INSPIN

INSPIN

Share

"PENYEDIA LATIHAN TERBAIK DI WILAYAH UTARA"

To be an 'INTEGRITY PARTNER' (RAKAN INTEGRITI) in knowledge management and integrity in promoting successfull knowledge discussion and academic, to render investigational programmes and consultation services in the northern region

Photos from INSPIN's post 16/08/2026

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA TAHUN 2026

16 - 20 OGOS 2026 (HARI PERTAMA)

THE JERAI HOTEL, ALOR SETAR

​Selamat datang dan selamat berkursus diucapkan kepada semua peserta Program Transformasi Minda (PTM) Terbuka Anjuran INSPIN Tahun 2026 yang melangkah masuk ke Hari Pertama penganjuran bermula hari ini!

​Program ini merupakan modul asas serta platform strategik dalam menyiagakan para pegawai dengan pendedahan awal terhadap teras perkhidmatan awam, etika dan nilai integriti, tatacara organisasi, serta budaya kerja berprestasi tinggi. Sepanjang lima hari program berlangsung, para peserta akan dibekalkan dengan ilmu serta penghayatan mendalam agar sentiasa bersedia mendepani cabaran perkhidmatan demi penyampaian yang berimpak kepada rakyat dan negara.

​Semoga sepanjang penganjuran ini, seluruh peserta dapat memanfaatkan setiap sesi perkongsian, mengukuhkan ukhuwah, serta menyuntik semangat baharu dalam melahirkan modal insan perkhidmatan awam yang berkaliber, dinamik, dan berintegriti tinggi.

​Selamat menimba ilmu dan selamat berkursus kepada semua peserta!

​📌 Maklumat Program:

📅 Tarikh: 16 - 20 Ogos 2026 (Hari 1)

📍 Lokasi: The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah

​ Integriti

Photos from INSPIN's post 10/08/2026

[SEDANG BERLANGSUNG] KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN FAIL DAN KESELAMATAN DOKUMEN RASMI JABATAN

​​Sedang berlangsung ketika ini, Program Latihan Terbuka INSPIN yang pertama di Bulan Ogos September 2026 iaituKursus Pemantapan Pengurusan Fail dan Keselamatan Dokumen Rasmi Jabatan yang diadakan secara dalam talian. Program ini melibatkan penyertaan warga kerja jabatan dalam usaha memperkasakan aspek pengurusan rekod dan integriti perkhidmatan.

​Sekitar Sesi Pembelajaran:

​📂 Sistem Pentadbiran Fail: Sesi perkongsian mengenai kaedah pendaftaran, penyenggaraan, dan pemeliharaan fail rasmi secara bersistematik.

​🔒 Keselamatan Maklumat: Pendedahan mendalam mengenai aspek kerahsiaan, pengendalian dokumen terperingkat, serta langkah pencegahan kebocoran maklumat kerajaan.

​💻 Adaptasi Digital: Penekanan terhadap cabaran pengurusan rekod berdigit dalam era pentadbiran moden.

​Semoga penyertaan para peserta dalam kursus ini dapat meningkatkan lagi kecekapan, ketelitian, dan tadbir urus terbaik dalam penyampaian perkhidmatan harian.

​"Integriti Dipelihara, Kerahsiaan Terjamin, Perkhidmatan Diperkasa."

Photos from INSPIN's post 10/08/2026

MENCARI DEWAN SEMINAR & LATIHAN YANG SELESA DI ALOR SETAR?

​Kami di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) menyediakan Dewan KCS untuk pelbagai penganjuran majlis, latihan, seminar, atau peperiksaan anda.

​✨ Kemudahan Dewan:

​Persekitaran berhawa dingin & selesa

​Dilengkapi sistem PA, skrin projektor & kemudahan asas

​Susun atur kerusi/meja yang fleksibel

​📊 Kapasiti Mengikut Susun Atur:

​Teater: 120 orang

​Bilik Darjah: 60 orang

​Peperiksaan: 50 orang

​Bentuk U: 30 orang

​💰 Kadar Sewa: RM1,500.00 / sehari (tidak termasuk SST)

​📍 Lokasi:

321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah.

​📞 Pertanyaan & Tempahan:

Hubungi Puan Umi Khalsom / Admin INSPIN di:

​Telefon: 04-7203 708 / 011-72091592

​Laman Web: www.inspin.gov.my

​ DewanSeminar

Photos from INSPIN's post 04/08/2026

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS & PENCEGAHAN RISIKO DI TEMPAT KERJA 🚨🩹

​🚨 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA, KEUTAMAAN BERSAMA! 🚨

​Hari ini telah berlangsung Kursus Asas Pertolongan Cemas & Pencegahan Risiko di Tempat Kerja yang bertujuan memantapkan ilmu pertolongan cemas serta kesedaran keselamatan dalam kalangan warga kerja demi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

​Program ini dibawakan khas dengan butiran berikut:

​🗓 TARIKH: 4 Ogos 2026

​📍 LOKASI: Kedah Digital Library

​🤝 ANJURAN: JPS Kota Setar / Pendang / Yan dengan kerjasama Institut Pengurusan Kedah (INSPIN)

​Semoga segala ilmu dan kemahiran praktikal yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan komitmen padu! 💪✨

04/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN
YAB MENTERI BESAR NEGERI KEDAH

Pengurus Besar serta seluruh warga kerja Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat:

YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR

(Menteri Besar Negeri Kedah)

📅 Tarikh: 4 Ogos 2026 / 20 Safar 1448H

"Mendoakan semoga YAB Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, keberkatan umur dan rezeki, serta senantiasa di bawah lindungan Allah SWT dalam memimpin Negeri Kedah Darul Aman ke arah kesejahteraan dan kemakmuran."

Ikhlas daripada:

Pengurus Besar & Seluruh Warga Kerja INSPIN

31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026 🇲🇾🫡

​Hari ini kita mengenang kembali segala pengorbanan, keberanian, dan kesetiaan para pahlawan tanah air yang telah berjuang demi pertahanan dan kedaulatan negara tercinta. Tanpa jasa serta keringat mereka, belum tentu kita dapat menikmati keamanan dan kedamaian pada hari ini.

​Bersempena dengan tema “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan” pada 31 Julai 2026, marilah kita bersama-sama menghormati warisan perjuangan mereka serta terus bersatu memelihara integriti dan keamanan negara.

​Setinggi-tinggi ucapan dan penghargaan ikhlas daripada:

Pengurus Besar dan Seluruh Warga Kerja Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).

Photos from INSPIN's post 30/07/2026

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OGOS & SEPTEMBER 2026
❓Berminat untuk mempelajari perkara baru?
❓Ingin meneroka ilmu baru yang boleh memajukan diri?
❓Anda mahu menjadi orang yang BERJAYA?
LATIHAN DI INSPIN ADALAH JAWAPANNYA 👍👍
Pihak INSPIN mempelawa anda untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan mengikut minat dan kesesuaian anda. Program latihan akan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom).
📞 Tel: 04 7203 708/712
🌐 Website: https://inspin.gov.my
📩 Email: [email protected]
👍 Like page: INSPIN
📸 Follow Instagram: inspin__malaysia

27/07/2026

📍PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 2026📍

Anjuran:
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN)

Ingin meningkatkan potensi, integriti, dan kecemerlangan kerjaya? Sertai Program Transformasi Minda 2026 yang kini dibuka untuk pendaftaran!

MODUL BAHARU PTM

🗓️ 16 - 20 Ogos 2026 (Ahad - Khamis)
📍 The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah
👥 Terbuka Kepada:
* Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
* Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
* Badan Berkanun
💼 Format: Bersemuka
💰 Yuran Penyertaan: RM1,450.00 seorang (Termasuk penginapan 5 hari 4 malam, kit kursus, makan dan minum)

📞 Sebarang pertanyaan & pendaftaran, sila hubungi:
* Rozalia: 04-7203 719 / 012-486 5645
([email protected])

* Hashim Adli: 04-7203 712 / 011-69402460
([email protected])

Layari www.inspin.gov.my atau ikuti media sosial rasmi INSPIN untuk maklumat lanjut. Jom daftar sekarang!

Photos from INSPIN's post 22/07/2026

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OGOS & SEPTEMBER 2026
❓Berminat untuk mempelajari perkara baru?
❓Ingin meneroka ilmu baru yang boleh memajukan diri?
❓Anda mahu menjadi orang yang BERJAYA?
LATIHAN DI INSPIN ADALAH JAWAPANNYA 👍👍
Pihak INSPIN mempelawa anda untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan mengikut minat dan kesesuaian anda. Program latihan akan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom).
📞 Tel: 04 7203 708/712
🌐 Website: https://inspin.gov.my
📩 Email: [email protected]
👍 Like page: INSPIN
📸 Follow Instagram:

Photos from INSPIN's post 22/07/2026

KURSUS PEMANTAPAN JURUAUDIT SISTEM PENGURUSAN KUALITI BAGI TAHUN 2026

​Sedang berlangsung hari ini Kursus Pemantapan Juruaudit Sistem Pengurusan Kualiti Bagi Tahun 2026 bertempat di Dewan KCS, INSPIN.

​Program ini dianjurkan khusus sebagai usaha berterusan bagi memperkasa kompetensi, kemahiran, serta kefahaman para juruaudit dalam mengendalikan proses pengauditan dalaman secara berkesan. Melalui pemantapan ini, pematuhan terhadap piawaian Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dapat dikukuhkan demi memupuk budaya penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen tinggi yang ditunjukkan demi memacu kecemerlangan organisasi!

​📅 Tarikh: 22 Julai 2026

📍 Lokasi: Dewan KCS, INSPIN

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00