SMK AGAMA KEDAH RASMI
TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB KPM SMK AGAMA KEDAH
13/04/2026
📢 Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-40
SMK Agama Kedah
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 SMK Agama Kedah dalam suasana penuh harmoni dan semangat kerjasama 🤝
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping membincangkan hala tuju serta usaha berterusan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah para pelajar 📚✨
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir dan memberikan sokongan padu. Tidak dilupakan juga kepada barisan AJK PIBG serta warga sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat ini 💐
Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kebaikan anak-anak SMK Agama Kedah 💪
13/04/2026
📸 Album Kejohanan Olahraga Tahunan
SMK Agama Kedah 2026
🎽🔥 Meriah di padang, hebat di gelanggang! 🔥🎽
Aksi penuh semangat
serta sokongan padu warga sekolah menjadikan Kejohanan Olahraga Tahanan SMK Agama Kedah 2026 satu kenangan bermakna.
Syabas kepada semua atlet lelaki, rumah sukan dan warga SMK Agama Kedah yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh disiplin, kesungguhan dan semangat kesukanan. 💪🏆
05/04/2026
🌟 Jom Sambung Pengajian ke Tingkatan 6 STPM Aliran Tahfiz Al-Quran 2026! 🌟
di SMK Agama Kedah
Impikan masa depan cemerlang dunia & akhirat?
Gabungkan kecemerlangan akademik STPM dengan kehebatan hafazan al-Quran di SMKA Kedah!
📌 Maklumat Penting Permohonan:
🗓️ 31 Mac 2026 – Iklan Permohonan Dibuka
🗓️ 8 April 2026 – Tarikh Tutup Permohonan
🗓️ 27–29 April 2026 – Sesi Temuduga
🗓️ 11–15 Mei 2026 – Semakan Keputusan
🌐 Mohon sekarang di:
https://sst6.moe.gov.my
✨ *Kenapa Pilih Kami?*
✔️ Gabungan STPM & Tahfiz yang mantap
✔️ Bimbingan guru berpengalaman & berprestasi tinggi
✔️ Laluan ke universiti terkemuka dalam & luar negara
📣 Rebut peluang ini! Tempat adalah terhad!
Ayuh bina masa depan gemilang bersama al-Quran.
03/04/2026
KEMENJADIAN ANAK-ANAK TMUA (Tahfiz Model Ululalbab) 😊😍❤️
03/04/2026
Tahniah SPM 2025 SMK Agama Kedah! 🎉
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keputusan SPM 2025 yang memberangsangkan bagi warga SMK Agama Kedah (SMKAK).
Daripada 138 orang calon, seramai 104 orang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang 6A ke atas, manakala GPS keseluruhan sekolah mencatatkan 2.42.
Pencapaian ini menjadi bukti kesungguhan seluruh warga sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan hafazan.
Butiran pencapaian cemerlang adalah seperti berikut:
• 12A: 7 orang
• 11A: 7 orang
• 10A: 18 orang
• 9A: 11 orang
• 8A: 34 orang
• 7A: 11 orang
•. 6A: 16 orang
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar, serta setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua, barisan pentadbir, para guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan bimbingan, doa serta sokongan berterusan kepada anak-anak pelajar.
Sesungguhnya kejayaan ini lahir daripada usaha gigih para pelajar, komitmen para guru serta dokongan padu ibu bapa serta seluruh warga SMKAK.
Kepada semua calon SPM 2025, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, seterusnya melahirkan generasi Huffaz Mutadayyin Teknokrat yang unggul dalam ilmu, akhlak dan kepimpinan.
Tahniah SMK AGAMA KEDAH! Terus melakar kecemerlangan.
20/03/2026
TAKBIR RAYA SMK AGAMA KEDAH 2026
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين
كل سنة وأنتم طيبين
Takbir Raya SMK Agama Kedah 2026 Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
19/03/2026
MAJLIS KHATAM AL QURAN & PENUTUP IHYA RAMADAN
📍TEMPAT : DEWAN BESAR SHEIKH ABDUL HAMID MD TAHIR
📍TARIKH : 17.3.2026
📍HARI : Selasa
📍MASA : 9.30pagi - 12.30 tengahari
10/03/2026
✨✨🌹Majlis Iftar Jama'ie & Ceramah Nuzul Al-Quran🌹✨✨
🌿Hari : Isnin
🌿Tarikh : 9/3/2026
🌿Masa : 5.30pm
🌿Tempat : Pusat Islam Ulul Albab SMKA Kedah
06/03/2026
MAJLIS PERSARAAN CIKGU KHAIRUDDIN
🌷TARIKH : 05/03/2026
🌷HARI : Khamis
🌷MASA : 12.00 tengah hari
🌷TEMPAT : Dewan Dato’ Sheikh Abdul Hamid Md Tahir
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh rasa syukur dan suasana yang sarat emosi Majlis Sanjungan Jasa, Sedetik Bersama Selamanya Terasa bagi meraikan insan yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi di bumi Smkak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan buat:
🌹 Cikgu Khairuddin bin Abu Bakar
19 tahun berkhidmat di Smkak, mendidik dan membimbing generasi pelajar dengan penuh komitmen. Kini beliau akan selamat bersara dari dunia pendidikan.
Sesungguhnya tempoh hampir dua dekad bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu banyak jasa, pengorbanan dan kenangan yang terpahat dalam lipatan sejarah sekolah ini.
Semoga segala jasa menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan, keberkatan serta ketenangan dalam setiap langkah seterusnya.
Segunung budi tidak mampu dibalas, sejuta kenangan tetap terpahat dalam ingatan.
04/03/2026
🌚*SOLAT GERHANA BULAN*🌚
Tarikh : 3 Mac 2026 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Pusat Islam Ulul Albab SMKA Kedah
Solat Gerhana dipimpin oleh Ketua Umum MPM saudara Ahmad Naufal bin Muhammad Zaidi dan Khutbah dibaca oleh Ketua BADAR saudara Hanan Asqolani bin Mohamad Hilmi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
Alor Setar
05350