PAS Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan

Share

Page ini dikendalikan untuk Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Facebook ini merupakan milik Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9).

BPPN9 merupakan salah sebuah badan perhubungan negeri bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti politik berdaftar dan gerakan Islam di Malaysia. BPPN9 disempurnakan penubuhannya pada 12 April 1967 beralamatkan Kampung Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Laman-laman Media yang lain:

Instagram
https://www.instagram.com/pasnegeri9/

Twitter
https://www.twitter.com/pasnegeri9/

18/08/2026
18/08/2026

๐ŸŽ‰ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! ๐ŸŽ‰

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datoโ€™ Seri Dr. Awaludin bin Said atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan keadilan demi kelancaran perjalanan persidangan serta kepentingan rakyat Negeri Sembilan.

Selamat menjalankan amanah. Semoga terus dipermudahkan dalam memimpin dan memperkukuh institusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan.

Tahniah Datoโ€™ Seri! Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah.

Ikhlas daripada,
YB Ustaz Mohd Fairuz B Hj Mohd Isa
ADUN Serting
EXCO Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi & Kepenggunaan

18/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Hj Kamarol Ridzuan, ADUN Paroi atas pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (Timbalan Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan dedikasi demi memartabatkan institusi Dewan serta membawa suara rakyat Negeri Sembilan.

# DUNNegeriSembilan

14/08/2026

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

๐ŸŒ™ SELAMAT DATANG RABIULAWAL ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita dipertemukan kembali dengan Rabiulawal, bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran insan paling mulia, Nabi Muhammad ๏ทบ.

Baginda hadir membawa cahaya Islam, menyempurnakan akhlak manusia dan menjadi rahmat buat seluruh alam.

Marilah kita menyambut bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan selawat, membaca sirah Baginda, menghidupkan sunnah serta meneladani akhlak Rasulullah ๏ทบ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar pada ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui amal, akhlak dan perjuangan menegakkan kebaikan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

๐ŸŒน Rabiulawal hadir, cinta kepada Rasulullah ๏ทบ disemai.

Selamat menyambut Rabiulawal 1448H.

13/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

LESEN JUDI DI KEDAH: PAS TELAH BERHABIS DAYA, KINI TANGGUNGJAWAB MENGHAPUSKAN MAKSIAT TERLETAK PADA TANGAN UMAT ISLAM DAN WAJIB UNDI PAS

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan pembatalan arahan kerajaan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian. Sebagai sebuah parti yang mendokong keluhuran undang-undang, DUPP menghormati proses perundangan dan keputusan mahkamah tersebut, yang diputuskan atas asas teknikal syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

2. Namun begitu, pada masa yang sama, DUPP menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam atas halangan perundangan ini yang mengekang usaha murni sebuah kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan masyarakat daripada barah maksiat perjudian. Kami berpegang teguh dan menghargai kepada asas penghakiman berbeza (dissenting judgment) Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di peringkat Mahkamah Rayuan sebelum ini, yang melihat ketetapan Kerajaan Negeri Kedah ini sebagai satu dasar pertimbangan bagi menjaga kebajikan rakyat yang wajar mengatasi kepentingan peribadi pemain industri judi.

3. Walau apa pun keputusannya, peristiwa ini sama sekali tidak melunturkan semangat perjuangan PAS. Sebaliknya, ia menjadi bukti dan petunjuk paling nyata bahawa PAS amat bersungguh-sungguh, bertegas, dan berani mengambil risiko demi menghalang dan menghapuskan aktiviti perjudian. PAS telah menterjemahkan janji politik kepada pelaksanaan eksekutif demi mencari keredhaan Allah SWT, biarpun terpaksa berhadapan dengan tentangan kapitalis judi di mahkamah.

4. Ketegasan PAS ini bukanlah sekadar retorik sentimen. Judi hakikatnya adalah 'dajjal kerosakan' yang paling besar dalam sistem sosial dan kewangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah pemusnah institusi kekeluargaan, punca kemuflisan, pencetus jenayah, dan perosak ekonomi umat. Malah, amalan perjudian ini ditentang oleh semua agama dan nilai moral yang waras, bukan hanya agama Islam, kerana sifat judi itu sendiri yang menindas, zalim, mengaut keuntungan atas air mata dan kesempitan hidup orang lain, serta sama sekali tidak adil.

Allah SWT telah menegaskan pengharaman judi di dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 90:

ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ุฎูŽู…ู’ุฑู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽูŠู’ุณูุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽู†ุตูŽุงุจู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฒู’ู„ูŽุงู…ู ุฑูุฌู’ุณูŒ ู…ูู‘ู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู ููŽุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆู‡ู ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชููู’ู„ูุญููˆู†ูŽ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

5. Keputusan mahkamah ini secara faktanya menyatakan bahawa urusan perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Ini membuktikan bahawa Kerajaan PAS di peringkat negeri kini telah berhabis daya, tenaga, dan menggunakan semaksimum mungkin ruang perundangan yang ada bagi menyekat kemungkaran ini. Segala usaha telah digembeling hingga ke titik batas kuasa (limitasi) di peringkat negeri.

6. Oleh yang demikian, memandangkan keputusan mahkamah yang memutuskan punca kuasa sebenar membasmi judi terletak pada Akta di peringkat Kerajaan Pusat, bebanan dan tanggungjawab ini kini telah beralih sepenuhnya ke atas bahu dan tangan pengundi. Seluruh umat Islam perlu menyedari bahawa undi mereka adalah penentu sama ada maksiat ini terus dilindungi oleh perundangan Persekutuan, atau berjaya dirombak sepenuhnya dari akar umbi. Mengundi dalam hal ini bukan lagi sekadar hak demokrasi, tetapi ia telah menjadi satu tuntutan tanggungjawab Syarie Amar Makruf Nahi Mungkar.

7. Berdasarkan kaedah Fiqh yang disepakati ulama:
ู…ูŽุง ู„ูŽุง ูŠูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ู’ูˆูŽุงุฌูุจู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูู‡ู ููŽู‡ููˆูŽ ูˆูŽุงุฌูุจูŒ
"Sesuatu kewajipan (menghapuskan maksiat) yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya (kuasa politik Persekutuan melalui undi), maka ia (mengundi untuk mendapatkan kuasa itu) turut menjadi wajib."

7. Bertitik tolak dari hal ini, jelas hukumnya adalah WAJIB bagi setiap pengundi Islam untuk mengundi dan menyokong PAS serta gagasan rakan kumpulannya dalam usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Hanya dengan kuasa di Putrajaya, dasar, akta, dan kelulusan lesen perjudian ini dapat dinoktahkan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Sekian.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

13 Ogos 2026 Miladi bersamaan 29 Safar 1448 Miladi

13/08/2026

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 secara sebulat suara selepas penggulungan oleh Menteri Besar, Datoโ€™ Panglima Perang Datoโ€™ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Berita penuh

https://harakahdaily.net/2026/08/12/ruu-kesalahan-syariah-kelantan-diluluskan-sebulat-suara/

12/08/2026

Segala usaha baik pentadbiran terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat akan diteruskan, selain program sedia ada ditambah baik dan diperkukuhkan, kata Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa.

Berita penuh

https://harakahdaily.net/2026/08/12/perancangan-exco-lalu-diteruskan-ditambah-baik/ #

12/08/2026

Insya allah Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan kali ke 41 akan berlangsung di Kuala Pilah pada kali ini. Akan dirasmikan oleh YB Ust Fairuz ; Exco kerajaan Negeri Sembilan merangkap AJK DUPP dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

12/08/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Ampangan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kompleks PAS
Ampangan