Syed Mohd Johan Rizal
Partners / Lawyer @ Khairil&Co // Volunteering @ I-Reach Centre AOR // Naib Ketua UMNO Alor Setar
Aidiladha ini mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukan hanya tentang apa yang kita miliki, tetapi sejauh mana kita peduli kepada orang lain. Petang smalam Pak Tuan sempat singgah menziarahi seorang sahabat bekas pemuda, Abang Salim, dan menyampaikan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan beliau. Tak seberapa nilainya pada kita, tetapi mungkin besar ertinya buat insan yang memerlukan.
Dalam hidup ini, kadang-kadang bukan semua bantuan perlu besar untuk memberi makna. Cukup sekadar hadir, bertanya khabar dan membantu setakat yang termampu. Moga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kekuatan buat Abang Salim. Sempena Aidiladha ini, marilah kita terus menyemai semangat berkongsi rezeki dan menyantuni sesama insan.
16/05/2026
Selamat Hari Guru buat semua insan hebat yang pernah mendidik kita menjadi manusia hari ini.
Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membina akhlak, membentuk disiplin dan menyalakan harapan masa depan anak bangsa. Tema tahun ini “Guru Bitara, Nadi Negara” benar-benar menggambarkan besarnya peranan seorang guru dalam membina negara.
Terima kasih cikgu… jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.
Ikhlas daripada,
Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri
Ahli Lembaga Pengarah
Yayasan Pelajaran MARA Malaysia
13/02/2026
19/01/2026
RENCANA BERITA HARIAN
“KOLABORASI AGUNG” ILTIZAM UMNO MENYATUKAN UMMAH
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru berlalu menunjukkan kelainan melalui penganjuran Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia yang menghimpunkan tokoh ulama dan cendekiawan bagi membincangkan isu-isu agama dalam kerangka kenegaraan.
Multaqa ini memulakan ekosistem pembaharuan UMNO dengan menegaskan keperluan keseimbangan antara umara dan ulama, antara realiti pentadbiran dan tuntutan syariah. Pendekatan ini menolak politik agama yang emosional atau eksploitatif, sebaliknya mengangkat penyatuan fikrah, hikmah dan kebijaksanaan sebagai asas tadbir urus Islam yang matang dan bertanggungjawab.
Dan kemuncaknya pengumuman dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai "Kolaborasi Agung" bertujuan menyatukan semua parti Melayu Islam yang bertelingkah selama ini kerana politik yang merupakan manifestasi lebih jelas pembaharuan politik dan komitmen keIslaman dalam UMNO.
Pengumuman ini adalah respons strategik terhadap dua realiti besar politik negara, iaitu kematangan fasa Parlimen Ke-15 selepas tiga tahun Kerajaan Perpaduan memikul amanah kenegaraan serta keperluan mendesak untuk menyusun semula politik Melayu-Islam agar lebih terselaras, berdisiplin dan berorientasikan penyelesaian.
Dalam suasana pasca-PRU15 yang kabur, UMNO memilih jalan sukar demi kestabilan negara. Seperti diakui Presiden UMNO, tempoh tiga tahun ini bukan episod kuasa semata-mata, tetapi satu pertanggungjawaban kenegaraan yang berpaksikan amanah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta selaras dengan neraca Maqasid Syariah.
Justeru, usaha penyatuan dan perundingan ini lahir daripada kesedaran bahawa pemulihan sokongan Melayu dan penyatuan ummah tidak boleh digerakkan secara ad hoc, retorikal atau bermusim. Ia sebaliknya mesti diinstitusikan melalui satu struktur yang jelas, berwibawa dan berfungsi serta didukungi oleh UMNO sebagai teras keindukan Melayu-Islam.
Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa diwujudkan atas rasional bahawa politik Melayu-Islam yang terus berselerak hanya melemahkan kekuatan kolektif bangsa. UMNO menginsafi bahawa sejarah perpecahan tidak wajar diraikan secara angkuh, tetapi perlu ditangani dengan jiwa besar dan kebijaksanaan.
Jawatankuasa ini berfungsi sebagai mekanisme tertib dan berperlembagaan untuk menerima kembali individu, kump**an atau pertubuhan ke dalam UMNO secara berhemah selari dengan gagasan UMNO sebagai Rumah Bangsa.
Firman Allah SWT: “Berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah” (Surah Ali ‘Imran: 103) menjadi asas normatif kepada pendekatan penyatuan yang berinstitusi ini.
Pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa memperkukuhkan lagi kredibiliti usaha ini. Beliau dikenali sebagai pemimpin berpengalaman, berdisiplin dan pragmatik, dengan keupayaan mengurus proses kemasukan semula secara tersusun tanpa mengorbankan prinsip parti.
Sementara itu, Musyawarah Nasional p**a mencerminkan kesedaran bahawa pemulihan keyakinan orang Melayu tidak memadai dengan pembetulan naratif politik semata-mata. Ia menuntut ruang perbincangan substantif yang inklusif, berasaskan ilmu dan pengalaman, melangkaui sempadan kepartian.
Dengan merangkul ulama, ahli akademik, profesional dan pertubuhan Melayu-Islam, Musyawarah Nasional menjadi medan ijtihad kolektif untuk merumuskan hala tuju bersama dalam isu agama, ekonomi, pendidikan, perpaduan dan masa depan generasi.
Pelantikan mantan Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman, sebagai pengerusinya memperlihatkan komitmen UMNO terhadap kebijaksanaan, ketenangan dan dialog berasaskan ilmu. Prinsip ini selari dengan tuntutan Islam: “Dan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka” (Surah al-Shura: 38).
Dalam kerangka yang sama, Majlis Perundingan Ummah, yang telah diluluskan oleh Kabinet dan distrukturkan kepada 11 kluster, berperanan menyepadukan suara pemikir strategik, ulama, ahli akademik, pemimpin masyarakat dan pembuat dasar.
Pelantikan Presiden UMNO sendiri sebagai pengerusi majlis ini membawa mesej jelas tentang keseriusan politik kenegaraan, iaitu bahawa agenda ummah tidak boleh diurus secara pinggiran, tetapi mesti diletakkan dalam arus perdana pentadbiran negara.
Sabda Rasulullah SAW bahawa “seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagiannya saling menguatkan” menegaskan bahawa kekuatan ummah terhasil melalui kesepaduan peranan, bukan dominasi satu pihak ke atas pihak yang lain.
Dalam konteks inilah pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai “pinangan diterima” dan cadangan “Kolaborasi Agung” perlu difahami. Kolaborasi ini tidak bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan, sebaliknya menjadi jambatan silaturrahim politik yang terputus akibat perbezaan kepartian.
Sebagai parti Islam Melayu terbesar dengan keahlian lebih tiga juta orang serta pengalaman mentadbir negara sejak merdeka, UMNO berada pada kedudukan paling wajar untuk melontarkan idea dan merintis jalan ke arah Kolaborasi Agung yang menghimpunkan parti-parti Islam Melayu seperti UMNO, PAS, PKR, Bersatu, Amanah serta parti-parti kecil lain.
Sejarah membuktikan bahawa daripada rahim UMNO lahir pelbagai gerakan politik Melayu-Islam, dan pembangunan Islam serta kemajuan bangsa yang dinikmati hari ini adalah hasil kesinambungan perjuangan tersebut.
Perpecahan politik Melayu-Islam tidak pernah menguntungkan Islam dan bangsa, malah melemahkan kekuatan negara. Justeru, Kolaborasi Agung ini wajar dilihat sebagai usaha menyambung kembali silaturrahim yang terputus, bukan sebagai percaturan kuasa jangka pendek. Inilah perjuangan yang sewajarnya didokong oleh semua pihak yang benar-benar mendahulukan kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air.
Inisiatif Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Majlis Perundingan Ummah merupakan langkah pertama ke arah penyatuan yang lebih besar dan tersusun. Ia mencerminkan value proposition baharu UMNO daripada politik reaktif kepada politik penyelesaian, daripada nostalgia kepada tanggungjawab, daripada perpecahan kepada penyatuan berprinsip.
Inisiatif ini adalah satu isyarat perubahan paradigma. UMNO sedang memposisikan dirinya semula sebagai Rumah Bangsa yang menyatukan, merawat perpecahan dan memimpin wacana masa hadapan politik Melayu-Islam secara matang, berintegriti dan berwibawa selari dengan tuntutan Islam dan realiti Malaysia kontemporari.
Penulis,
Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, adalah Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO
Pening Pak Tuan Zahid tarik balik kenyataan terhadap DAP, tapi nanti sat, kita sembang tgk..kesilapan politik@seni politik halus Zahid?
Adu duuu duuuu panglima. Terkejut sangat aih!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Rizalia 2446Q
Alor Setar
05250