Syed Hafiz

Syed Hafiz

Share

Dalam kehidupan kita saling memerlukan antara satu dengan lain. Elakkan dari bersengketa disebabkan

Photos from Syed Hafiz's post 27/05/2026

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT, serta mengajar kita erti keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan.
Di hari yang mulia ini, marilah kita memperkukuhkan silaturahim, memperbanyakkan syukur dan teruskan berbakti demi agama, bangsa dan tanah air.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

Syed Abdul Hafiz bin Syed Mustapa

16/05/2026

Selamat Haru Guru 2026.
Guru Bitara Nadi Negara.

Saya juga lahir dari keluarga seorang guru.
Saya amat memahami tugas dan tanggungjawab seorang guru.

Mungkin situasi hari ini dengan dahulu ada bezanya dengan cabaran-cabaran tersendiri.
Namun naluri seorang pendidik ini berterusan sehingga ke akhir hayat mereka.

Hari ini kita sudah pun berada di masa hadapan pendidikan negara yang diimpikan oleh kerajaan pembuat dasar dan guru-guru kita yang terdahulu.
Yang berjaya meletakkan keberadaan kita hari ini.

Dalam dunia digital hari ini cabaran sebagai seorang guru lebih getir. Dunia dihujung jari.
Kehadiran ‘Chatgpt’ lebih kepada menjadi rujukan pelajar hari ini.
Berbeza dengan cara pembelajaran kita dahulu.

Namun jangan meletakkan pembelajaran anak2 kita dibahu guru-guru hari ini.
Ibubapa juga harus memain peranan di rumah.
Tugas kita hari ini adalah bagi memastikan masa hadapan anak cucu kita lebih terjamin 20-30 tahun akan datang.
Terima kasih Cikgu…!!!

11/05/2026

Selamat ulangtahun UMNO ke 80.

Alhamdulillah.
Genap dah 80 tahun.
Mungkin usia UMNO mampu untuk capai 100 tahun.

Ketika itu mungkin kita sudah tiada di muka bumi ini.
Yang tinggal ketika itu…
Masa hadapan anak cucu kita.
Yang sedang kita rancang hari ini.

Jangan kita mudah lupa.
Kehidupan kita hari ini adalah hasil perancangan yang telah ditinggalkan oleh ayah ibu sejak zaman datuk, nenek kita dahulu.
Ketika itu…
UMNO lah tunjang kekuatan melayu.

Jangan sesekali kita lupa, jasa mereka sebagai pembuat dasar, merancang, membina dan melaksanakan amanah sebagai kerajaan sehingga kita dikenali dan dihormati.

Langit tidak selalu cerah, ajal juga tidak pernah sesekali melupakan kita.

Jadi lah rakyat yang bijak menilai, yang mana satu benar dan mana yang fitnah.
Tunjang bangsa melayu ini akan rebah oleh kerana bangsanya sendiri.
Perteguhkan ikatan.
Ketepikan perbezaan politik.
Kita ada rumah bangsa yang mampu menyatukan hati2 kita.

Selamat menyambut ulangtahun UMNO ke 80.

10/04/2026

Genap 2 tahun hari ini. Semoga Anaknda Syed Hafizul Najmi ditempatkan bersama-sama kekasih pilihanNya.
Ya Allah, ampunkan lah segala dosanya. Maafkan lah dia. Bahagiakan dia disisiMu Yang Maha Pengasih.
Hambamu ini redha dengan ketentuanMu.
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2026. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang. Sekejap masa berlalu.
Dah tak boleh nak raya seperti dulu-dulu lagi.
2 tahun yang lalu di waktu sebegini lah hambaMu ini diuji.
Semoga Allah tempatkan anakku Syed Hafizul Najmi ke dalam taman-taman syurgaNya.
Masih berpeluang lagi beraya bersama dengan abang dan adik perempuannya yang terlibat dalam kejadian menyayat hati yang takkan terpadam dalam ingatanku.
Dahulu mereka berempat, sekarang mereka bertiga.
Sebulan kita berada di Madrasah Ramadhan. Di situ ada segalanya.
Kemenangan ini harus kita pelihara sehingga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang.

Sama-sama kita bermaafan, jika ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita.
Kita cari kedamaian, ketenangan dan keamanan dalam kehidupan.
Kita hidup dengan pelbagai ujian yang berbeza, ada kesenangan dan ada keperitan. Yang pastinya kita harus bersyukur.
Negara kita masih aman dan hidup dalam toleransi agama dan kaum. Ianya harus kita pelihara.
Jangan didustakan nikmat yang telah kita kecapi. Akui lah segalanya datang dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Salam Aidil Fitri.

Photos from Syed Hafiz's post 14/03/2026

Hari ini hadir ke perasmian penutup Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran anjuran Yayasan Sinar Kasih di Masjid Ar Rahmah. Mewakili Dato’ Ketua UMNO Bahagian. Seramai lebih 200 peserta yang telah hadir pagi ini untuk membaca ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang dipimpin oleh YBhg Ustaz Hj Md Isa Abdul Rahman.
In shaa Allah… Allah telah tetapkan ganjaran dengan setiap huruf yang telah dibaca oleh hambaNya seperti yang dijanjikan.
Untuk menguji bahawa hati seseorang telah mati atau tidak, adalah apabila kita mendengar ayat2 suci ini akan mengalir air mata tersentuh jiwa dengan makna dan maksud yang cukup mendalam kepada kita.
Al Quran adalah pengubat jiwa-jiwa yang kosong. Kita yang leka atas kesibukan tugas harian.
Jadikan Al Quran sebagai teman karib yang akan setia membawa syafaat di alam sana nanti.
Manfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir Ramadhan.
Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang.

Photos from Syed Hafiz's post 06/03/2026

Semalam saya diminta hadir mewakili YBhg Dato’ Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid, merasmikan mesyuarat agong PIBG SMK Tunku Malik.
Peranan PIBG ini perlu difahami sebaiknya bagi meningkatkan pencapaian sekolah bersama murid yang cemerlang.
Masa guru bersama murid adakalanya lebih lama berbanding dengan masa ibu bapa dengan anak.
Sebagai waris, perlu buang sikap terlalu percayakan anak, anak tidak boleh ditegur atau dimarahi guru.
Sekiranya waris faham, ilmu yang ikhlas dan redha dari seorang guru itu lah yang menjamin anak2 ini cemerlang selain dari doa dan usaha dipihak kita sebagai waris.
Masing-masing ada peranan.

21/02/2026

Selamat ulangtahun kelahiran teman sepanjang hayat.
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, panjangkan umur, pelihara jodoh kita.
Ya Allah… Pelihara iman kami, terima segala amalan dan kebajikan kami, limpahkan rezki dan rahmatMu di bulan yang penuh barakah ini.
Salam Ramadhan Al Mubarak.

18/02/2026

Ya Allah, di bulan Ramadhan ini,
bersihkan hati kami, lapangkan rezeki kami,
kuatkan iman kami, dan pertemukan kami dengan Lailatul Qadar.
Semoga bulan suci ini membawa kedamaian, keberkahan, dan ampunan untuk kita semua.
Harapan besar kepada Allah agar setiap doa yang kita pohon, dikabulkan dan setiap amal kita dilipatgandakan. Aamiin.

16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua sahabat kaum Tionghua.
Mengikut kalendar lunar tahun ini Tahun Kuda!…
Semoga perayaan ini menyatukan kita dalam semangat perpaduan nasional, saling menghormati, dan meraikan kepelbagaian sebagai kekuatan bersama. Semoga keharmonian dan kesejahteraan terus mewarnai negara kita. Gong Xi Fa Cai!

Photos from Syed Hafiz's post 30/12/2025

2 kenyataan ni yang dikatakan PEKELILING… ATAU dalam bahasa ringkas nak Makan Keliling.
Jangan komen apa… Sapa tanya pun kata OK 😑🤨😑

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Lorong Kristal 3
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00