GPMS Kedah

GPMS Kedah

Share

Portal Rasmi Facebook Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah adalah satu badan NGO yang bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan pendidikan orang Melayu khususnya di negeri Kedah. Video Korporat GPMS Negeri Kedah:
2011 - http://youtu.be/yAlTyYDe9RI
2014 - http://youtu.be/87StkS0uP-A

Sejarah GPMS Malaysia:
http://www.gpms.my/node/145

Lagu Rasmi GPMS:
http://youtu.be/z5AnQGM0AgY

Portal Rasmi Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UCcMKL5AsXcO6Xco1L-C-50w

09/06/2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR MELAYU BAHARU YANG MENDAFTAR KEMASUKAN KE UNIVERSITI

Sekiranya anda menghadapi kesukaran kewangan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar yuran pendaftaran atau yuran pengajian, sila berhubung dengan pihak kami dengan kadar segera.

Kami akan berusaha membantu dan menyalurkan maklumat mengenai bantuan yang bersesuaian bagi memastikan urusan pendaftaran serta pengajian anda dapat diteruskan tanpa halangan.

Jangan biarkan masalah kewangan menjadi penghalang kepada masa depan dan cita-cita anda.

📞 Hubungi: +60 11-1947 4587
📧 E-mel: [email protected]

“Pendidikan adalah hak setiap anak bangsa. Bersama kita bantu memastikan tiada pelajar tercicir kerana kesempitan hidup.”

07/06/2026

KENYATAAN MEDIA GPMS

GPMS SOKONG PENUBUHAN BADAN AKREDITASI KHAS TVET, MQA DAN JPK PERLU TERUS DIPERKASA

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyambut baik cadangan YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara untuk menubuhkan sebuah badan akreditasi khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyelaras penilaian serta pengiktirafan TVET di peringkat nasional.

GPMS berpandangan bahawa cadangan ini merupakan langkah strategik dan tepat pada masanya memandangkan ekosistem TVET negara kini melibatkan lebih 1,395 institusi di bawah pelbagai kementerian, agensi dan penyedia latihan. Penyelarasan yang lebih menyeluruh amat diperlukan bagi memastikan standard kualiti, pengiktirafan kelayakan dan kebolehpasaran graduan TVET dapat diperkasakan secara lebih berkesan.

Namun demikian, GPMS menegaskan bahawa penubuhan badan baharu ini tidak boleh dilihat sebagai usaha menggantikan atau mengurangkan peranan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sebaliknya, kedua-dua institusi ini perlu terus diperkasa berdasarkan kepakaran, mandat dan pengalaman yang telah terbukti dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi serta latihan kemahiran negara.

MQA telah memainkan peranan penting dalam memastikan standard dan jaminan kualiti program akademik negara, manakala JPK p**a menjadi tunjang kepada pembangunan sistem pensijilan kemahiran melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) serta Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang menjadi rujukan industri.

Justeru, GPMS mencadangkan agar badan akreditasi TVET yang bakal diwujudkan berperanan sebagai penyelaras strategik nasional yang menyatukan standard, dasar dan hala tuju TVET negara manakala fungsi akreditasi akademik dan pensijilan kemahiran terus kekal di bawah bidang kuasa MQA dan JPK. Pendekatan ini mampu mengelakkan pertindihan fungsi, mengurangkan birokrasi dan pada masa yang sama memperkukuh keberkesanan keseluruhan ekosistem TVET negara.

Sebagai organisasi yang memperjuangkan agenda pendidikan dan pembangunan modal insan, GPMS berpandangan bahawa fokus utama reformasi TVET mestilah memberi manfaat secara langsung kepada pelajar dan graduan. Sebarang penambahbaikan yang dilaksanakan perlu meningkatkan kebolehpasaran graduan, memperluaskan pengiktirafan kelayakan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti serta menyediakan laluan pendidikan yang lebih fleksibel antara TVET dan akademik.

GPMS turut mencadangkan agar penglibatan industri diperkasakan dalam proses akreditasi, pembangunan kurikulum dan latihan amali supaya setiap program TVET benar-benar memenuhi keperluan semasa pasaran pekerjaan. Dalam era kecerdasan buatan, automasi, ekonomi digital dan teknologi baharu, graduan TVET perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang relevan dan kompetitif di peringkat global.

Malaysia tidak akan mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi tanpa memiliki tenaga kerja mahir yang mencukupi. Oleh itu, setiap reformasi TVET hendaklah menjurus kepada peningkatan kualiti graduan, produktiviti industri dan daya saing negara secara keseluruhan.

GPMS merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas komitmen berterusan beliau dalam memartabatkan TVET sebagai agenda nasional. Kami percaya bahawa usaha memperkukuh sistem penyelarasan dan akreditasi TVET akan memberikan impak besar kepada masa depan pendidikan, pembangunan ekonomi serta mobiliti sosial generasi muda Malaysia.

TVET bukan lagi pilihan kedua. TVET merupakan laluan strategik untuk melahirkan tenaga kerja profesional, berkemahiran tinggi dan berdaya saing yang akan memacu kemajuan negara pada masa hadapan.

FAZREEN FAUZI
Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

7 Jun 2026

31/05/2026

🎨 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA KARNIVAL BELIA X PEKAN RABU 🎨

Assalamualaikum adik-adik belia Kedah! 🤝

Hampa ada bakat melukis atau mewarna? Jom serlahkan kreativiti dan ilham masa depan hampa dalam Pertandingan Melukis Poster anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah! 🤩

Rebut peluang untuk memenangi HADIAH BERNILAI RM150 yang menanti hampa! 🎁🔥

Butiran pertandingan adalah seperti ketetapan berikut :
📅 Tarikh : 4 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 2:00 Petang – 5:00 Petang
📍 Lokasi : Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar

📝 Tema & Slogan : Ilmu Pelita Hidup

📜 Syarat-Syarat Penyertaan :
1. Terbuka kepada peserta berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun (Pelajar Menengah).
2. ⁠Tema dan slogan wajib digunakan dalam lukisan: Ilmu Pelita Hidup.
3. ⁠Barang dan keperluan melukis serta mewarna perlu dibawa sendiri oleh peserta.
4. ⁠Yuran Pendaftaran: Hanya RM10 sahaja bagi setiap peserta (per pax).
5. ⁠Keputusan juri adalah muktamad.

📲 Pendaftaran : https://forms.gle/ninfj4jLE4dDp2XeA

Mari memeriahkan karnival sambil mengasah bakat seni hampa. Jangan lepaskan peluang ini, jom pakat daftar ramai-ramai! ✊

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

Photos from GPMS Kedah's post 24/05/2026

🛑 GPMS KEDAH MENDESAK TINDAKAN TEGAS: JANGAN LINDUNGI PEMBULI, JANGAN ABAIKAN MANGSA! 🛑

GPMS Negeri Kedah mengecam sekeras-kerasnya kes buli berulang melibatkan seorang murid sekolah rendah di Jitra, Kedah sehingga menyebabkan kecederaan fizikal serius (retak tulang tangan, lebam muka) dan trauma emosi yang mendalam.

Budaya “selesai secara dalaman”, “tutup kes”, dan cuba menjaga imej institusi tidak boleh dijadikan alasan untuk melindungi pembuli sehingga mangsa p**a yang dipersalahkan dan terpaksa berpindah sekolah!

Sehubungan itu, GPMS Kedah mendesak 5 tindakan segera:
1️⃣ KPM: Siasat segera dan telus pengurusan kes ini oleh pihak sekolah.
2️⃣ Tindakan Disiplin: Kenakan tindakan paling tegas terhadap pelaku tanpa kompromi.
3️⃣ Pihak Sekolah: Bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan pengawasan keselamatan murid.
4️⃣ PDRM: Siasat secara serius di bawah undang-undang jenayah melibatkan kecederaan fizikal kanak-kanak.
5️⃣ Sistem: Semua pihak berhenti mempertahankan sistem yang gagal melindungi mangsa.

Sekolah adalah tempat mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak, BUKAN tempat melahirkan samseng kecil!

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMBULI.
TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL SEGERA.

Kenyataan Penuh Oleh:
KAPT. BERSEKUTU (PA) AMIRUL SYAHIR MUSA
Timbalan Pengerusi GPMS Negeri Kedah

📞 Pertanyaan Media & Hubungan Awam:
Tel: 010-321 7440 (GPMS)
Emel: [email protected]

docs.google.com 22/05/2026

🎨 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA KARNIVAL BELIA X PEKAN RABU 🎨

Assalamualaikum adik-adik belia Kedah! 🤝

Hampa ada bakat melukis atau mewarna? Jom serlahkan kreativiti dan ilham masa depan hampa dalam Pertandingan Melukis Poster anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah! 🤩

Rebut peluang untuk memenangi HADIAH BERNILAI RM150 yang menanti hampa! 🎁🔥

Butiran pertandingan adalah seperti ketetapan berikut :
📅 Tarikh : 4 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 2:00 Petang – 5:00 Petang
📍 Lokasi : Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar

📝 Tema & Slogan : Ilmu Pelita Hidup

📜 Syarat-Syarat Penyertaan :
1. Terbuka kepada peserta berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun (Pelajar Menengah).
2. ⁠Tema dan slogan wajib digunakan dalam lukisan: Ilmu Pelita Hidup.
3. ⁠Barang dan keperluan melukis serta mewarna perlu dibawa sendiri oleh peserta.
4. ⁠Yuran Pendaftaran: Hanya RM10 sahaja bagi setiap peserta (per pax).
5. ⁠Keputusan juri adalah muktamad.

📲 Pendaftaran : https://forms.gle/ninfj4jLE4dDp2XeA

Mari memeriahkan karnival sambil mengasah bakat seni hampa. Jangan lepaskan peluang ini, jom pakat daftar ramai-ramai! ✊

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

docs.google.com

22/05/2026

[KENYATAAN MEDIA]

Kenyataan Media Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkenaan Dasar Pendidikan Kebangsaan Tidak Boleh Dikrompomi

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim

22/05/2026

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

Majlis akan dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

🗓️ 22 May 2026
🕰️ 9.00 malam
📍 Dataran Starwalk, Alor Setar

Ayuh memeriahkan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026

22/05/2026

📣 SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) SESI I 2026/2027 MENERUSI UPU ONLINE KINI TELAH DIBUKA! 🎓✨

Tahniah kepada semua calon yang telah memohon kemasukan ke politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) melalui UPUOnline!

🔗 Semakan keputusan boleh dibuat melalui:
http://upu.mohe.gov.my
• Portal IPT berkaitan

Apa langkah seterusnya❓

✅ 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮
Sila buat Pengesahan Setuju Terima Tawaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

❗ 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮
Jangan putus asa! Anda masih berpeluang membuat Permohonan Rayuan bermula 25 Mei 2026 di portal https://ambilan.mypolycc.edu.my

Selamat Maju Jaya






Info lanjut:

https://www.facebook.com/share/p/1HWTgroLuW/?mibextid=wwXIfr

https://www.instagram.com/p/DYoJ6w3Gvas/?igsh=MXhqOXM0dGVscWs1cQ==

21/05/2026

[PRE-ORDER TALI LEHER RASMI GPMS 2026]

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pre-Order Official Corporate Necktie Set GPMS 2026 kini dibuka khas buat seluruh pimpinan, ahli dan warga GPMS.

Dihasilkan dengan penampilan yang kemas, eksklusif dan berciri korporat, tali leher rasmi ini sesuai digayakan dalam program GPMS, majlis rasmi, persidangan serta pelbagai acara formal. Ia juga menjadi antara koleksi istimewa GPMS bagi tahun 2026.

✨ Official Corporate Necktie Set GPMS 2026
📦 Setiap pembelian merangkumi:
✅ 1 unit Necktie GPMS (rekaan hadapan dan belakang)
✅ 1 unit Tie Clip GPMS
✅ 1 unit Kotak Eksklusif Set Tie

💰 Harga Pre-Order:
RM85 sahaja bagi satu set

📍 Buat tempahan sekarang melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe2xezcwVuSrp3RGuIRklM0EHlrmHzbdlh-m2tyXddqsPcDlw/viewform

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 https://wa.me/601119474587

“Belajar Terus Belajar”
“GPMS Suara Bangsa”

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah, 1546 & 1546A. Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05000