MBAS Puspanita
Kakitangan wanita MBAS dan Isteri kakitangan lelaki MBAS
21/05/2026
Sambutan Hari Guru Tahun 2026:
Wakil PUSPANITA MBAS telah mengiringi Y.Bhg Datuk Bandar bagi menzahirkan penghargaan kepada para pendidik sempena sambutan Hari Guru Tahun 2026. Dua buah sekolah yang terletak di dalam pusat Bandar Alor Setar telah terpilih bagi lawatan tersebut iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa S dan Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq. Dalam lawatan tersebut Y.Bhg Datuk Bandar telah menyampaikan kek dan memberi ucapan penghargaan kepada para pendidik yang telah banyak berjasa dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. Turut hadir bersama adalah Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dan Pengerusi Biro Kebudayaan PUSPANITA MBAS.
BAZAR PRELOVED PUSPANITA MBAS KEMBALI LAGI!
Jom serbu pelbagai pilihan pakaian preloved dengan harga serendah RM3 β RM5 sahaja!
Nak cari baju raya, pakaian harian, aksesori dan banyak lagi? Inilah tempatnya!
π
22 β 23 Mei 2026
β° 9.30 Pagi β 11.00 Malam
π Tapak Pameran Festival Hari Belia Negara
Dataran Star Walk, Alor Setar
Murah β’ Cantik β’ Berbaloi
Sokong gaya hidup lestari dengan membeli pakaian preloved
Ayuh datang beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang tawaran hebat ini!
JOM KEMAS RUMAH & BERKONGSI REZEKI!
π
14 β 18 Mei 2026
π 9.00 pagi β 6.00 petang
π Sebelah CafΓ© Tok Keramat, Majlis Bandaraya Alor Setar
Sertai :
Kempen Jom Kemas Rumah (3R β Reduce, Reuse, Recycle)
Kempen Sedekah Baju Raya Terpakai
Tukar barangan kitar semula kepada wang melalui konsep
βTrash to Cashβ | β Sampah kepada Duitβ
π Kertas | π₯« Logam/Tin | π§΄ Plastik | π’οΈ Minyak masak terpakai & lain-lain
Sumbangkan baju raya yang masih elok untuk mereka yang memerlukan
π Baju hendaklah digantung menggunakan penyangkut
π Pertanyaan:
Encik Syamim β 019-5066757
Puan May β 017-5197336
10/05/2026
Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Seorang ibu adalah insan istimewa yang sentiasa menjadi kekuatan dalam setiap langkah kehidupan.
Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan kasih sayang yang melimpah ruah.
βSyurga itu di bawah telapak kaki ibu.β β€οΈ
Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu. Terima kasih kerana menjadi insan terhebat dalam hidup kami.
24/03/2026
Pada 16 Mac 2026 Majlis Bandaraya Alor Setar telah menganjurkan *Program Iftar (Potluck) Mahasiswa Kedah Raya Alor Setar* . Program ini turut disertai PUSPANITA MBAS melalui Biro Kebajikan yang berkonsepkan jamuan berbuka secara potluck. Program ini turut diserikan dengan aktiviti pengedaran juadah berbuka kepada pengunjung yang hadir di Dataran Starwalk untuk sama-sama berbuka puasa. Program ini turut dimeriahkan dengan pemberian wang infaq hasil kutipan daripada Pengerusi PUSPANITA MBAS, ahli jawatankuasa serta kakitangan MBAS. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
21/03/2026
JEMPUTAN RASMI
PUSPANITA MBAS dengan kerjasama SWCorp menjemput semua untuk bersama-sama menjayakan Kempen Elak Pembaziran Makanan (Food Waste) Bazar Ramadan.
Program ini turut disertai oleh YBhg. Datin Fauziah, Pengerusi PUSPANITA MBAS, sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengurangkan pembaziran makanan.
Marilah kita bersama-sama menyokong inisiatif ini demi kelestarian alam dan kesejahteraan komuniti.
Jom sama-sama kita elak pembaziran!
21/03/2026
SUMBANGAN KEBAJIKAN: BAKUL KASIH RAMADAN
PUSPANITA MBAS
Program ini merupakan inisiatif kebajikan PUSPANITA Negeri Kedah dengan pemberian bakul makanan kepada 300 ahli yang layak. PUSPANITA MBAS turut membantu mengenal pasti penerima. Sumbangan diperoleh daripada Lotusβs Mergong dan diedarkan kepada penerima pada awal Ramadan.
β’ Memupuk semangat kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan ahli.
β’ Memberi sokongan moral serta meringankan beban ahli yang kurang berkemampuan, sakit atau ditimpa musibah.
Senarai Penerima (contoh)
β’ Puan Rohana Binti Mohamad
β’ Puan Halimah Binti Ibrahim
Disampaikan oleh Puan Noor Shuhada Binti Elias, wakil kepada Pengerusi PUSPANITA MBAS di Bahagian Audit Dalam, MBAS, dengan keutamaan kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungan.
08/03/2026
Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita hebat di dunia.
Terima kasih atas kekuatan, pengorbanan dan kasih sayang yang kalian berikan setiap hari.
Wanita bukan sekadar inspirasi, tetapi juga pemangkin perubahan.
Mudik ke hulu mencari palas,
Untuk ketupat di hari raya,
Jasa wanita tidak terbalas,
Sehingga membentuk keluarga bahagia.
Ikhlas daripada,
Datuk Bandar, Setiausaha, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Alor Setar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Majlis Bandaraya Alor Setar
Alor Setar
05350