Menteri Besar Kedah Incorporated
Official page of Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)
Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (“PMBKed”) atau Menteri Besar Incorporated telah diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 22 Ogos 1988.
31/05/2026
𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada seluruh warga Menteri Besar Kedah Incorporated.
Daulat Tuanku.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H.
Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan membawa keberkatan, keikhlasan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Perbadanan Menteri Besar Kedah.
25/05/2026
SALAM HARI ARAFAH 1447H
Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir serta amal ibadah agar dikurniakan keampunan, rahmat dan kesejahteraan buat seluruh umat Islam.
Semoga Hari Arafah menjadi medan muhasabah diri dalam memperkukuhkan nilai integriti, amanah dan kebersamaan demi mencapai keberkatan serta kejayaan yang berpanjangan.
Selamat Menyambut Hari Arafah
Ikhlas Daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh
Kakitangan Menteri Besar Kedah Incorporated.
19/05/2026
KUNJUNGAN HORMAT FELCRA BERHAD WILAYAH UTARA KE MBI KEDAH PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK
ALOR SETAR, 19 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah), En Zafir Annuar bin Ghazali hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Negeri FELCRA Berhad Utara, Mohammad Faiz bin Zulkifli dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung di pejabat MBI Kedah.
Pertemuan tersebut memberi fokus kepada potensi kerjasama serta penerokaan sumber baharu yang mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negeri Kedah secara mampan.
Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peluang penerokaan sumber baru termasuk pembangunan tanah, pelaburan serta inisiatif yang berpotensi memberi manfaat kepada rakyat dan komuniti setempat.
MBI Kedah menyambut baik hasrat FELCRA Berhad untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama bersama agensi berkaitan kerajaan negeri demi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan berimpak tinggi.
16/05/2026
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh kesabaran serta membentuk generasi masa depan dengan kasih sayang dan pengorbanan yang tidak ternilai.
“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi menjadi inspirasi, pembimbing dan pencetus kejayaan.”
Terima kasih cikgu atas setiap ilmu, nasihat dan doa yang diberikan.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta keberkatan dalam mendidik anak bangsa.
Selamat Hari Guru 2026
13/05/2026
KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN KE MALAYSIA FOREST FUND (MFF)
Kuala Lumpur | 13 Mei 2026
Satu kunjung hormat dan lawatan rasmi telah diadakan oleh pihak MBI Kedah diketuai En Zafir Annuar Bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah bersama wakil jabatan terlibat ke Malaysia Forest Fund bagi perbincangan berkaitan halatuju pembangunan sektor hutan, pemeliharaan alam sekitar dan potensi pembangunan kredit karbon.
Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda kemampanan dan kelestarian, pemuliharaan biodiversiti serta inisiatif pembangunan hijau yang mampu memberi manfaat kepada negeri.
10/05/2026
Selamat Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi yang dicurahkan dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negeri yang lebih sejahtera.
Semoga setiap ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta kekuatan dalam meneruskan peranan yang amat bermakna ini.
06/05/2026
28.04.2026 | Daerah Kulim
Lawatan Turun Padang Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BSPT) bagi bulan April 2026 telah diteruskan ke Daerah Kulim, melibatkan 9 orang penerima di tiga DUN iaitu DUN Merbau Pulas, DUN Lunas dan DUN Kulim.
Dalam lawatan ini, Wakil Menteri Besar Kedah bersama YAB Kak Ton turun padang bersama Jawatankuasa BSPT bagi menyantuni serta menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) kepada 9 orang penerima yang layak.
Penerima BSPT bukan sahaja menerima bantuan tunai sebanyak RM500 secara sekaligus, malah turut menikmati manfaat tambahan melalui inisiatif lawatan turun padang yang dilaksanakan setiap bulan.
Dalam sesi ini, wakil agensi kerajaan turut menyampaikan sumbangan tambahan seperti barangan makanan, katil khas, kerusi roda, lampin pakai buang, susu khas serta bantuan wang tunai kepada penerima dan penjaga yang layak.
Turut hadir, ADUN Lunas YB Khairul Anuar Bin Ramli, ADUN Kulim YB Wong Chia Zhien, wakil ADUN Merbau Pulas, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Tuan Zakaria Bin Taib, Ketua Pegawai Operasi Majlis Agama Islam Negeri Kedah YBhg. Dr. Haji Abdul Rahim Bin Abd Rahman, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, PERKESO, MBI, BPEN Negeri Kedah, wakil Pegawai Kewangan Negeri Kedah, MPKK serta wakil Pejabat Daerah.
Semoga inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ini terus memberi manfaat kepada golongan sasar yang memerlukan.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
04/05/2026
30/04/2026
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja di pelbagai sektor yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Dedikasi, ketabahan dan komitmen dalam menghadapi cabaran semasa amat dihargai dan terus menjadi pemacu kemajuan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.
Sempena Hari Pekerja ini, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat solidariti, meningkatkan produktiviti serta mengutamakan integriti dalam setiap amanah yang dipikul.
Semoga segala usaha dan pengorbanan terus diberkati dan dihargai.
Selamat Hari Pekerja!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Wisma Darulaman
Alor Setar
05503
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |