SCPH AOR
AOR FIGHTERS
==
.
📌Kelas Silibus Silat Cekak & Silat Olahraga
📌Ambilan Umur 7 tahun ke atas
.
⬇️Pendaftaran / Pertanyaan⬇️
scphaor.wasap.my
07/05/2026
Beza Silat Olahraga & Silat Perguruan
🔥🔥
Silat Perguruan VS Silat Olahraga, Kedua-duanya sama SILAT cuma pendekatan yang berbeza
07/05/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Ijazah Pusaka Hanafi Kedah yang telah di adakan di Surau SMK Ibrahim, Sg Petani Kedah pada hari Selasa, 5 Mei 2026.
Tahniah buat pelajar-pelajar Asas, Potong dan Tamat daripada KPTM Alor Setar yang telah menghadirkan diri.
06/05/2026
Pengalaman kedua utk Akiff dalam kategori Terbuka Dewasa dan tambahan pengalaman untuk Rayyan kategori Pra Remaja dan Yusuf kategori Pra Dini.
Alhamdulillah.. 2 pingat Emas🥇 dan 1 pingat Perak🥈 sebagai topap kepada keseluruhan team Kedah Fighters
EMAS🥇-22
PERAK🥈- 20
Terima kasih Cikgu Qursairy Ayie Kedah Fighters Silat Academy kerana beri peluang kami bergabung dalam team cikgu..
Tahniah juga buat cikgu untuk kategori master serta semua atlit Kedah Fighters Silat Academy yang bertanding..
Insyallah ada rezeki kita bergabung di kejohanan silat akan datang 🫡🫡
==
Kejohanan Silat A2D Battle of Fighters
Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang
1-3 Mei 2026
Kali ni kita hantar 3 beradik saja dan bernaung di bawah Kedah Fighters utk Kejohanan Silat A2D Battle of Fighters yg akan berlangsung pada 1-3 Mei 2026 di Bukit Mertajam.
Moga ada manis² dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
26/04/2026
🔥
BAGAIMANA SILAT BOLEH ELAK ANAK ANDA KENA BULI?
Ramai ibu bapa risau tentang satu perkara yang sama.
Anak dibuli di sekolah.🥲
Kadang-kadang anak balik rumah diam sahaja.
Bila ditanya, mereka kata semuanya ok.
Tetapi sebenarnya ada kawan yang menolak, mengejek, atau mengambil barang mereka.
Ada juga ibu bapa fikir satu cara sahaja untuk elak anak dibuli.
“Kalau anak kuat berlawan, orang tak berani kacau.”
Tetapi hakikatnya silat bukan sekadar mengajar anak bergaduh.
Silat sebenarnya mengajar anak keyakinan diri, kawalan emosi dan keberanian.
Perkara inilah yang selalunya membuatkan anak kurang menjadi sasaran pembuli.
Berikut 3 perkara utama bagaimana silat membantu anak mengelakkan buli.👇🏻
⸻
1️⃣ Membina Keyakinan Diri
Pembuli biasanya memilih sasaran yang mereka rasa lemah.
Anak yang terlalu takut, terlalu pasif atau tidak yakin dengan diri sendiri selalunya mudah menjadi sasaran.
Apabila anak belajar silat, mereka mula belajar:
• berdiri dengan postur yang betul
• bergerak dengan yakin
• berani memandang orang lain
Keyakinan ini sebenarnya dapat dilihat dari bahasa badan.
Anak yang mempunyai keyakinan diri biasanya:
• tidak mudah panik
• tidak mudah takut
• berani mempertahankan diri secara bijak
Apabila pembuli melihat anak seperti ini, mereka selalunya mencari sasaran lain yang lebih mudah.
⸻
2️⃣ Belajar Kawal Emosi
Salah satu masalah dalam situasi buli ialah anak tidak tahu bagaimana untuk bertindak.
Ada anak yang:
• terus menangis
• terus marah
• terus melawan tanpa kawalan
Silat mengajar anak kawal emosi dalam tekanan.
Dalam latihan silat, anak belajar:
• fokus
• bertenang ketika berhadapan lawan
• berfikir sebelum bertindak
Ini sangat penting dalam situasi sebenar.
Apabila anak tidak panik dan boleh mengawal emosi, mereka lebih mampu:
• bercakap dengan tegas
• mempertahankan diri dengan betul
• mengelakkan pergaduhan yang tidak perlu
Silat sebenarnya mengajar disiplin dan kawalan diri, bukan keganasan.
⸻
3️⃣ Mempunyai Kemahiran Pertahanan Diri
Perkara ini juga penting.
Jika keadaan benar-benar memerlukan, anak perlu tahu bagaimana untuk melindungi diri.
Dalam silat, anak belajar asas seperti:
• menjaga jarak
• mengelak serangan
• mempertahankan diri dengan selamat
Kemahiran ini memberi anak rasa selamat dan yakin.
Apabila anak tahu mereka mampu melindungi diri, mereka tidak mudah merasa takut.
Dan sering kali, anak yang mempunyai keyakinan seperti ini jarang menjadi sasaran buli.
⸻
💡 Kesimpulannya
Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri.
Silat membantu anak membina:
• keyakinan diri
• kawalan emosi
• keberanian menghadapi cabaran
Semua ini adalah perkara penting untuk membantu anak menghadapi dunia sebenar dengan lebih kuat dan berdisiplin.
=====
Berminat nak hantar anak ke kelas silat?😊
Klik kelassilat.com
21/04/2026
[late post]
Alhamdulillah..
Syabas & Tahniah diucapkan buat wakil AOR FIGHTERS, Aaqil Rayyan [Pra Remaja Putra F],
A***n Yusuf [Pra Dini Putra B] Dan Muhammad Zharif Hifzhan [Dewasa Putra C] yang telah berjaya membawa pulang 1 pingat Emas dan 2 pingat gangsa.
Ucapan tahniah juga kepada keseluruhan pasukan TERATAI FIGHTERS yang telah berjaya membawa pulang 18 pingat daripada penyertaan 22 orang atlit keseluruhan..
4🥇
7🥈
7🥉
Terima kasih pihak penganjur, coach Muhammad Amirsufyan, Ahli Kelab Silat KPTMAS dan semua waris yg terlibat.
insya Allah.. kita jumpa lagi pada Kejuaraan Silat akan datang 🫡🫡
=
Kejohanan Silat Terbuka Kebangsaan Piala Sriwangsa Edisi 1.0
9-11 April 2026
Perkarangan Cmart Changlun, Kedah
09/04/2026
All the best team DEWASA, PRA REMAJA Dan PRA DINI
Kita kasi gegaq di Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Piala Sriwangsa Edisi 1 di Changlun
🔥🔥
26/01/2026
Jangan merasa bangga dengan segala yang kamu punya di saat ini
Jangan menjatuhkan dan merendahkan orang lain dengan kelebihan yang kamu miliki
Jangan ada rasa ingin menunjuk-nunjuk kalau kamu ada ilmu atau kamu perlu di hormati merana ada kedudukan
Jangan jadi bodoh
🔥
RESET 🔥
Persembahan LK team & jemputan sempena Majlis Perasmian Kejuaraan Piala Pendekar Utama DDRAM di Dewan Modenas, Gurun Kedah 30/12/2025 🔥🔥
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05460
Opening Hours
| Monday | 20:00 - 23:00 |
| Saturday | 20:00 - 23:00 |