DPMM Kedah

DPMM Kedah

Share

Ini adalah Laman Facebook rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah.

DPMM Negeri Kedah adalah sebuah badan yang memfokuskan isu ekonomi dan keusahawanan Melayu dan Bumiputera khususnya di negeri Kedah. DPMM Negeri Kedah adalah sebuah NGO yang antara tujuannya menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.

Photos from DPMM Kedah's post 14/06/2026

13 Jun 2026 | Alor Setar

DPMM Kedah memenuhi jemputan ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-90 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah (KCCCI) serta Ulang Tahun ke-14 Jawatankuasa Usahawan Beliau yang berlangsung di Frazer Expo & Convention Hall, Alor Setar.

DPMM Kedah diwakili oleh Yang Dipertua, Haji Zuhaizar Abdul Karim dan Mantan Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad Md Ismail.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim Chee Keong.

Majlis yang penuh gemilang ini menghimpunkan pemimpin industri, wakil kerajaan serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negeri, sekali gus memperkukuhkan jaringan kerjasama serta hubungan erat antara komuniti perniagaan pelbagai kaum di negeri Kedah.

Tahniah kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah atas sambutan ulang tahun yang bersejarah ini. Semoga terus maju dan cemerlang dalam memperkasakan pembangunan ekonomi serta keusahawanan negeri Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 13/06/2026

๐Ÿ“ Sungai Petani, Kedah | 12 Jun 2026
โœจ Program Dewanita DPMM Kedah Bersama Usahawan Bimbingan AIM Cawangan Kuala Muda.

Dewanita DPMM Kedah berpeluang menghadiri jemputan daripada Usahawan Sahabat Ikhtiar Kuala Muda bagi menjayakan sesi Penerangan Peranan DPMM serta Motivasi Keusahawanan kepada Sahabat Usahawan PBMR menerusi program โ€œBerikhtiar Menambah Rezekiโ€ yang berlangsung di Bilik Mesyuarat AIM Cawangan Kuala Muda, Sungai Petani.

Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memperkasakan usahawan wanita agar terus berdaya tahan, bersemangat serta mampu mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Bual Bicara Usahawan bertajuk โ€œDari Modal Kecil ke Impian Besarโ€ yang menampilkan dua usahawan berpengalaman sebagai panel:

๐ŸŒน Puan Safinah binti Hj. Omar - usahawan serba boleh yang memiliki pengalaman luas dalam kesetiausahaan, pengurusan perniagaan dan kewangan, hinggalah ke bidang pengauditan, percukaian, akaun, pelaburan, dan beberapa lagi cabang perniagaan, dan kini memegang peranan sebagai Pengerusi Dewannita DPMM Kedah.

๐ŸŒน Puan Hajah Asiah binti Bashah โ€“ Usahawan wanita yang menjadi lambang ketekunan dan keberanian dalam dunia peruncitan โ€“ Hajah Asiah binti Bashah, pengasas kepada rangkaian Pasaraya Borong AA Teguh yang kini sudah berkembang pesat dengan lebih 15 cawangan di negeri-negeri utara.

Melalui perkongsian yang penuh inspirasi, para peserta didedahkan kepada pelbagai cabaran dunia perniagaan, strategi menghadapi persaingan serta pengalaman membina kejayaan bermula daripada sumber dan modal yang terhad. Sesi ini turut memberi suntikan motivasi kepada para usahawan untuk terus berusaha, berinovasi dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Dewanita DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AIM Cawangan Kuala Muda atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya saing dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 12/06/2026

DPMM Kedah Hadiri Persidangan Koridor Ekonomi Malaysiaโ€“Thailand.

YDP, Hj. Zuhaizar bin Abdul Karim, bersama Penasihat DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail, telah menghadiri Persidangan Dua Hala โ€œFostering an Inclusive Economic Corridor between Southern Thailand and Northern Peninsular Malaysiaโ€ pada 11 Jun 2026 di Songkhla, Thailand.

Persidangan anjuran Prince of Songkla University (PSU) dan World Bank ini menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan bagi membincangkan pembangunan koridor ekonomi rentas sempadan Malaysiaโ€“Thailand yang lebih inklusif dan mampan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, agroperniagaan dan logistik, di samping mengenal pasti cabaran, peluang serta tindakan strategik yang boleh memperkukuh hubungan ekonomi antara Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia.

Sesi turut menampilkan pembentangan daripada Kementerian Perdagangan Thailand, NCIA, World Bank serta beberapa pakar pembangunan wilayah, sebelum diteruskan dengan perbincangan kumpulan dan sesi plenari bagi merangka cadangan tindakan serta hala tuju kerjasama pada masa hadapan.

Penyertaan DPMM Kedah mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluaskan jaringan strategik dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti usahawan serta perniagaan di Kedah.

01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan serta dilimpahi rahmat Allah SWT untuk terus memerintah dengan penuh hikmah demi agama, bangsa dan negara.

Sembah Takzim Daripada
Seluruh Kepimpinan, Ahli-Ahli dan Warga Kerja
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah Darul Aman.

DAULAT TUANKU
BERJASA โ€ข BERJAYA โ€ข BANGSA

26/05/2026

"Salam Hari Arafah 1447H! Semoga hari yang mulia ini membawa limpahan rahmat, mengampunkan segala dosa kita yang lalu dan akan datang, serta memakbulkan setiap doa yang dipanjatkan.

Salam Aidiladha daripada DPMM Kedah.

26/05/2026

Jom sertai kami dalam Forum Ekonomi Islam: Memperkasa Ekonomi Ummah Berteraskan Syariah.

Satu platform perkongsian ilmu dan inspirasi buat para usahawan serta bakal usahawan dalam memahami pembangunan ekonomi yang selari dengan prinsip syariah.

๐Ÿ“… 20 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Kompleks Pendidikan Dar Al-Maarif, Sungai Petani

Program ini terbuka kepada:
โœ… Usahawan PKS
โœ… Peniaga kecil dan mikro
โœ… Graduan
โœ… Individu yang berminat menceburi dunia perniagaan

๐Ÿ’ผ Rebut peluang untuk menimba ilmu, membina jaringan dan mendapatkan inspirasi bersama panel jemputan berpengalaman.

๐ŸŽฏ Penyertaan terhad kepada 100 usahawan terpilih sahaja!

๐Ÿ‘‡ Klik untuk pendaftaran:
https://almaarif.onpay.my/order/form/5

Sila hubungi urusetia untuk pertanyaan lanjut;
Hafizah (011-55503785) / Alyaa (017-4297334)

25/05/2026

๐Ÿ“ฃ SIRI BUAL BICARA USAHAWAN KEMBALI LAGI!

Kali ini bersama Sahabat usahawan PBMR AIM Cawangan Kuala Muda.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai siri terbaru program bual bicara usahawan bertajuk:
โœจ โ€œDari Modal Kecil ke Impian Besarโ€ โœจ

Bersama tokoh usahawan wanita DPMM Kedah yang akan berkongsi pengalaman, cabaran serta inspirasi dalam membina perniagaan mereka hingga mencapai kejayaan.

๐Ÿ“… Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: AIM Cawangan Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

๐ŸŽฏ Terbuka kepada usahawan yang ingin menambah ilmu, motivasi dan jaringan perniagaan. keutamaan kepada sahabat usahawan PBMR AIM.

๐Ÿ“ฒ Penyertaan adalah terhad.

WhatsApp nama penuh anda untuk pendaftaran:
๐Ÿ‘‰ www.wasap.my/601155080577/BualBicaraAIM

Ayuh bersama kami dalam sesi santai penuh inspirasi ini! ๐Ÿ’ผ๐ŸŒŸ

Photos from DPMM Kedah's post 19/05/2026

๐——๐—ฃ๐— ๐—  ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ข๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ญ๐—ก๐—ž ๐——๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ถ

18 Mei 2026 | Langkawi

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) atas jemputan serta peluang yang diberikan kepada usahawan di bawah DPMM Kedah untuk turut serta dalam Program Jelajah Operasi Zakat Perniagaan Menyantuni Muzakki di Langkawi.

Program ini menjadi platform yang amat bermanfaat dalam memperkukuhkan jaringan strategik antara agensi dan usahawan, di samping meningkatkan kesedaran berkaitan zakat perniagaan serta pembangunan ekonomi ummah.

Turut berlangsung sesi perkongsian bersama Syed Muhammad Firdaus Bin Syed Putra, General Manager HIG & Convention Hotel Langkawi, Nurhafilah Binti Abdul Talib, Pengurus Makk Minah Enterprise serta En. Sulaiman Bin Fuzi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Langkawi Tourism Academy yang berkongsi pandangan berkaitan pembangunan kemahiran, pengalaman perniagaan dan strategi pengembangan perniagaan yang lebih mampan serta berdaya saing.

Tahniah kepada LZNK atas penganjuran program yang memberi impak positif kepada komuniti usahawan dan muzakki di negeri Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 13/05/2026

PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PERINGKAT NEGERI KEDAH BERSAMA MPC WILAYAH UTARA
๐Ÿ“… 12 Mei 2026
๐Ÿ“ Grand Alora Hotel, Alor Setar

DPMM Kedah telah memenuhi jemputan menghadiri Program Transformasi Produktiviti Industri anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara yang berlangsung di Grand Alora, Alor Setar.

Program ini diadakan sebagai sesi libat urus bersama pemain industri bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program peningkatan produktiviti industri, di samping mendapatkan maklum balas serta data berkaitan pembangunan kerangka produktiviti negara.

MPC juga kini sedang membangunkan Kajian Kerangka Pelan Hala Tuju dan Produktiviti Nasional 2026โ€“2035 selaras dengan aspirasi Strategi A6 berkaitan Produktiviti dan Daya Saing Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Program hari ini telah menghimpunkan wakil syarikat perusahaan mikro, kecil, sederhana dan besar khususnya di peringkat pengurusan pertengahan dan operasi bagi membincangkan cabaran, peluang serta hala tuju produktiviti industri negara.

DPMM Kedah turut diwakili oleh ahli-ahli dewan yang bersama-sama mengambil peluang memperkukuh jaringan, menambah pengetahuan serta memahami inisiatif baharu yang mampu meningkatkan daya saing perusahaan tempatan.

Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri yang lebih produktif, berdaya tahan dan mampan di Negeri Kedah khususnya dalam kalangan usahawan Melayu.

12/05/2026

Dari Kedah ke Pasaran Antarabangsa โ€” Kisah Inspirasi Usahawan DPMM Kedah, Puan Nor Hathmina Ibrahim .

Nama Nor Hathmina Ibrahim kini semakin dikenali dalam industri makanan tempatan dan antarabangsa. Melalui syarikatnya, Hazra Jaya Food Enterprise, yang bermula sejak tahun 1994, beliau berjaya membina jenama makanan yang diyakini pengguna sehingga menembusi pasaran Brunei, Arab Saudi dan Afrika, malah sedang mengorak langkah ke Itali dan Washington melalui kerjasama strategik bersama MADA.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Ia lahir daripada usaha tanpa henti, keberanian menghadapi cabaran serta keyakinan tinggi dalam dunia perniagaan. Hasil dedikasi tersebut, beliau telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Usahawan KEDA 2025.

Hazra Food terkenal dengan produk pes masakan dan makanan siap dimakan yang praktikal, sesuai untuk gaya hidup moden, wanita bekerjaya dan para pengembara.

Sebagai titik perubahan, pada tahun 2020, syarikat beliau menerima geran pemadanan mesin retort berkapasiti 750 liter daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah. Teknologi ini membuka ruang kepada Hazra untuk berkembang dalam industri makanan siap dimakan serta menawarkan perkhidmatan:
โœ… Servis Retort
โœ… Kontrak Pengilangan (OEM)

Teknologi retort ialah proses mensterilkan makanan yang telah dibungkus dan diseal menggunakan haba serta tekanan tinggi. Kaedah ini membantu makanan tahan sehingga 1โ€“2 tahun pada suhu bilik tanpa bahan pengawet atau peti sejuk.

Kini, selain menghasilkan produk sendiri, perkhidmatan OEM dan retort turut menjadi antara penyumbang utama pertumbuhan syarikat dengan peningkatan pendapatan melebihi 200% pada tahun lalu.

Antara pencapaian membanggakan Hazra:
๐Ÿ… Tempat Ketiga SDSI 2015
๐Ÿ… Pensijilan ISO 22000 (2024)
๐Ÿ… Naik taraf syarikat kepada Hazra Global Sdn Bhd (2024)

Tahun ini juga menyaksikan Hazra Jaya Food genap 32 tahun dalam industri makanan.

DPMM Kedah amat berbangga dengan pencapaian Puan Nor Hathmina Ibrahim yang juga merupakan ahli DPMM Kedah. Semoga kejayaan beliau terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan tempatan untuk berani berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Jom Meretort!
Servis retort anda boleh bermula di kilang Hazra.

Usahawan yang berminat untuk menghasilkan produk makanan tahan sehingga 2 tahun boleh hubungi:

๐Ÿ“ž Kak Mina: 011-11245732

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bangunan DPMMK
Alor Setar
05700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30