APM KOTA SETAR Pages

APM KOTA SETAR Pages

Share

SEDIA* PANTAS*BERINTERGRITI

Photos from APM KOTA SETAR Pages's post 15/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH KOTA SETAR BIL. 1 TAHUN 2026

Pengurusan bencana yang mantap, sistematik dan terancang amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan semua agensi serta mengurangkan risiko kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan impak akibat sesuatu bencana.

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Setar Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 13 Ogos 2026 (Khamis), bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Setar.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kota Setar.

Antara agenda utama mesyuarat adalah pembentangan dan perkongsian daripada agensi-agensi berkaitan, antaranya:

✓ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar
✓ Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Kedah
✓ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Setar/Pendang/Yan
✓ Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar
✓ Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar

Kapt. (PA) Abdul Haliq Rafiq Bin Mokhtar , Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar membentangkan
✓ laporan sekretariat , rekod bencana Daerah Kota Setar
✓ Pemantauan kawasan berisiko dan langkah² pencegahan bencana banjir

Mesyuarat turut membincangkan perkara-perkara berkaitan kesiapsiagaan menghadapi bencana, pemantauan risiko, tindakan pencegahan serta pengurusan dan tindakan susulan sekiranya berlaku bencana di daerah Kota Setar.

Selain itu, penglibatan penghulu-penghulu mukim turut diberi perhatian dalam memastikan penyelarasan maklumat dan tindakan di peringkat mukim dapat dilaksanakan dengan berkesan ketika menghadapi sebarang kejadian bencana.

APM Daerah Kota Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kota Setar, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. APM Daerah Kota Setar akan terus komited dalam memperkukuhkan kerjasama, koordinasi dan kesiapsiagaan bersama semua jabatan serta agensi bagi memastikan pengurusan bencana di daerah Kota Setar sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Photos from APM KOTA SETAR Pages's post 06/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁)

06 Ogos 2026 , Kota Setar - Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapt. (PA) Abdul Haliq Rafiq Bin Mokhtar telah menghadiri Sesi Lawatan Tapak Cadangan Naik Taraf Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar sebagai Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) bersama wakil-wakil agensi yang berkaitan.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau keadaan tapak serta membincangkan cadangan pelaksanaan projek yang merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menyediakan pusat pemindahan yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada mangsa bencana. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman telah dikenal pasti sebagai antara lokasi yang kerap dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Kedah.

Semoga jalinan kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat akan terus diperkukuhkan demi memastikan pengurusan bencana yang lebih cekap, sistematik dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

01/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN JULAI 🎈

“ Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya, dikurniakan
keberkatan serta diluaskan pintu-pintu rezeki. Semoga diberikan
kekuatan dalam menghadapi segala ujian.
Hari ini adalah permulaan lembaran baru, aaminn “

31/07/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2026 kepada para perwira negara.

Mengenang Jasa, Menghargai Pengorbanan. Semoga semangat perjuangan para pahlawan terus menjadi inspirasi dalam mempertahankan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara. Pengorbanan yang dicurahkan demi tanah air akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang sepanjang zaman.
Terima kasih, wira-wira negara. Jasamu dikenang, perjuanganmu disanjung.

"Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan"

29/07/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐂𝐇𝐄 𝐑𝐎𝐒𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐍𝐈

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahiwainnailaihirojiun
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Mohon sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah.
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.
Aamiin Allahumma..Aamiin Ya Mujib...

Al-fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah, Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan para Solihin , ucapan ikhlas daripada seluruh Warga APM Daerah Kota Setar .

28/07/2026

min follow trend jah 😆🔥 jasad sedang mengajar tapi fikiran di LPT ☝🏻💨

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot 1, Jln. Taman Aman, Anak Bukit
Alor Setar
06550