Alor Setar Car Free Saturday

Alor Setar Car Free Saturday

Share

Bandar Hijau, Komuniti Sejahtera

09/06/2026

π—£π—˜π— π—”π—žπ—Ÿπ—¨π— π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—š !

Program bagi Bulan Julai akan diadakan pada hari Sabtu, minggu ke-2 iaitu pada 11 Julai 2026 bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Ke-84.

Terus ikuti media sosial ini untuk mendapatkan perkembangan muktahir.

08/06/2026

TERBAIK WARGA ALOR SETAR! SOKONGAN PADU MEMERIAHKAN ACARA.

Alor Setar Car Free Saturday - Edisi Jun 2026.
06 Jun 2026.

Pak Gafar
Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA
Warta Kedah
Berita RTM
Radio Malaysia Kedahfm

Photos from Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS's post 07/06/2026

MENJUNJUNG KASIH TUANKU | DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH & DYAM TUNKU PUAN MAHKOTA KEDAH BERANGKAT KE PROGRAM 'ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY' EDISI JUN 2026

Alor Setar, 6 Jun 2026 - Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan berangkat ke Program Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 yang berlangsung di Dataran Medan Bandar.

Keberangkatan DYAM Tunku berdua disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali; Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohd Norlin serta dif-dif kehormat yang hadir.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program tersebut, DYAM Tunku Mahkota Kedah perkenan menyertai acara Jom Kayuh Gerek, manakala DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan menyertai acara Fun Run bersama para peserta yang mengambil bahagian.

Penganjuran Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 yang bertemakan β€˜Green Heritage Day’ ini telah berjaya meraih kira-kira 1,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Photos from Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS's post 07/06/2026

TERIMA KASIH WARGA BANDAR RAYA ALOR SETAR | SOROTAN FOTO SEKITAR KEMERIAHAN PROGRAM 'ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY' EDISI JUN 2026

Alor Setar, 6 Jun 2026 – Sorotan foto sekitar kemeriahan program Alor Setar Car Free Saturday dengan kehadiran kira-kira 1,500 orang warga bandar raya dari pelbagai lapisan umur yang berkumpul di Dataran Medan Bandar sejak awal pagi.

- Konvoi Subuh
- Tazkirah Subuh
- Piknik Keluarga
- Kayuh Gerek Santai
- Eco Briskwalk
- Fun Run
- Zumba
- Persembahan Pancaragam Sekolah Kebangsaan Taman Uda
- Istana Sepachendera Royal Heritage Experience by UUM
- Pameran dan Jualan Kereta EV, Moto Ev, Solar dan mainan kanak-kanak
- Pameran Kesihatan Kedah Medical Centre (KMC) & Putra Medical Centre (PMC)
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
- Petting Zoo
- Netball Shootout
- Persembahan Busking
- Demonstrasi Mengkuang, Manik, & Chontiang
- Food & Beverage by Lorong Pekan

Pihak MBAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja serta rakan-rakan strategik yang telah memberikan komitmen dan kerjasama jitu dalam merealisasikan penganjuran program ini. Sokongan berterusan daripada semua pihak amatlah dihargai demi mencapai visi Alor Setar ke arah Bandaraya Berdayahuni 2035.

Photos from Kedah Royal Family's post 06/06/2026

Menjunjung kasih atas keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Kedah dan DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah.

Keberangkatan Duli-Duli Tunku besar ertinya pada para sekretariat dan inisiatif daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.

Photos from Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah's post 06/06/2026

Terima kasih YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan terhadap Program Alor Setar Car Free Saturday Edisi Ke-2 | 6 Jun 2026..

06/06/2026

Terima kasih warga Bandaraya dan luar Bandaraya.

Photos from Warta Kedah's post 06/06/2026

Liputan Warta Kedah untuk Program Alor Setar Car Free Saturday Edisi Ke-2 | 6 Jun 2026

Photos from JJCMKedah's post 06/06/2026

Liputan JJCMKedah untuk Program Alor Setar Car Free Saturday Edisi Ke-2 | 6 Jun 2026

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Dataran Medan Bandar
Alor Setar