Ai Print

Ai Print

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ai Print, Printing Service, 309B, Lorong Perak 16, Taman Perusahaan Mergong II, Alor Setar.

One Stop Printing Solution

👕 Jersey • Uniform • Apparel
🖨️ Sticker • Flyers • Business Card
🎁 Gift • Merchandise • Packaging
📍 Signboard • Booth • Event Branding
📲 WhatsApp untuk quotation

19/08/2026

📦 PROJEK SIAP MINGGU INI

Alhamdulillah, satu demi satu tempahan jersi minggu ni dah settle dan dah boleh pos ke customer. Bila tengok parcel dah mula bertimbun macam ni, lega satu hal sebab satu batch dah selesai. 😄

Sebelum packing, kami akan check dulu setiap tempahan supaya saiz, nama, nombor dan jahitan semuanya betul. Lepas confirm okay, barulah packing dan tunggu untuk dihantar.

Terima kasih banyak kepada semua yang terus percaya buat jersi dengan AI Print. Yang tengah tunggu order masing-masing tu, team kami tengah jalan production macam biasa ya. 💪🏻

Kalau korang pun tengah plan nak buat jersi untuk team, mai sembang dengan kami. Kita bantu dari design sampai siap. 👕

18/08/2026

🎨 DTF VS SILKSCREEN PILIH IKUT BAJET

Nak print baju, DTF atau silkscreen yang lebih berbaloi? Sebenarnya dua-dua ada kelebihan masing-masing, bergantung pada design, kuantiti dan bajet anda.

Kalau tempahan tak banyak dan design ada banyak warna, gradient atau detail halus, DTF biasanya lebih sesuai. Silkscreen p**a lebih berbaloi untuk tempahan dalam kuantiti banyak, terutama kalau design menggunakan warna yang lebih simple.

Sebab tu di AI Print, kami akan tengok dulu keperluan tempahan sebelum cadangkan teknik printing yang sesuai. Bukan sekadar nak bagi hasil cantik, tapi nak pastikan kos yang anda keluarkan pun berbaloi. 👕✨

Tak pasti nak pilih DTF atau silkscreen? Mai bincang dengan kami dulu.

17/08/2026

🏃 CUSTOMER STORY

Seronok sebenarnya bila dapat tengok jersi yang sebelum ni hanya ada dalam design, akhirnya siap dan dipakai ramai-ramai masa program berlangsung. 👕🔥

Bila buat jersi untuk program s**an, cantik saja tak cukup. Material kena selesa, cutting kena ngam dan paling penting, senang nak bergerak bila dah mula beraktiviti.

Sebab tu kami s**a bila customer share gambar, video atau feedback lepas program. Dari situ kami dapat tengok sendiri macam mana jersi tu bila betul-betul dipakai, bukan sekadar masa siap keluar dari kilang.

Terima kasih kepada semua yang terus percaya dekat AI Print untuk siapkan jersi team dan program korang. Kalau ada program s**an yang tengah plan, mai sembang dengan kami. 💪

16/08/2026

🏆 TROFI & PLAK CUSTOM

Bila nak buat majlis sekolah, biasanya banyak kategori anugerah yang perlu disediakan. Dari pelajar cemerlang, pertandingan, s**an sampailah penghargaan khas semuanya perlukan trofi atau plak yang sesuai.

Di AI Print, kami sediakan trofi & plak custom mengikut tema, kuantiti dan bajet sekolah. Design boleh disesuaikan dengan logo, nama anugerah dan detail majlis supaya hasilnya tetap nampak kemas dan eksklusif tanpa perlu keluarkan bajet terlalu tinggi.

Kalau sekolah anda tengah buat persiapan untuk majlis anugerah atau hari kecemerlangan, boleh WhatsApp kami untuk bincang pilihan yang sesuai. 😊

14/08/2026

CUSTOM WOODEN MEDAL 🏅

Selalu kita nampak medal besi dengan acrylic kan? Kali ni kita buat lain sikit.

Wooden Medal pun boleh nampak cantik bila kena dengan design dan tema event. Bentuk medal boleh custom, kemudian masukkan sekali logo, nama event, tulisan atau corak yang kita nak.

Memang sesuai kalau nak buat untuk fun run, hari s**an, kejohanan, pertandingan, program sekolah ataupun event syarikat.

Paling penting, medal tu bukan setakat nak bagi dekat peserta saja. Kita nak bagi sesuatu yang bila depa balik nanti, masih rasa sayang nak buang dan boleh simpan sebagai kenangan.

Kalau ada event akan datang dan nak try buat Custom Wooden Medal, boleh mai bincang dengan team AI Print. Kita bantu dari design sampai siap. 🔥

14/08/2026

🏆 WOODEN TROPHY CUSTOM

Kalau dah menang atau dapat sesuatu anugerah, trophy tu mestilah kena nampak special sikit.

Sebab tu selain trophy yang biasa kita nampak, dekat AI Print kami boleh buat Custom Wooden Trophy ikut design dan konsep sesuatu program.

Nak bentuk macam mana, nak letak logo, nama penerima, kategori pertandingan ataupun nama program, semua boleh disesuaikan. Lagi best bila design trophy tu sendiri memang dibuat ikut identiti event.

Sesuai untuk kejohanan, pertandingan, anugerah kecemerlangan, hari s**an, program sekolah ataupun penghargaan untuk organisasi dan syarikat.

Jadi kalau dah bosan dengan design trophy yang lebih kurang sama saja, boleh try buat sesuatu yang lain p**a. 😁

Ada idea? Bagi dekat kami, kita cuba jadikan dalam bentuk Wooden Trophy.

14/08/2026

CUSTOM WOODEN PLAQUE 🔥

Nak bagi penghargaan, mestilah kita nak bagi sesuatu yang orang rasa seronok nak simpan.

Ini antara Custom Wooden Plaque yang kami hasilkan di AI Print. Design boleh dibuat ikut keperluan masing-masing, daripada bentuk plaque, logo, nama, tulisan sampailah ke susunan keseluruhan design.

Sesuai untuk buat plaque penghargaan, cenderamata, hadiah perasmian, kenang-kenangan program dan macam-macam lagi.

Yang best bila buat custom ni, kita tak terikat dengan satu bentuk saja. Nak bentuk lain, design lain atau ikut tema program pun boleh bincang dengan team kami.

Ada program terdekat dan tengah cari plaque? Boleh roger AI Print, kita bincang design macam mana yang sesuai. 😊

14/08/2026

🔥 BEHIND THE SCENE: HEAT PRESS

Nampak macam mudah letak kain, tekan mesin, siap. Tapi sebenarnya proses heat press perlukan precision untuk pastikan hasil jersi keluar seperti yang sepatutnya.

Suhu, tekanan dan tempoh pressing perlu berada pada setting yang tepat. Kalau salah satu tak kena, ia boleh beri kesan pada warna, material dan hasil akhir jersi.

Sebab tu di AI Print, operator kami akan pastikan setiap proses dibuat dengan teliti dan konsisten. Dari helai pertama sampai helai terakhir, semuanya perlu melalui setting dan proses yang betul sebelum bergerak ke bahagian seterusnya.

Inilah antara proses di belakang tabir yang kami jaga setiap hari. Sebab bagi kami, hasil jersi yang kemas bermula daripada ketepatan pada setiap proses. 👕🔥

13/08/2026

Whatsapp team kami ada dua orang yang kena banned

0134704326 - Aiman
01129835987 - Iman

Kalau nak contact semula dengan iman dan aiman, boleh whatsapp dulu nombor ⁨019-300 7099

12/08/2026

💪 DTF STRETCH TEST

Antara benda yang ramai risau bila pilih DTF adalah ketahanan print. Cantik masa baru siap memang satu hal, tapi macam mana p**a bila baju dah selalu dipakai dan kain kerap meregang?

Sebab tu kali ni kita buat DTF Stretch Test. Kita tarik kain dan tengok sendiri macam mana keadaan print bila berdepan dengan regangan. DTF yang berkualiti bukan sekadar warna kena cantik dan detail kena sharp, tapi print juga perlu melekat dengan baik pada kain dan tak mudah pecah bila diregangkan. 👕

Di AI Print, kami jaga proses DTF dari printing sampai heat press supaya suhu, tekanan dan proses aplikasi dibuat dengan betul. Detail macam ni yang memainkan peranan pada kualiti dan ketahanan hasil akhir.

Nak tengok macam mana DTF kami bila kena stretch? Tengok sampai habis. 🔥

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


309B, Lorong Perak 16, Taman Perusahaan Mergong II
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00