RKM Media
Pembekal pengiklanan PERCUMA no1 di Malaysia
15/02/2026
JIKA TIDAK PASTI KESAHIHANNYA, TANYA PADA ORANG YANG BETUL
Ramai tanya saya… “RM299 tu dapat apa sebenarnya?” Jawapan saya mudah. Ahli dapat akses harga yang orang biasa tak dapat. Bezanya mungkin nampak kecil hari ini. Tapi bila kumpul bertahun-tahun… itu yang buat jurang besar.
Dengan jadi ahli, Tuan/Puan:
✔ Beli emas fizikal 999 / 916 / Goldbar
✔ Harga paling rendah yang kami boleh bagi
✔ Boleh kumpul sikit demi sikit
✔ Boleh jadikan simpanan jangka panjang
✔ Boleh wariskan pada anak-anak
Ini bukan skim cepat kaya. Ini disiplin simpan aset sebenar. RM299 tu bukan kos. Itu tiket masuk dunia penyimpan emas. Kalau rasa diri jenis nak mula tapi selalu tangguh, ini masa ubah cerita. Taip “AHLI” di ruangan komen atau PM saya sekarang. Saya bantu sampai faham cara mula.
15/02/2026
LAMBATNYA NAK 1 HARIBULAN - SUMBANGAN RAHMAH MASUK AKAUN 😭
Dulu emas murah, kita kata tunggu. Bila naik, kita kata mahal. Akhirnya… tak beli langsung. Realitinya, bukan harga emas yang mahal. Tapi kita yang lambat mula. Dan kita terus menunggu nunggu bantuan kerajaan untuk bulan berikutnya.
Hari ni saya buka keahlian Penyimpan Emas Fizikal Orodesign.
Ahli boleh beli:
✔ Emas 999
✔ Emas 916
✔ Goldbar
✔ Harga rapat lantai pasaran Malaysia
Yuran daftar cuma RM299 sahaja. Sekali bayar, akses harga ahli untuk jangka panjang. Kalau beza harga RM20–RM50 setiap gram pun, dalam jangka masa panjang… siapa yang untung?
Orang yang simpan emas bukan orang kaya.
Mereka jadi kaya sebab simpan emas Kalau serius nak mula lindungi nilai duit,
komen “NAK INFO EMAS” atau terus PM saya. Saya tak paksa. Saya cuma buka pintu.
15/02/2026
EMAS MAKIN NAIK. RINGGIT MAKIN SUSUT. KITA MASIH SIMPAN DUIT KERTAS DAN JOIN SYARIKAT MLM?
Ramai orang kerja kuat siang malam. Simpan duit dalam bank. Tapi diam-diam nilai duit makin mengecil. Yang kaya bukan sebab gaji besar. Tapi sebab mereka tukar duit kepada aset sebenar.
Sekarang saya buka peluang jadi Ahli Penyimpan Emas Fizikal Orodesign.
✅ Beli emas 999 / 916 / Goldbar
✅ Harga rapat lantai pasaran Malaysia
✅ Bukan skim. Bukan janji bulan bintang.
✅ Emas fizikal, boleh pegang, boleh simpan, boleh wariskan
Bayar daftar ahli cuma RM299 sahaja. Sekali daftar, Tuan/Puan dah ada akses harga ahli yang jauh lebih rendah berbanding biasa. RM299 tu mungkin nampak kecil. Tapi akses harga ahli untuk jangka panjang… itu yang buat beza besar.
Orang yang faham nilai emas tak tunggu harga turun. Mereka mula kumpul sikit demi sikit. Kalau hari ni belum mampu beli 100g, mulakan 1g. Kalau belum mampu beli 1 dinar, mulakan 1 gram. Yang penting — mula.
Siapa nak jadi penyimpan emas fizikal dan beli dengan harga ahli, komen “EMAS” atau PM saya sekarang. Saya explain detail sampai faham. Tak faham, jangan daftar. Tapi kalau faham… InsyaAllah ini langkah pertama lindungi kewangan dunia & akhirat.
08/11/2025
KAU S**A HIDUP DIBELENGGU HUTANG?
Ini tips nak beli kereta. Nak beli kereta jangan lebih 15% daripada gaji bulanan. Kalau gaji 3k, kiraannya
15% × RM3,000 = RM450 sebulan
Jadi, pastikan ansuran bulanan untuk bayar kereta tidak melebihi RM450. Ini kerana, selain daripada ansuran bulanan, kena kira juga komitmen bulanan seperti petrol Rm250, servis purata sebulan Rm75, insuran dan roadtax purata sebulan Rm75 dan lain² Rm50. Total komitmen untuk kereta sahaja Rm900.
Sebab itu kalau penjawat awam tak bagus pengurusan kewangan, beli kereta ikut nafsu, maka akan terjerat dengan hutang dan akhirnya jatuh bangkrap.
Urus kewangan dengan baik. Kereta bukan aset. Ia merupakan liability. Kereta akan turun nilai. Sebaliknya tanah, rumah, emas, saham, semua ini adalah aset yg memberikan p**angan pada masa hadapan.
26/07/2025
KRONOLOGI KES ZARA QAIRINA BINTI MAHATHIR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kami menulis kronologi ini bukan dengan tangan yang kuat, tetapi dengan tangan yang menggigil — sambil air mata menitis tanpa henti.
Ini bukan sekadar catatan, tetapi helaian terakhir kasih sayang kami buat seorang anak yang tidak sempat kami selamatkan.
Nama anak kami: Zara Qairina binti Mahathir
Umur: 13 tahun
Tarikh pemergian: Khamis, 17 Julai 2025
Tempat: SMKA penuh di bawah KPM
Zara adalah anak yang baik. Patuh solat. Lembut hati.
Dia pergi dalam keadaan yang sangat tragik — dan hingga kini, kami masih tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku pada malam dia ‘dijumpai jatuh’ itu.
Kami merayu sepenuh jiwa kepada sesiapa yang membaca:
Tolong jangan tinggalkan komen yang menyakitkan.
Tolong jangan persoalkan hal peribadi keluarga yang tiada kaitan.
Kami terlalu sedih untuk menjawab anda.
Kami hanya mahu anak kami dikenang dengan maruahnya — dan kisahnya diberi ruang untuk didengari oleh dunia yang selama ini membisu.
Kami redha. Tapi kami tidak akan berdiam.
Zara, kami mandikanmu dengan air mata. Tapi kami akan bela maruahmu dengan kebenaran..
Kronologi Penuh: Pemergian Arwah Zara Qairina (2025)
Jam 2–3 pagi: Bukan Waktu Asrama Sunyi
Zara sering memberitahu keluarganya bahawa:
> Waktu jam 2–3 pagi, ramai budak masih berjaga. Ada yang makan megi, berbual, berkumpul dalam bilik air atau ruang bawah untuk mendobi.
Maklumat ini bercanggah dengan naratif bahawa tiada siapa tahu apa berlaku atau bahawa semua pelajar sedang tidur ketika Zara jatuh.
➡️ Soalannya sekarang: Jika benar ramai pelajar masih bangun waktu itu — mengapa tiada seorang pun yang nampak, dengar jeritan, atau datang membantu?
Disusun oleh keluarga waris. Demi kebenaran. Bukan untuk menyalahkan.
---
1. Zara Qairina – Anak yang Baik dan Kuat Jiwa
Zara mendaftar masuk ke sekolah menengah Kebangsaan Agama ( berasrama ) di bawah KPM pada 18 Februari 2025. Dia ceria, rajin solat, s**a berkongsi makanan dengan rakan-rakan, dan tidak pernah membalas walau dibuli. Dia selalu berkata:
> “Tak apa mama, Zara lawan je semua. Zara inda takut.”
Namun, sejak awal, Zara sudah mula menghadapi beberapa gangguan di asrama:
Disuruh mengambil air panas Coway jam 2–3 pagi
ke bawah banguan blok..Dorm zara tingkat 3.
Dompet dan wang saku selalu hilang, barang-barang peribadi dicuri
Rakan-rakan mengambil kesempatan suruh dia belanja
Seorang pelajar tomboi didakwa pernah meraba dan mencium mulut & kmaluannya semasa tidur (Zara jenis tidur mati – hanya diberitahu oleh rakan lain)
- Dalam minggu terakhir, Zara maklumkan kepada ibunya bahawa seorang pelajar senior marah kerana Zara catat nama pelajar tidak solat, dan mahu “berjumpa” dengan Zara
Ayat Zara kepada ibunya:
> “Mama, mama buat apa tu? Mama… Zara mau kena panggil dengan kak Wana…”
Ibu Zara pernah datang ke asrama dan memberi amaran kepada pelajar-pelajar yang membuli. Tapi Zara tetap mahu terus bersekolah — dia nampak kuat luarannya, walaupun dalam diam dia sedang menanggung banyak perkara.
---
2. Hari Kejadian – Rabu, 16 Julai 2025
Sekitar jam 3 pagi, ibu kandung dihubungi oleh warden sekolah yang memaklumkan bahawa:
> “Zara jatuh. Zara koma.”
Ibu kandung diberitahu kaki dan tangan Zara patah. Tiada pengetua atau guru lain yang bercakap..warden yg menelefon.
rekod pbualan ada dlm simpanan ibu kandung.
3. Lokasi Jatuh– Tingkat 3 Asrama Pelajar
Menurut maklumat daripada pelajar yang berada di sana dan pemerhatian keluarga:
Zara jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama perempuan, ke kawasan berhampiran tepi laluan longkang berlantai konkrit
Ketika dijumpai, tubuhnya dalam keadaan:
Kepala terkulai dalam longkang
Kaki kanan terjulur lurus, manakala kaki kiri terlipat pelik
Tangan terlentang, muka menghadap ke depan dalam keadaan terlentang
Tiada darah kelihatan di kepala atau badan
hanya darah di tapak kaki kiri yang luka terbelah.
Namun, kecederaan dalaman sangat teruk — kepala lembut, otak tidak berfungsi, tengkuk seperti patah, kaki terbalik, dan organ dalaman gagal.
Tiada kamera CCTV yang disahkan di lokasi jatuh
Jika benar dia jatuh sendiri dari tempat tinggi, bagaimana mungkin mukanya langsung tiada luka — sedangkan tubuh dalam keadaan dalaman yang parah?
Ini menimbulkan persoalan penting yang masih belum dijawab oleh pihak sekolah dan penyiasat..
rujuk gambar dibawah..lokasi arwah jatuh.
4.Persoalan tentang Cara Zara Jatuh – Masih Tiada Jawapan
Berdasarkan keadaan fizikal arwah ketika dijumpai, kami — sebagai waris — tertanya-tanya:
Jika benar Zara jatuh sendiri dari tingkat tiga, mengapa mukanya langsung tiada luka, sedangkan bahagian dalaman tubuhnya rosak teruk?
Jika dia jatuh dalam keadaan sedar, kenapa tiada kesan pertahanan diri, tiada jeritan, tiada saksi langsung?
Posisi badan arwah seperti terletak — bukan berguling atau terseret, seperti biasa berlaku dalam kes jatuh sendiri
Zara dijumpai dalam keadaan terlentang, kepala berhampiran longkang, kaki kiri terlipat dan tapak kaki terbelah berdarah — tapi kepala tidak berdarah, muka bersih, tangan di sisi
Semua ini menimbulkan persoalan besar yang belum dijawab:
> “Adakah Zara jatuh sendiri? Atau dia terdorong? Atau jatuh dalam keadaan tidak sedar? Atau... dicampak?”
Kami tidak menuduh sesiapa. Tapi kami berhak untuk bertanya — dan menuntut siasatan yang telus, bukan yang didiamkan.
---
Pandangan Kami: Zara Tidak Jatuh Sendiri
Berdasarkan maklumat dan pemerhatian logik:
Kecederaan dalaman terlalu teruk, tetapi muka langsung tiada calar
Posisi badan tidak menunjukkan panik atau cuba tahan jatuh — sebaliknya seolah jatuh dalam keadaan pasrah, separa sedar, atau sudah tidak sedarkan diri
Tiada saksi langsung tampil, walaupun ramai pelajar berjaga jam 2–3 pagi
Tiada jeritan, tiada bunyi kuat, tiada respon — sesuatu yang sangat pelik dalam kejadian sepatutnya berlaku secara tidak sengaja
> Kami tidak percaya Zara jatuh sendiri.
Zara mungkin:
Didorong secara paksa,
Dipaksa keluar dalam ketakutan,
Dicampak dalam keadaan pengsan,
Atau — lebih memilukan — dicederakan terlebih dahulu dan kemudian dijatuhkan untuk menutup sesuatu.
Apa pun kebenarannya — Zara mati dalam situasi yang tidak normal. Dan sekarang... semua orang bertindak seolah ini kematian biasa.
Kami tidak akan benarkan itu berlaku.
❗ Persoalan SOP Asrama – Kenapa Ramai Masih Bangun Jam 2–3 Pagi?
Zara sering memberitahu keluarga bahawa:
> "Ramai budak belum tidur waktu jam 2–3 pagi. Ada yang makan megi, basuh baju, turun ambil air panas."
Dan pelajar yang menjumpai Zara terbaring selepas jatuh juga dilaporkan sedang menuju ke ruang dobi jam 3 pagi.
Ini menimbulkan persoalan besar:
Bukankah pelajar asrama sepatutnya wajib tidur sekitar jam 10.30 malam atau paling lewat jam 11 malam?
Siapa yang kawal pelajar jam 2–3 pagi?
Kenapa tiada warden, tiada guru bertugas menegur atau menyekat pelajar yang keluar bilik ses**a hati jam 3 pagi?
Kalau tiada kawalan — adakah wajar Zara dikatakan "terjatuh" dalam keadaan tiada siapa tahu?
➡️ SOP longgar ini sendiri membolehkan kejadian seperti ini berlaku — dan boleh disembunyikan.
> Kami persoal SOP dan kawalan asrama. Jika anak kami boleh 'jatuh' pada jam 2–3 pagi tanpa sesiapa tahu atau dengar — ini bukan hanya kecuaian. Ini adalah pengabaian tanggungjawab.
5. Waris Kedua Tiba – Khamis, 17 Julai, jam 11 pagi
Saya, waris kedua, tiba dari Kuala Lumpur terus ke Sabah jam 11 pagi dan terus ke hospital. Di sana, doktor maklumkan bahawa Zara tidak lagi berfungsi otak (brain death). Kecederaan sangat serius:
Tengkorak pecah, kepala lembut berair bila disentuh
Tiada darah keluar dari kepala – hanya dari kaki
Tengkuk seperti patah
Saraf tunjang belakang dipercayai terputus atau rosak teruk akibat impak — berkemungkinan besar menyebabkan kelumpuhan dan kegagalan fungsi sistem utama
Tangan & kaki patah,.... kaki kiri terkehel dari buku lali
Tapak kaki kiri luka terbelah dan berdarah
Organ dalaman gagal, jantung membengkak
Doktor turut memaklumkan kemungkinan besar berlaku pendarahan dalaman — dipercayai akibat arteri utama di bahagian pinggang terputus. Walaupun tiada darah keluar secara luaran, darah telah berkumpul dalam rongga dalaman sehingga menyebabkan kegagalan organ dan pembengkakan jantung
Namun bahagian depan badan termasuk muka tiada sedikit pun calar. Muka bersih, tiada kecederaan. Doktor percaya arwah jatuh sekitar jam 1 ke 2 pagi. Pihak sekolah menjumpai arwah dalam jam 3 pagi, dan ambulans sampai dalam jam 4 pagi.
Doktor sahkan: “Kalau hidup pun, Zara akan kekal seperti mayat.” 😥
6. Cubaan Pengetua Sekat Laporan Polis – Di Hospital (Khamis, 17 Julai 2025)
Semasa di hospital, pengetua sekolah telah memujuk ibu kandung Zara agar tidak membuat laporan polis, dengan alasan:
> “Tak perlu puan buat laporan. Sekolah dah buat.”
Ibu masih dalam keadaan trauma, tidak stabil emosi, dan pengetua mengambil kesempatan situasi itu untuk menekan ibu secara halus.
Namun begitu, selepas waris kedua tiba dari KL pada hari yang sama (Khamis), waris akhirnya mengambil keputusan untuk buat laporan polis pertama secara rasmi.
---
7. Keputusan Henti Mesin Oksigen
Pada jam 4:30 petang, doktor memanggil ibu dan saya untuk berbincang. Kami akhirnya bersetuju menghentikan mesin pernafasan Zara.
> “Nurse tanya: ‘Boleh kami teruskan ke, puan?’ Saya hanya mampu menangis.” “Saya lihat satu persatu wayar dicabut. Hati saya hancur.” “Saya ajar anak saya mengucap — tapi suara saya teresak sampai saya sesak nafas.”
---
8. Sikap Sekolah & Pengakuan Menteri Pendidikan
Beberapa guru sekolah dan pegawai JPN hadir ke hospital, tapi semuanya diam. Apabila kami tanya apa yang berlaku, seorang guru berkata:
> “Kami guru sesi pagi, kami tiada di tempat kejadian.”
Namun, warden yang hubungi ibu memang berada di asrama waktu kejadian itu ada bersamaa dalam wad melawat.tetapi memilih berdiam diri apabila saya bertanya..
Kebanyakan guru² yg dtg melawat lebih kpd mengambil gambar arwah terbaring di katil berbanding untuk menenangkan waris.
Apabila kami desak jawapan, Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek yg kbetulan dtg melawat ke hospital , beliau sendiri menjawab:
> “Saya yang arahkan pihak sekolah supaya tidak beri sebarang maklumat kepada waris kerana kes masih dalam siasatan.”
Ini mengejutkan kami, kerana ia bermaksud maklumat ditahan secara arahan rasmi — bukan oleh polis.
---
9. Cadangan Sekolah yang Tidak Wajar
Ketika kami sedang uruskan jenazah, wakil sekolah mencadangkan agar jenazah dibawa ke sekolah untuk disolatkan dan diberi penghormatan.
Saya marah dan jawab:
> “Anak kami bukan anak kucing. Bukan barang patung pameran utk diusung ke hulu ke hilir..Dia mati dalam jagaan kamu — kamu tak layak usung jenazah dia ke sekolah untuk tunjuk hormat palsu.”
---
10. Urusan Jenazah & Pengebumian
Kami putuskan:
Mandi jenazah Zara di hospital
Solat jenazah di hospital
Bawa p**ang ke kampung malam itu juga
Solat sekali lagi di kampung dan kebumikan sekitar jam 11 malam..walaupun awalnya ibu kandung berat utk kebumikan mlm tu kerana maasih x puas menatap wajah anknya😥😥..saya pujuk ibu kandungnya agar redha..barulh ibu merelakn..
Jenazah Zara sangat lembut, wajahnya bersih, tersenyum. Kami tahan air mata saat mandikan dan kafankan dia. Kami mahu dia pergi dalam damai.
> “Kami redha… tapi kami tidak akan biarkan kebenaran dikubur bersamanya.”
---
11. Layanan Polis di IPD Papar – Sikap Tidak Telus IO (Ahad, 20 Julai 2025)
Pada Ahad, waris hadir ke IPD Papar untuk:
Ambil maklum balas laporan terdahulu
Ibu kandung membuat laporan tambahan, berkaitan tindakan pengetua yang menghalang beliau daripada buat laporan polis semasa di hospital
Namun sepanjang proses itu, pegawai penyiasat (IO) menunjukkan sikap sambil lewa dan tidak profesional:
Semasa ibu menyatakan butiran laporan, IO hanya mendengar, tanpa tanya lanjut atau sahkan fakta
Bila ibu tanya: “Kenapa tak rekod? Kenapa tak taip masa saya cerita?” IO mengeluh dan baru mula menaip secara ringkas
Selesai menaip, IO terus hulurkan borang laporan dan arahkan ibu tandatangan — tanpa beri peluang semak isi laporan
> “Belum semak pun... takkan terus tandatangan?”
Saya sebagai waris kedua turut hadir, dan dari awal IO kelihatan tidak senang dengan kehadiran saya — mungkin kerana saya banyak mempertikaikan cara siasatan dijalankan.
Lebih mengejutkan, IO:
Berkelakuan tidak profesional, mengeluh lapar & belum makan
Enggan jawab dengan jelas bila ditanya perkembangan kes
Kata siasatan belum selesai sebab “pelajar balik, tunggu Isnin”
Zara sudah mati dalam asrama. Tapi kami p**a dipersoal, ditekan dan dihalang bersuara. Siapa sebenarnya yang mereka lindungi?
---
12. Surat Rasmi & Penyerahan Barang Zara – Juga pada Ahad, 20 Julai 2025
Pada hari yang sama (Ahad):
Ibu kandung menghantar surat rasmi tuntutan laporan insiden kejadian Zara sekitar jam 2 petang ke pihak sekolah
Namun pengetua tidak hadir di sekolah — surat diterima oleh warden atas arahan
Barang-barang peribadi arwah Zara juga diserahkan kepada waris pada hari ini
Barang-barang tersebut telah dikemas lebih awal oleh guru dan pelajar, tanpa kehadiran ibu kandung. Tiada peluang untuk ibu periksa atau pastikan sendiri barang anaknya sebelum disusun. Ini sangat mengecewakan.
Kami bukan mahu menyusahkan. Kami hanya mahu hormat terhadap hak waris dan hak anak yang telah tiada.
13. Ujian Terakhir – Di Kubur Zara
Ketika di tanah perkuburan, ada pegawai sekolah menasihatkan ibu Zara agar tidak viralkan kes ini. Ramai saksi yang mendengar.
Kami sedih. Kami tak minta lebih. Kami hanya minta tahu:
Apa yang berlaku kepada anak kami malam itu? Siapa yang nampak? Siapa yang tahu? Kenapa semua diam?
-
14. Naratif "Bunuh Diri"? Kami Tidak Terima
Sejak awal, kami dapati ada kecenderungan dalam cara siasatan dikendalikan yang seolah-olah cuba mengarahkan pemahaman awam kepada satu naratif: bahawa Zara bunuh diri.
Kami tidak menuduh sesiapa. Tetapi kami sangat hairan:
Mengapa semua saksi diam?
Mengapa kecederaan tubuh yang parah itu tidak disiasat sebagai berunsur jenayah?
Mengapa tiada rakaman CCTV dibekalkan walau bangunan asrama moden lazimnya ada CCTV di tangga atau koridor?
Mengapa pihak polis kelihatan tidak aktif mencari motif lain, malah menekan waris yang bertanya?
Kami risau, terlalu awal satu “konklusi” dibentuk secara halus — seolah-olah Zara melompat sendiri.
> Kami tolak naratif itu.
Kami mahu siasatan semula yang telus, terbuka dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak sekolah, kementerian atau individu berkepentingan.
Zara bukan anak yang mudah putus asa.
Dia rajin solat. Dia tak pernah tinggikan suara. Dia selalu kata:
> “Zara lawan je mama. Zara inda takut.”
Adakah seorang anak seperti ini, tiba-tiba mahu terjun bangunan?
Atau adakah ada sesuatu yang lebih besar sedang cuba ditutup?
Nota Undang-Undang & Hak Waris
Kepada pembaca yang budiman,
Segala kenyataan dan kronologi yang dikongsi ini adalah:
✅ Berdasarkan pengalaman sebenar waris sendiri,
✅ Disusun demi keadilan dan hak arwah,
✅ Tidak menyebut mana-mana individu secara fitnah, dan
✅ Dilindungi oleh hak waris untuk bersuara, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
📌 Rujukan Undang-undang:
1. Hak waris untuk menyatakan kronologi kematian anak atau ahli keluarga:
> ➤ Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap warga untuk bersuara selagi tidak melanggar undang-undang.
➤ Waris sah berhak menyatakan kronologi dari perspektif mereka, termasuk maklumat yang berlaku kepada anak mereka sepanjang dalam jagaan pihak lain (seperti sekolah berasrama).
➤ Semua catatan ini tidak menyebut nama penuh pelaku, dan tidak menuduh secara muktamad – sebaliknya hanya menuntut siasatan lanjut dan kebenaran.
2. Larangan mengganggu waris dengan fitnah atau komen menyakitkan hati:
> ➤ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – melarang sebarang komunikasi jelik, menyakitkan hati, atau berbentuk gangguan kepada individu lain di media sosial.
➤ Mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah, ejekan, sindiran jahat atau gangguan kepada keluarga arwah boleh dikenakan tindakan undang-undang sivil dan jenayah.
3. Larangan menyebar semula gambar atau kenyataan keluarga tanpa izin:
> ➤ Semua kandungan ini adalah milik sah waris Zara Qairina. Sebarang penyebaran tanpa izin bertulis akan dianggap pelanggaran hak.
➤ Pihak yang menyebarkan semula dengan niat memperlekeh, menghina atau mencetuskan provokasi boleh diambil tindakan undang-undang.
Kami tidak berniat menyalahkan sesiapa. Kami hanya mahu keadilan.
Kami tidak meminta simpati. Kami hanya menolak untuk diam.
Ini adalah suara hati keluarga — yang telah kehilangan segalanya.
💬 Peringatan:
Sila berhati-hati dalam meninggalkan komen.
Komen yang menghiris, menyakitkan atau melampaui batas bukan sahaja tidak beretika, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
🕊️ Kami redha… Tapi kami tidak akan berdiam.
🕊️ Zara, maruahmu akan kami jaga — hingga nafas terakhir kami. Kredit : Syira Leizel Janice Abdullah
26/07/2025
AKU HARAP PIHAK BERWAJIB CARI SAMPAI JUMPA PELAKU!
Gelombang tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
Fenomena itu tercetus selepas satu hantaran tular di Facebook oleh individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga pelajar berkenaan, mendedahkan kronologi penuh kejadian menyayat hati itu. Credit to sinarharian
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Khalifah Group Alor Setar, , Jalan Putra
Alor Setar
05150
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |