Pak Njang Basir
istiqomah dengan islam
26/06/2025
Selamat Tahun Baru Islam 1447H!
Moga Awal Muharam ini menjadi titik permulaan untuk kita sekeluarga memperbaiki diri, mempererat kasih sayang dan memperkuat iman.
Jadikan hijrah sebagai perjalanan hati – daripada biasa menjadi luar biasa. 🌙✨
“Setiap hijrah yang ikhlas pasti akan ditunjukkan jalannya oleh Allah.”
{Abdul Basir Bin Hj Ahmad}
19/06/2025
“KE ARAH KEDAH BERSIH” PROGRAM GOTONG ROYONG DAN LIBAT URUS AHLI MAJLIS, Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS ZON 5 DI PASAR BILLION DAN SEKITAR PEREMBA, ALOR SETAR."
19 JUN 2025, KHAMIS :
Program Gotong-royong anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar bertempat di kawasan jagaan Paknjang iaitu Zon 5 Peremba.
Turut bersama dalam program ini ialah Ahli Majlis,Tuan Nasran Kamil wakili Dato' Bandar,En Kamaruddin Pengarah Kesihatan MBAS,En Nazlan Penghulu Mukim Teluk Kecai Majlis Ketua Kampung dan lain-lain melibatkan seramai 100 orang terdiri daripada penduduk Taman, kakitangan MBAS, SWCorp serta E-Idaman Sdn. Bhd.
Tujuan utama program gotong royong ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasan kediaman dan dapat mengurangkan kesan banjir kilat serta penularan wabak penyakit berjangkit seperti denggi yang sering berlaku di kawasan tersebut.
14/09/2024
LAWATAN KE SYARIKAT ACM
Hari ini Pak Njang berpeluang untuk turut serta dalam sebuah lawatan ke Syarikat ACM. Tidak asing lagi jenama ini ditelinga pesawah-pesawah, sebuah syarikat pengeluar produk racun yang cukup terkenal di semenanjung Malaysia.
Pak Njang selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK i-ii Kuala Sungai diberikan peluang untuk mendengar sendiri penerangan tentang produk racun yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan seperti Fujione, Cuproxat, Samibasa & lain-lain.
Rombongan Pak Njang, turut ditemani Ketua Unit & bersama Ketua Peladang Muda (KPM) & Ketua Peladang Nita (KPN). Bertempat di Kilang Racun ACM Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kami turut diperkenalkan dengan produk baru iaitu Staner. Racun ini dikatakan mampu merawat penyakit seperti bakteria yang menjangkiti padi.
Jelas sekali, penerangan yang diterangkan oleh pegawai ACM ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan penjagaan tanaman padi dan bakteria.
Sebelum beransur pulang, Pak Njang mewakili PPK Kuala Sungai menyampaikan sedikit cenderahati tanda terima kasih kepada syarikat dengan diserahkan kepada wakil Syarikat ACM, iaitu CEO, Tuan Haji Fakri.
-Pak Njang Basir
13/09/2024
KERETAPI SARONG ALOR SETAR 2024!!
Keretapi Sarong kembali lagi, untuk edisi ke-8 dan edisi PERTAMA di Alor Setar! Keretapi Sarong 2024 (KS24) kali ini bertemakan “Bangga Malaysia” dan akan diadakan pada 14 September 2024 di Stesen Keretapi Lama Alor Setar.
Lebih menarik lagi, KS2024 Alor Setar akan menampilkan pelbagai acara bermula 12/9/2024 sehingga 16/9/2024 selaras dengan tema acara seperti jualan vendor, pertandingan mewarna, Open Mic dan pelbagai acara lain lagi.
14hb September pakat ramai-ramai singgah ke Stesen Keretapi Lama Alor Setar!
12/09/2024
Benda lagu ni boleh buat oqhang laki qalit..
Menghiburkan oooo...
Sapa setuju angkat tangan🙋🏻♂️
-Projek mencantikkan kampung di Telok Talipon
11/09/2024
MENYELESAIKAN MASALAH PESAWAH
Menerima aduan daripada wakil peladang iaitu Encik Nawawi Ismail, berkaitan masalah laluan keluar masuk lori padi & jentera pesawah.
Isu yang timbul di Kampung Telaga Juan itu, mendapat perhatian daripada pihak MADA. Pak Njang selaku Pengerusi PPK i-ii Kuala Sungai telah turun sendiri dan meninjau keadaan di sana.
Kami mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menurap batu di jalan tersebut. Pak Njang menzahirkan ribuan terima kepada pihak kontraktor iaitu Encik Isa atas kerjasama yang diberikan bagi membantu menurap jalan itu.
Turut hadir sama pegawai-pegawai PPK i-ii Kuala Sungai serta penduduk kampung.
InshaAllah, Pak Njang akan cuba sedaya-upaya membantu para pesawah dan penduduk kampung menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami selaku di pihak PPK & Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kubang Rotan mewakili YB Dato Salleh Saidin sentiasa terbuka untuk membantu orang kampung.
-Pak Njang Basir
10/09/2024
HEBAHAN TAPAK PASAR MALAM BARU DI ALOR SETAR | Kepada Semua Peniaga Pasar Malam.
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan membuka TAPAK PASAR MALAM BARU DI TAPAK PASAR MALAM KG. BERJAYA. Pelbagai Jenis jualan dibuka di pasar malam ini dan akan bermula pada 19 SEPTEMBER 2024.
Jom meriahkan tapak pasar malam Kg. Berjaya yang akan beroperasi SETIAP HARI bagi memudahkan orang ramai membuat pembelian bahan mentah (sayur-sayuran, buah-buahan, dll), juadah makanan dan sebagainya.
Peniaga-peniaga yang berminat mengisi kekosongan tapak sila hubungi BAHAGIAN PASAR DAN PENJAJA, JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN, MBAS ditalian 04-7308751.
Berita RTM
Suara.TV
Warta Kedah
10/09/2024
HEBAHAN | Kekosongan Ruang Niaga Komersial Majlis Bandaraya Alor Setar UNTUK DISEWA.
SENARAI RUANG NIAGA sila rujuk lampiran.
MAKLUMAT LANJUT sila hadir terus ke –
Pejabat Unit Pengurusan Harta Komersial, Bahagian Pengurusan Harta, MBAS, Aras 2, Bangunan UTC Kedah.
Atau HUBUNGI: 04-7000119
10/09/2024
Satay gedabak?
"gedabak" nih istilah yang selalu oqhang Kedah pakai, membawa maksud besaq tak sangga.
Haaa tudia.. "sangga" ni apa pulak? Maksud dia "sungguh". Makna kata satay ni besar sungguh!
Haishh laaa.. tu pun Pak Njang nak kena ajaq..
Oqhang Kubang Rotan jangan dok buat lekeh nahh.. hampa kalau nak try boleh mai dekat Taman Kubang Rotan Perdana. Pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan di sini.
Macam-macam lagi kawan Pak Njang juai. Dari petang sampai lah ke malam!
Hampa jangan tanya Pak Njang Basir kata sedap ka dak, kena mai try dulu baru tau rasa lagu mana.
Pakat dok qalit apa lagi? Maih kaihhh!
-Pak Njang Basir
08/09/2024
Dari Kubang Rotan ke Kuala Kedah,
Pergi membantu penduduk sekitar,
Mesin rumput kemudian beribadah,
Pak Njang mai merdekakan alam sekitar,
”Pak Njang Basir! Jom turun pi bersih Kola Kedah!” - Ujar YB pada Pak Njang.
Syukur alhamdulillah, Pak Njang seronok dapat meluangkan masa dengan anak-anak muda dalam sebuah program bertemakan "Merdekakan Alam Sekitar".
Sejumlah 100 sukarelawan telah turun ke Kuala Kedah menjayakan program tersebut. Program gotong-royong mega ini bermula dari Kampung Lorong 8 Kuala Kedah, bantu membersihkan rumah asnaf di sana. Kemudiannya, perjalanan kami diteruskan ke Pantai Leman.
Pak Njang selaku Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit. Khususnya penganjur dari PKWR Kubang Rotan dengan kerjasama Ikatan Belia Kuala Kedah , AIU, UKM, MKK serta penduduk setempat.
YB Dato Salleh Saidin selaku ADUN Kubang Rotan merangkap EXCO Kerajaan Negeri, turut berkesempatan turun bersama-sama menjayakan program ini. InshaAllah, harapan Pak Njang semoga program sebgini rupa dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pak Njang Basir
Ahli Majlis MBAS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kampung Kubang Rotan
Alor Setar
06250