Haditech Computer System

Haditech Computer System

Share

Gabungan idea-idea antara pihak pembekal dan pelanggan adalah dijangkakan dapat menembusi pasaran dan menangani pesaing-pesaing dalam pasaran yang sama.

Walaupun perniagaan Haditech Computer baru melibatkan diri dalam bidang ini, namun prestasi amat memberangsangkan memandangkan penglibatan sepenuhnya pengurus syarikat yang mempunyai pengalaman yang dalam bidang ini. Pihak kami amat menitikberatkan kepada kualiti produk, strategi pemasaran dan imej produk.

HelloGold 05/06/2022

HelloGold Buy and get RM5 rebate with HelloGold

01/01/2019
Photos from Haditech Computer System's post 12/03/2017
Photos 03/08/2016

Cara menjaga adapter charger yang anda semua tak tahu

Tips tips menjaga adapter charger

Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang kami rasa patut dikongsi bersama anda semua. Kami merasakan amat berdosa jika tidak berkongsi pengetahuan yang kami ketahui kepada umum. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu

1) Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi.

2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda.

3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop. Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda.

4) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik jika laptop anda sedang ‘OFF’

5) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Ini untuk mengelakkan terlebih panas.

6) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru.

Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF

Jika anda merasakan tips di atas sangat berguna. Sila 'sharekan' artikel ini kepada rakan rakan anda kerana berkongsi ilmu itu besar pahalanya.

Photos 02/08/2016

LAPTOP GAMING TERBAIK DI TAHUN 2016
6. ASUS ROG G751JY
Ia seolah-olah laptop ASUS layak menyandang nama laptop gaming, kerana banyaknya menghadirkan siri gaming.
Satu lagi laptop gaming pilihan dari ASUS adalah siri ROG G751JY.
Laptop ini mempunyai skrin bersaiz 17.3 inci dengan pemproses Intel Core i7 4860HQ dengan RAM 32GB DDR3L
Ciri-ciri grafik juga sangat disokong dengan Nvidia GeForce GTX 980 untuk memaparkan pengalaman bermain yang terbaik dan juga kapasiti simpanan 512 GB dan 1 TB

Photos 02/08/2016

LAPTOP GAMING TERBAIK DI TAHUN 2016
5. MSI GT70
Laptop khusus gamer dari MSI dengan jenis GT70 ini disokong dengna papan kekunci yang boleh menyala dalam kegelapan.
Spesifikasinya menggunkaan Intel Core i7-4600MQ dengan RAM 8 GB hingga 32GB, HDDD 1TB dan SSD 128 GB.
Paparan dari komputer riba ini berukuran 1920 x 1080 piksel.

Photos 02/08/2016

LAPTOP GAMING TERBAIK DI TAHUN 2016

4. Dell Alienware M17X
Siri Dell ini juga mirip dengan siri Alienware dengan saiz skrin yang sama, pemproses Intel Core i7-3630QM kelajuan 3.4 GHz yang dipadukan dengan RAM 3GB DDR3 untuk menghasilkan prestasi maksimum.
Disokong dengan VGA NVidia GeForce GT660M dan juga kamera 3.2 MP dan bluetooth 3.0
Siri Dell ini juga mirip dengan siri Alienware dengan saiz skrin yang sama, pemproses Intel Core i7-3630QM kelajuan 3.4 GHz yang dipadukan dengan RAM 3GB DDR3 untuk menghasilkan prestasi maksimum.
Disokong dengan VGA NVidia GeForce GT660M dan juga kamera 3.2 MP dan bluetooth 3.0

Photos 02/08/2016

LAPTOP GAMING TERBAIK DI TAHUN 2016
3. Lenovo IdeaPad Y50
Perankgat ini direka dengan bergaya dan elegan sehingga sangat sesuai untuk menggambarkan keperibadian pelanggan moden yang ingin laptop yang slim dan ringan.
Dengan saiz skrin 15.6 inci dan resolusi 3840 x 2160 piksel UltraHD mempunyai prosesro generasi
ke-4 Intel Haswll lengkap dengan RAM yang berukuran 4 – 16 GB DDR3. Hardisk juga bersaiz 1TB boleh meyimpan file yang cukup besar.
Selain itu siri lenovo siri ini disokong dengan skrin sentuh multi-touch yang memudahkan penggunaan.

Photos 02/08/2016

LAPTOP GAMING TERBAIK DI TAHUN 2016

2. Dell Alienware 17

Dell kembali menghadirkan siri laptop gaming yang pastinya lebih baik daripada siri di atas. Alienware 17 ini juga menjadi laptop impian para gamers sejati.
Reka bentuk yang cukup elegan dengan berat total 4.1 kg.
Skrin bersaiz 17.3 inci berteknologi WLED HD + dengan saiz resolusi 1600 x 900 piksel, paparan ini juga disokong dengan Anti-glare Display iaitu skrin anti silau.
Dell Alienware 17 ini mempunyai pemproses Intel Core i7-4710 dengan RAM bersaiz 8GB dan juga memori dalaman bersaiz 500GB serta VGA GeForce GTX 765M.
Keunggulan lain adalah bahawa bateri boleh bertahan selama 7 jam.

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Arau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No. 1, Lorong Seri Mawar, Jalan Arau Kodiang, Jejawi
Arau
02600