Nisa' Alor Setar
Pertubuhan Nisaโ Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO yang berdaftar sejak 11 January
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi simbol ketaatan tertinggi, keikhlasan, dan pengorbanan ego serta nafsu demi meraih keredhaan Allah.
Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti dan berkongsi rezeki.
26/05/2026
๐ธ Selamat Cuti Sekolah! ๐ธ
Pihak Nisa' Alor Setar ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa. Gunakan masa cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta melakukan aktiviti yang bermanfaat dan selamat. โจ
Walau di mana anda berada, utamakan keselamatan dan jaga kesihatan sepanjang musim cuti ini. Semoga cuti sekolah kali ini dipenuhi dengan kegembiraan, pengalaman indah dan memori bermakna bersama insan tersayang. โค๏ธ
Jumpa lagi dengan semangat baharu selepas cuti nanti! ๐๐
๐ธ Nisaโ Kedah mengucapkan Selamat Bercuti Sekolah ๐ธ
Semoga cuti kali ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keceriaan dan masa yang berkualiti bersama keluarga tercinta.
Gunakanlah masa cuti untuk berehat, menimba pengalaman baharu serta melakukan aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa juga untuk menjaga diri dan sentiasa mengutamakan keselamatan walau di mana berada.
Jumpa lagi dengan semangat yang lebih ceria selepas cuti nanti!
Selamat bercuti & 'enjoy your holiday'!
26/05/2026
Selamat menunaikan ibadah dan mengejar kelebihan Hari Arafah, 9 Zulhijjah 1447 H.
Moga diampunkan dan dihapuskan dosa-dosa yang lalu๐คฒ.
Nisaโ Kedah mengucapkan Selamat Berpuasa Hari Tarwiyah & Hari Arafah 1447H.
Semoga amalan puasa sunat ini menjadi asbab pengampunan dosa, menambahkan ketakwaan serta mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.
๐ Hari Tarwiyah : 25 Mei 2026
๐ Hari Arafah : 26 Mei 2026
ุตูููุงู
ู ููููู
ู ุนูุฑูููุฉู ุฃูุญูุชูุณูุจู ุนูููู ุงูููู ุฃููู ูููููููุฑู ุงูุณููููุฉู ุงูููุชูู ููุจููููู ููุงูุณููููุฉู ุงูููุชูู ุจูุนูุฏููู
โPuasa Hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ
(HR Muslim)
Semoga setiap amalan diterima dan dipermudahkan. Aamiin Ya Rabbal โAlamin ๐
10/05/2026
Selamat Hari Ibu!
Ibu adalah pintu syurga yang paling tengah. Jagalah ia.
Terima kasih Ibu, kerana menjadi cerminan kasih sayang Allah di dunia ini.
Semoga Allah sentiasa membalas setiap lelahmu dengan pahala jariah
Ikhlas,
Nisa' Alor Setar
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja!
Pekerja adalah aset terpenting negara. Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang telah mencurahkan keringat dan bakti demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama.
Terima kasih atas kerjasama profesional dan komitmen tinggi yang anda berikan. Teruskan memberi sumbangan terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.
Alhamdulillah.
03/04/2026
Kelebihan Puasa Sunat 6 hari pada Bulan Syawal
Rasulullah SAW bersabda:
โู
ููู ุตูุงู
ู ุฑูู
ูุถูุงูู ุซูู
ูู ุฃูุชูุจูุนููู ุณูุชููุง ู
ููู ุดููููุงูู ููุงูู ููุตูููุงู
ู ุงูุฏููููุฑู
โ"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka ia seumpama puasa sepanjang tahun (setahun)."
โ (Hadis Riwayat Muslim)
Hari ni, 15 Syawal 1447H, masih berbaki 14 hari lagi bulan Syawal tahun ni.
Selamat menjalankan ibadah puasa sunat sahabat-sahabat!๐๐ฉท๐
02/04/2026
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia.
โ"Autisme bukanlah penyakit, ia adalah satu keistimewaan." ๐งฉโจ
โMari kita sama-sama memupuk rasa kasih sayang dan membina masyarakat yang lebih inklusif untuk semua. Setiap insan itu istimewa, dan mereka berhak mendapat tempat yang terbaik dalam hati kita semua.
โ
02/04/2026
Tahniah buat pejuang SPM 2025!
โKeputusan ini adalah kunci, namun kembara sebenar baru sahaja bermula. Teruskan menuntut ilmu, didiklah jiwa dengan kesabaran, dan mendewasalah dengan penuh bijaksana. Semoga setiap langkah kalian selepas ini membawa sinar buat nusa dan bangsa.
Ikhlas,
Nisaโ Kawasan Alor Setar.
11/01/2026
[SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026] ๐๐
โLoceng sekolah berbunyi kembali! Kami, Nisa' Alor Setar ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua pelajar, khususnya anak-anak di sekitar Alor Setar.
โ
โ"Pendidikan bukan sekadar mengisi minda, tetapi menyalakan api semangat untuk terus berbakti." โจ
โSemoga sesi akademik 2026 ini membawa seribu satu kecemerlangan, keberkatan ilmu, dan pengalaman yang mematangkan diri. Buat ibu bapa dan guru-guru, selamat berjuang dalam mendidik generasi ummah!
โIkhlas daripada,
Urusetia Nisa' Alor Setar
โ
11/01/2026
[PROGRAM I LOVE SCHOOL 2026: MENYANTUNI GENERASI MASA DEPAN]
โAlhamdulillah, pada Jumaat, 9 Januari 2026 yang lalu, telah berlangsung Program I Love School 2026 bertempat di Alor Setar. Program yang bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang ini telah berjalan dengan penuh lancar dan ceria.
โจโSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghantar anak-anak. Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi jemputan, malah secara tidak langsung menyuntik semangat baharu buat anak-anak sebelum bermulanya sesi akademik 2026 tidak lama lagi.
โจโMelalui penyerahan bantuan persekolahan ini, kami berharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan kewangan keluarga, sekali gus menjadi pemangkin motivasi buat anak-anak 'The Pearl of Kedah' untuk melangkah ke sekolah dengan lebih bersemangat.
โSemoga anak-anak ini terus memacu kecemerlangan, bukan sahaja untuk diri sendiri, malah demi memartabatkan agama, bangsa, dan negara.
โ"Pendidikan Berkualiti, Generasi Berbakti"
โIkhlas daripada ๐
Urusetia Nisa' Kawasan Alor Setar.
โ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Alor Setar