Unit Hal Ehwal Islam HSB

Unit Hal Ehwal Islam HSB

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Hal Ehwal Islam HSB, Religious organisation, Alor Setar.

02/06/2022

(PENYERTAAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH PERDANA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DIBUKA)

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) anjuran bersama Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Hospital Sultanah Bahiyah menganjurkan program Ibadah Korban dan Aqiqah Perdana sempena perayaan Aidiladha 2022. Pihak penganjur sangat mengalu-alukan penyertaan bagi individu yang berkeinginan untuk menyertai ibadah korban ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit Hal Ehwal Islam HSB
Badan Kebajikan Islam HSB
(Sila rujuk poster)

π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π™π˜Όπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™Žπ™„π™ƒ π˜Ώπ™„π˜½π™π™†π˜Ό

Photos from Unit Hal Ehwal Islam HSB's post 02/06/2022

(KURSUS PENERAPAN NILAI ISLAM 2022)

Tanggal 1 Jun 2022, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Hospital Sultanah Bahiyah telah menganjurkan kursus Penerapan Nilai Islam yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Kursus ini disertai oleh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah seramai 200 orang.

Semoga dengan penyertaan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Photos from Unit Hal Ehwal Islam HSB's post 02/06/2022

(MAJLIS BACAAN YASSIN DI WAD NICU HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH)

Unit Hal Ehwal Islam memenuhi jemputan bacaan yassin oleh Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi majlis kesyukuran. Semoga majlis ini dilimpahi rahmat dan berkat Allah SWT.

Jutaan terima kasih diatas jemputan dan juga kepada staf-staf yang terlibat.

Photos from Unit Hal Ehwal Islam HSB's post 24/04/2022

(IFTHAR BERSAMA SMART IQ YATIM HOUSE)

Tanggal 20 April 2022 (Rabu) Badan Kebajikan Islam Hospital Sultanah Bahiyah (BAKIS) menganjurkan program berbuka puasa serta sumbangan Duit Raya kepada adik-adik di Smart IQ Yatim House dengan kerjasama dari Unit Hal Ehwal Islam. Jumlah pelajar seramai 5 orang disertai dengan Pengerusi dari Smart IQ iaitu Ustaz Muhammad Azki Hafizi Ibrahim.

Majlis juga disertai oleh Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah selaku penasihat BAKIS, Dr Zaiton Binti Udin dan ahli-ahli jawatankuasa BAKIS.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis.

Photos from Unit Hal Ehwal Islam HSB's post 19/04/2022

( JOM BAYAR ZAKAT FITRAH )

Untuk makluman semua, Kaunter bayaran Zakat Fitrah dibuka bagi sesiapa yang ingin membayar zakat fitrah...

πŸ“ŒTempat : Berhadapan kaunter Informasi Hospital Sultanah Bahiyah
πŸ“ŒMasa : 9.00 pagi - 4.30 petang

RM 7.00 : Beras super special tempatan 5%
RM 14.00: Super Import
RM 21.00: Beras Basmathi

Ayuh semua tunaikan zakat sebelum terlambat 😊

Photos from Unit Hal Ehwal Islam HSB's post 13/04/2022

( CERAMAH PERDANA)

Ramadan Bulan Tarbiah

Tanggal 11 April 2022, Badan Kebajikan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam mengadakan program ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat, penceramah yang petah dlm berbicara dan tidak lokek dengan kelucuannya dalam menyampaikan ilmu.

Moga segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. Terima Kasih diucapkan kepada semua Ajk dan peserta yang terlibat.

10/04/2022

( BERKAT UNTUK BERSAHUR)

One Week One Hadith

07/04/2022

{ RISALAH RAMADHAN }

Bulan Ramadhan bulan mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan, Allah menurunkan rahmat kepada umat-umatnya yang rajin beribadah.

Alangkah ruginya jika dibulan mulia ini menghabiskan masa dengan membaca perkara tidak berfaedah. Maka, Unit Hal Ehwal Islam HSB menyediakan sedikit risalah mengenai Ramadhan buat tatapan untuk semua pembaca

boleh memuat turun risalah tersebut melalui link di bawahπŸ‘‡

fil:///C:/Users/user/Documents/RISALAH%20RAMADHAN.pdf

06/04/2022

{ PROGRAM RAMADAN BULAN TARBIAH }

Badan Kebajikan Islam Hospital Sultanah Bahiyah membawakan program istimewa dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, menjemput penceramah terkenal iaitu Ustaz Syamsul Debat bagi program di bulan mulia ini.

Ayuh ramai-ramai memeriahkan majlis ilmu di bulan Ramadhan ini. Semoga dengan adanya program ini, dapat membantu semua untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan bermanfaat dalam mengejar redha Allah.

06/04/2022

{ MAKLUMAN: TAZKIRAH RAMADHAN }

Berikut disertakan jadual program Tazkirah Ramadhan yang akan dilansungkan sepanjang bulan Ramadhan, dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam HSB.

Jom ramai-ramai memeriahkan majlis ilmu dibulan mulia ini.

06/04/2022

( TAZKIRAH RAMADHAN )
"Membina Taqwa Melalui Modal Ramadhan"

Tanggal 5 April 2022, Unit Hal Ehwal Agama menjemput Ustaz Syeikh Radhi Abd Rahman, Mudir Maahad Qiraat Asy Syatibi untuk memberikan tazkirah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

06/04/2022

( AHLAN WASAHLAN RAMADHAN )

One Week One Hadith

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Alor Setar