberi perhatian serius kepada anak-anak muda Orang Asli di kawasan luar bandar seperti Ayer Kuning. Melalui penyediaan program TVET, kerajaan mahu melihat anak muda Orang Asli dilengkapi dengan ilmu kemahiran – bukan sahaja untuk bekerja, tetapi untuk memimpin pembangunan komuniti sendiri.
Dengan TVET, anak-anak kita tidak perlu berhijrah jauh ke bandar untuk mencari rezeki. Mereka boleh menjadi tukang mahir, usahawan teknikal atau penyumbang kepada ekonomi kampung sendiri. Ini bukan sekadar latihan tetapi peluang untuk menjana pendapatan, memperkasakan keluarga dan membina maruah bangsa.
Kerajaan telah membuktikan komitmen melalui peruntukan dan projek yang nyata. Sokongan rakyat terutama dari masyarakat Orang Asli amat penting untuk kesinambungan agenda ini. Pilihlah calon No.1 dari kerajaan dalam PRK DUN N.48 Ayer Kuning, demi masa depan anak-anak kita yang lebih terjamin, lebih berdikari, dan lebih dihormati.
PENAHANAN SEORANG LELAKI DIPERCAYAI WARGANEGARA MALAYSIA DI OSLO, NORWAY
Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun telah ditahan di Norway kerana disyaki melkaukan kerja mengintip. Suspek itu didakwa melakukan aktiviti risikan isyarat termasuk menyadap wayar berhampiran lokasi sensitif kerajaan.
Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) berkata, suspek telah ditahan pada hari Jumaat selepas bukti didapati bahawa dia telah mengawasi Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri, dan Kementerian Pertahanan.
Suspek merupakan pelajar tidak berdaftar di sebuah institusi pendidikan Norway dan hanya berada di negara itu untuk tempoh yang singkat. Dia kini ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama dalam kurungan bersendirian.
PST berkata, suspek menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh memudaratkan kepentingan asas negara.
PST masih di peringkat awal siasatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain yang terlibat dalam kes itu.
Peguam suspek, Aase Karin Sigmond berkata, anak guamnya menafikan dakwaan itu dan berada dalam “keadaan teruk” berikutan penahanannya.
Penahanan pelajar Malaysia itu merupakan perkembangan serius dan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kemudahan sensitif kerajaan Norway. PST berkemungkinan akan meneruskan siasatannya untuk beberapa lama dan berkemungkinan lebih banyak pertuduhan akan difailkan terhadap suspek.
SELAMATKAN LANGKAWI UNTUK ORANG MELAYU DEMI EKONOMI ORANG MELAYU
Undi kali ini bukan soal parti politik, bukan soal kita pilih siapa, tapi kita wajib pilih yang terbaik untuk masa depan dan ekonomi orang Melayu Langkawi
_____________________________________________________________________________________________
Sepanjang era 90an, Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan dan p**au bebas cukai yang telah menarik pelancong luar dan dalam untuk melancong ke Langkawi. Setelah berlaku peralihan kuasa politik yang berulang, Langkawi telah hilang gahnya, telah hilang auranya. Hanya kerana melayankan pemimpin politik berebutkan kuasa dan jawatan, nasib org Melayu Langkawi tidak terbela sehingga ekonomi merudum.
Kajian menunjukkan penurunan ketara pendapatan orang Melayu Langkawi. Rata-rata peniaga mengeluh. Kita semua terasa kesannya. Perbandingan hasil perniagaan jatuh teruk berbanding sebelum ini, ketika negara stabil dan aktiviti bertaraf dunia sentiasa menjadikan Langkawi sebagai destinasi.
Kepentingan Kerajaan Pusat dalam membantu meneruskan pencapaian ekonomi yang baik di Langkawi sangatlah jelas. Dari segi kemudahan seperti pengangkutan air (feri), pengangkutan udara (pesawat komersial) termasuk kemudahan teknologi seperti internet pantas pastinya mempengaruhi kemasukan pelancong luar ke Langkawi.
Pameran LIMA 2023 beberapa bulan lalu telah melonjakkan pendapatan penduduk orang Melayu Langkawi. Namun, ianya hanya seketika dan keadaan kembali seperti biasa akibat ketiadaan aktiviti pelancongan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa yang dianjurkan di Langkawi.
OLEH ITU, jelas sungguh perlunya kita bersama-sama dengan Kerajaan Pusat yang menerajui pimpinan negara. Inilah satu-satunya cara agar kelangsungan ekonomi kita di Langkawi dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa hadapan.
Pulau Langkawi perlu diselamatkan demi membantu ekonomi orang Melayu. Jangan sampai Langkawi dijajah secara ekonomi oleh orang luar. Jangan sampai bangsa lain masuk kononnya demi membantu ekonomi yang semakin menurun. Kita tidak mahu orang Melayu kehilangan tanah pusaka. Kita tidak mahu orang Melayu kehilangan aset niaga. Kita tidak mahu orang Melayu menjual segala harta pusaka kepada orang luar apabila ini semua berlaku nanti. Sedikit semi sedikit orang Melayu akan meninggalkan Langkawi sehingga akhirnya hilanglah majoriti penduduk Melayu di Langkawi.
Wahai penduduk Langkawi, bangkitlah bersatu demi bangsa, demi agama. Biarkan mereka di luar Pulau Langkawi bertelagah demi kepentingan politik. Kita perlu mengundi dan bersama-sama dengan Kerajaan Pusat demi membina kembali Langkawi untuk orang Melayu, untuk ekonomi Melayu.
Masa depan Langkawi adalah ditangan tuan-tuan semua. Ayuh lupakan anda penyokong siapa, anda dari parti mana, tetapi bersamalah Kerajaan Pusat bagi mereka membantu orang Melayu Langkawi serta ekonomi Melayu.
Biar Kedah bersama dengan parti dipilih rakyat Kedah, tetapi untuk Langkawi pilihlah bersama Kerajaan Pusat supaya selepas ini segala dana dan projek dapat dilaksanakan untuk orang Melayu.
Langkawi ini bukan soal parti politik, bukan soal kita pilih siapa, tapi kita pilih yang terbaik untuk masa depan dan ekonomi orang Melayu Langkawi.
Jangan kita yang merosakkan Langkawi. Jangan undi kita jadi kita punca Langkawi ditinggalkan. Jangan Langkawi jadi seperti p**au Labuan ke-2.
Pengundi Melayu Langkawi perlu bangkit, perlu sedar agar kita bersama-sama dapat menaikkan kembali Langkawi sebagai satu destinasi impian pelancong tempatan dan luar negara.
Kita ketepikan warna bendera kita, ketepikan soal politik, sebagai anak Melayu bersatu demi agama, demi Langkawi untuk orang Melayu. Anak Langkawi mari kita bersama Kerajaan Pusat, DUDUK SEMEJA BERBINCANG BERTERASKAN AGENDA MELAYU, BERTERASKAN LANDASAN AGAMA ISLAM DEMI KELANGSUNGAN EKONOMI BANGSA DAN AGAMA KITA
21/07/2023
Min sangat tertarik dengan isu MB Kedah sekarang. Selain di dakwa di mahkamah atas 2 pertuduhan berkaitan dngan kenyataan Muhamad Sanusi Md Nor yang didakwa memperlekeh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sbagai Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan. Timbul p**a syor dari SU Agong PKR Saifudin Nasution Ismail supaya menarik balik gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM yang diberikan kepada Muhamad Sanusi. Terbaru berhubung surat sokongan bagi mendapatkan pas lawatan ikhtisas bagi tenaga kerja teknikal, pengurusan dan pr0fessional daripada China 🇨🇳. Sanusi didakwa berbohong dalam proses permohonan yang dimajukan dan dikatakan pekerja tersebut terlibat dengan kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) secara besar-besaran di kawasan kompartmen miliknya di Hutan Simpan Bukit Enggang, S*k. Lepas ape plak....
18/11/2022
Dah habis modal ke sampai buat macam ni. Banyak lagi menteri lain yg kerja kat kementerian. Takde la sampai keluar kenyataan mcm ni
---------------------------------------------
Saya tidak terkejut dengan kenyataan bekas Timbalan MENHAN, yang juga calon BERSATU Parlimen Tanah Merah semalam mengenai satu kenyataan ‘Risikan Tentera Lapor Kedudukan PN Menaik, Mampu Atasi BN’.
Sebagai orang yang paling rapat dengan beliau ketika ini dengan pelbagai aktiviti kempen di seluruh negara, dia tidak harus mengeluarkan kenyataan tersebut yang hanya mencerminkan pemimpin yang ‘bangkrup idea’, gelojoh dan gelabah.
Tindakan mengaitkan ‘risikan tentera’ adalah tidak BENAR sama sekali dan merupakan satu tindakan yang cukup terdesak dalam menghadapi PRU15 ini. Dia sebenarnya menerima tekanan yang dashyat kerana tidak mendapat sokongan penyokong sendiri selepas jutaan ringgit telah dihabiskan.
Sedih kerana dia sanggup menggunakan ‘risikan tentera’ bagi kepentingan peribadi. Sebagai seorang bekas Timbalan MENHAN sepatutnya menjaga kehormatan, akauntabiliti dan integriti ATM. Harap rakyat maklum dan tidak terpengaruh dengan kenyataan tersebut.
Jentera PN,
TANAH MERAH
Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN - Ikmal Hisham | Berita Harian MACHANG: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) kini dalam trend menaik dan dijangka mampu memenangi kerusi untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Lepas dapat bentuk kerajaan, PH desak nak buang orang. Memang gila kuasa betul
15/11/2022
15 tahun makcik ni sabar dengan banjir. Takde perubahan pun kt kawasan die. Anak die sipa cakap die penyokong kuat PH tapi kali ni die akan tukar. Hmmmm.... 🤔
15/11/2022
Kesian makcik ni. Die mengeluh pasal wakil rakyat die, orang lain p**ak yang nak hentam makcik ni p**ak
14/11/2022
Amanat Simpul Mati Askar Melayu.
JANGAN SAMPAI AGAMA & TANAH TUMPAH MU TERGADAI KERANA BENCI PADA KAUM SENDIRI, MELAYU. PERPEGANG TEGUHLAH DIBAWAH KALIMAH SYAHADAH, PASTI ALLAH MEREDHAI KEHIDUPANMU.
Perjuangan yang kamu hadapi hari ini adalah untuk memperjuangkan warisan bangsa untuk kamu hari esok. Jangan menyerah kalah pada fitnah dan hasutan
Wahai anak bangsaku.
Ku tinggalkan tanah kelahiran kamu, tanah di mana darah aku mengalir di atasnya, tanah pusaka yang mana nenek moyangmu sanggup bergadai nyawa untuk kamu mewarisinya. Berpegang teguh pada wasiat ku ini.
Wahai anak bangsaku.
Ketika mana ketuanan Melayu dicabar, ku tinggalkan tanah kelahiran kamu, tanah di mana darah aku mengalir di atasnya, tanah pusaka yang mana nenek moyangmu sanggup bergadai nyawa untuk kamu mewarisinya. Berpegang teguh pada wasiat ku, JANGAN BERUNDUR WALAUPUN SETAPAK DEMI AGAMA, BANGSA & TANAHAIRMU.
24/07/2022
Biar betul sampai macam ni skali. Kang tak pasal separuh jalan dah macam-macam sakit. Sape yang rancang ni bertanggungjwab la sikit. Rancang ikut sedap je
Satu pekara yg mengarut dan tak masuk akal (gila) akan dilakukan oleh pengerak dan penyokong RU6622 iaitu, berjalan kaki dari Ipoh ke Putrajaya melalui lebuh raya Utara -Selatan pada 5 Ogos ini?
Jumlah penglibatan veteran setakat ini tidak dinyatakan? Apa pun idea utk berjalan kaki ini mungkin untuk menzahirkan protes kerana kecewa tidak mendapat layanan berhubung tuntutannya kepada kerajaan?
Tidak tahulah bagaimana idea seburuk ini boleh timbul. Selalunya idea yg teruk ini akan datang dari orang yg tak cukup akal, tak waras dan manusia berotak di lutut?
MENGARUT Ramai menganggap tindakan ini terang-terang kerja mengarut, kerja orang tak siuman malah tindakan tidak berperikemanusiaan, mengheret dan menyiksa golongan veteran tua lanjut usia merempuh dan merentas lebuh raya sejauh 247 km dalam keadaan keuzuran?
BODO Bayangkanlah betapa risikonya berjalan di atas jalan tar dengan sinaran matahari terik dan bergelap di waktu malam? Apakah mahu tunjuk semangat "pejuang"? Apalah sangat semangat juang tu kalau sebilangan hanya berkhidmat kurang 10 tahun, entah-entah jejak pinggir hutan pun tak pernah?
BERPENYAKIT Lebih menyedihkan apabila memikirkan golongan veteran ini terang-terang dalam kategori penuh berpenyakit. Kalau dah berpenyakit buat apa buat kerja untuk cari penyakit? Sanggupkah penganjur bertanggungjawab jika veteran ini ditimpa musibah dan kecelakan kepada diri sendiri?
Keliru Apa yang hendak diperjuangkan oleh RU6622 pun sangat tidak jelas sehingga sanggup "menggadai nyawa" veteran di lebuh raya? Persoalannya jika veteran sampai di Putrajaya pun, apakah kerajaan akan tunduk dengan desakan mereka? Wallahualam.
Beberapa hari lalu, salah seorang 'pemimpin RU6622' lantang menyuarakan kritikan terhadap DS Hishammuddin. Sifat riak dan amalan bercakap meninggi diri jelas menunjukkan perwatakannya. 'Pemimpin ini' mendakwa kononnya dia boleh menggantikan MENHAN kerana dia penuh berpengalaman dalam tentera, politik dan pentadbiran negara, walhal dia hanya berkhidmat 22 tahun dengan pangkat Mejar dalam tentera dan tidak pernah pun jadi YB? Jauh sekali dicalonkan dalam mana-mana PRU/PRN sebelum ini?
Harap veteran berfikir sebelum menyertai sebarang aktiviti yang sia-sia. Jangan sampai nanti nasi sudah menjadi bubur atau sudah terhantuk baru tengadah, baru hendak menyesal? Fikir-fikirlah?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ayer Kuning