THB Maintenance Sdn. Bhd.
(201001000198(884765-H))
Laman Facebook Rasmi Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan : Perlis - Kedah - Pulau Pinang THB MAINTENANCE SDN. BHD.
( 201001000198 (884765-H) )
203 & 204, Jln PSK 5, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah
Tel : 04 7725880 | 04 7725881
10/06/2026
𝐍𝐨𝐫𝐭𝐡𝐞𝐫𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐍𝐈𝐂𝐄) 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫
Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2026 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, Ulu Pauh, Perlis sejak semalam, telah melabuhkan tirainya petang tadi.
Pada hari terakhir penganjuran, Ir. Ts. Mohammad Azizul bin Abdul Rahim selaku Alumni UniMAP di THBM telah diberi peluang untuk menyertai Forum Alumni Leadership Summit 2026 yang bertajuk 'Kerjaya dan Kepimpinan : Leadership Mindset Daripada Pengikut kepada Pencipta Peluang'.
Beliau bukan sahaja berkongsi pengalamannya ketika masih bergelar pelajar di UniMAP satu ketika dahulu, malah turut berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya, malah turut memberi dorongan untuk yakin dengan diri sendiri sehingga menjadi pemimpin yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Meskipun memasuki hari terakhir penganjuran, reruai THBM terus dikunjungi oleh ramai pelajar daripada aneka kursus dan bidang serta meliputi pelbagai tahun pengajian untuk bertanyakan tentang hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian juga peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kursus yang telah mereka ambil.
YBrs. Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniMAP sebelum program berakhir, telah turut meluangkan masa melakukan kunjungan ke reruai THBM, yang telah disantuni oleh Ts. Muhammad Arif bin Ahmad Zukri, juga seorang Alumni UniMAP di THBM.
THBM berbesar hati menjadi sebahagian daripada wakil industri yang turut menjayakan penganjuran NICE 2026 UniMAP pada tahun ini.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Universiti Malaysia Perlis
Faculty of Civil Engineering & Technology
Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan
09/06/2026
𝐍𝐨𝐫𝐭𝐡𝐞𝐫𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐞𝐫 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 (𝐍𝐈𝐂𝐄) 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬
THB Maintenance Sdn. Bhd. pada hari ini 9 Jun 2026, Selasa telah menyertai Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2026 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertempat di Dewan Ilmu, Kampus Pauh Putra, Ulu Pauh, Perlis.
THBM melalui penyertaan ini amat meyakini program seperti ini adalah platform terbaik buat para pelajar UniMAP khususnya yang mengambil bidang kejuruteraan dan teknologi, untuk mereka mendapatkan pelbagai input terutamanya berkaitan laluan kerjaya mereka selepas menamatkan pengajian kelak.
Reruai THBM telah dikunjungi oleh ramai pelajar daripada aneka kursus dan bidang serta meliputi pelbagai tahun pengajian, kebanyakannya bertanyakan tentang hala tuju mereka selepas menamatkan pengajian juga peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kursus yang telah mereka ambil.
YBhg. Dato' Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli, Naib Canselor UniMAP disebalik kesibukan beliau telah sempat berkunjung ke reruai THBM yang telah disantuni oleh Alumni UniMAP di THBM diketuai oleh Ir. Ts. Mohammad Azizul bin Abdul Rahim.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Usahawan (CGEE) UniMAP kerana sudi menjemput kami untuk menyertai NICE 2026 ini.
Tidak lupa ucapan terima kasih juga buat Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) UniMAP selaku Rakan Strategik THBM di universiti TVET terulung di utara ini dan seterusnya buat para pelajar, pensyarah serta pengunjung lainnya yang telah berkunjung ke reruai THBM sepanjang hari ini.
NICE 2026 UniMAP yang berlangsung selama dua hari akan berakhir pada 10 Jun 2026, Rabu.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
Universiti Malaysia Perlis
Faculty of Civil Engineering & Technology
Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan
09/06/2026
08/06/2026
𝐍𝐨𝐭𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚
𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
𝐅𝐓 𝟏𝟓𝟏 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐨𝐣𝐚 - 𝐍𝐲𝐢𝐨𝐫 𝐂𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠 - 𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐭𝐨𝐥
𝐬𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟎.𝟖𝟎 - 𝟏.𝟎𝟎
𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐦𝐚𝐧
THB Maintenance Sdn. Bhd. melalui THBM Kedah Pejabat Kawasan Langkawi ingin memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja senggara berikut di FT 151 Jalan Bukit Kemboja ke Lubuk Setol, seksyen 0.80 - 1.00, Jalan Bukit Kemboja, Langkawi, Kedah Darul Aman
Lokasi ini terletak berhampiran dengan Simpang Tiga Nyior Cabang Atas yang akan dilaksanakan pada 12.00 malam, 11 Jun 2026, Khamis hingga 11.59 malam, 14 Jun 2026, Ahad.
Pelaksanaan kerja-kerja senggara ini akan melibatkan kerja-kerja pembinaan semula laluan pada seksyen dimaksudkan dalam tempoh tertera, dan pengguna yang melalui lokasi ini dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan petugas dan papan tanda di lokasi.
Proses ini dijangka akan mendatangkan ketidakselesaan kepada pengguna yang melalui laluan ini dalam tempoh tersebut.
Namun begitu, ketidakselesaan tersebut adalah bersifat sementara demi keselesaan berpanjangan pada masa hadapan.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
JKR DAERAH LANGKAWI
08/06/2026
𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡!
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin menzahirkan sekalung ucapan setinggi-tinggi tahniah buat YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia berkuatkuasa hari ini 8 Jun 2026.
Moga pengalaman luas yang dimiliki oleh YBhg. Dato' akan terus memacu Jabatan Kerja Raya Malaysia kearah kejayaan yang lebih cemerlang, juga terbilang.
Didoakan juga semoga YBhg. Dato' diberi kesihatan berpanjangan untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Pulau Pinang
JKR Kedah
04/06/2026
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑
THB Maintenance Sdn. Bhd. telah membuka tawaran tender berikut untuk disertai oleh kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dalam kelas G1, serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Buat mereka yang berminat, boleh mengakses pautan yang tersedia sepertimana berikut:-
𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔-𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗨𝗧𝗜𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗥𝗢𝟮 - 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗨 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡
𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗽/𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗮
https://tender.thbm.com.my/tender-system/tender.php
Harap maklum, tawaran di atas akan dibuka mulai hari ini sehingga 𝟭𝟭.𝟱𝟵 𝗽𝗮𝗴𝗶, 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗥𝗮𝗯𝘂.
terima kasih
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar.
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah
JKR PT/PS
JKR Daerah Kota Setar
Tawaran Sebutharga 1. Kontraktor yang berminat diwajibkan mendaftar terlebih dahulu sebagai vendor dengan pihak THB Maintenance Sdn Bhd. Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut: link di sini
01/06/2026
𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Sultan Ibrahim
sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
sembah takzim daripada
Ahli Lembaga Pengarah
Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
31/05/2026
𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐲
Board of Directors, Management and all employees of THB Maintenance Sdn. Bhd. would like to wish to our customers, strategic partners, suppliers and all Malaysians, who celebrated this festival.
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Alor Setar Head Quarters.
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
30/05/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐰𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja THB Maintenance Sdn. Bhd. ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat rakan-rakan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan Sarawak, Bumi Kenyalang yang merayakannya.
Moga perayaan ini akan membawa kegembiraan, kesyukuran dan keharmonian, serta menyemarakkan semangat menghargai adat dan tradisi, seterusnya memperkukuhkan perpaduan dan juga keharmonian masyarakat berbilang bangsa, etnik dan budaya di negara ini.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
tag
JKR Perlis
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
JKR Sarawak
JKR Sabah
JKR Malaysia
KKR
Alexander Nanta Linggi
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
Jabatan Kerja Raya Sarawak
Jabatan Kerja Raya Sabah
DAL HCM SDN BHD
DAL HCM
26/05/2026
Allah SWT berfirman maksudnya :-
'𝐌𝐚𝐤𝐚, 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 (𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚-𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚) 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚.
𝐃𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠-𝐝𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢 (𝐤𝐞𝐫𝐞𝐝𝐡𝐚𝐚𝐧) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚'
Al-Hajj 36-37
Selamat Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1447H
ikhlas daripada
Ahli Lembaga Pengarah
Pengurusan dan seluruh Warga Kerja
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 203 & 204, Jalan PSK 5, Pekan Simpang Kuala
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |