RAXDI - Digital Solutions

RAXDI - Digital Solutions

Share

RAXDI merupakan sebuah agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang digital. RAXDI sedia menawarkan

RAXDI menawarkan perkhidmatan Periklanan Berbayar, Khidmat Rundingan Digital, Audit Digital, Strategi Pemasaran dan Pembinaan Website serta Mobile Apps. Dengan kemahiran yang ada pada kami, kami percaya bahawa perkhidmatan yang kami tawarkan adalah yang terbaik untuk kepuasan anda.

31/05/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku

Photos from RAXDI - Digital Solutions's post 31/05/2026

Bisnes Baru Perlu Ke Google Ads?
=====
Ramai pemilik bisnes baru tertanya-tanya:
“Perlu ke terus buat Google Ads?”
“Atau tunggu bisnes stabil dulu?”

Jawapannya… bergantung pada matlamat bisnes. Kalau nak orang mula kenal bisnes dengan lebih cepat, Google Ads boleh jadi salah satu cara paling pantas untuk dapatkan visibility di Google.

Bayangkan pelanggan sedang search:
• “kedai printing”
• “servis aircond”
• “catering area sini”

Dan bisnes kita terus muncul di bahagian atas carian. Itulah fungsi Google Ads.

No.1: Google Ads Bantu Bisnes Baru Cepat Dikenali
===
Untuk bisnes baru, cabaran paling besar ialah orang belum kenal kita. SEO memang bagus, tetapi biasanya ambil masa.

Google Ads p**a boleh bantu website atau servis kita muncul lebih awal sementara jenama sedang dibina.

No.2: Sesuai Untuk Tarik Prospek Yang Memang Mencari
===
Berbeza dengan sesetengah platform lain, Google Ads target orang yang memang sedang mencari servis atau produk tertentu.

Maksudnya, peluang untuk dapat prospek yang lebih berkualiti juga lebih tinggi.

No.3: Tapi Jangan Terus Jalankan Iklan Tanpa Persediaan
===
Ramai ingat tekan “Start Campaign” terus dapat jualan. Hakikatnya, sebelum buat Google Ads, pastikan:
• Website atau landing page siap
• Servis & pricing jelas
• Ada CTA yang mudah difahami
• Target keyword sesuai

Kalau asas tidak kuat, iklan mungkin jalan… tapi hasil kurang.
Bisnes baru memang boleh guna Google Ads, malah ia boleh bantu cepatkan pertumbuhan. Tetapi Google Ads bukan “magic button”.

Ia akan jadi lebih efektif bila digabungkan dengan strategi, setup dan positioning yang betul. Bila pelanggan search, pastikan bisnes kita ada di depan mata mereka.

26/05/2026

Aidiladha Penuh Bersejarah,
Melihat Pengorbanan ISMAIL anaknya IBRAHIM
IMAN penuh di dada melaksanakan perintah ILAHI
Semoga menjadi pedoman erti PENGORBANAN sebenar

Salam Aidiladha yang penuh dengan keberkatan. Semoga amalan korban kita diberkati oleh Allah SWT.

Salam Aidiladha dari kami Team RAXDI buat semua umat Islam

Photos from RAXDI - Digital Solutions's post 24/05/2026

Apa itu “Update” Di Google Business Profile
====
Bisnes online sudah menjadi platform baru untuk pelbagai bisnes dan masih terdapat salah konsep yang bisnes memerlukan wang yang banyak untuk melepasi pesaing.

Mungkin ada benarnya tapi tidak semestinya jika sudah ada sumber percuma seperti Google Business Profile (GBP) yang boleh bantu kita capai visibility lebih efektif dan berpatutan.

Malah beberapa widget dalam GBP boleh memaksimumkan potensi penyenaraian untuk muncul dalam carian. Jadi artikel ini akan melihat kegunaan “Update” GBP untuk bisnes kita.

No.1: GBP Ini Apa?
====
Google Business Profile (GBP) ialah profil rasmi bisnes kita di Google. Bila pelanggan cari nama bisnes atau servis tertentu, profil inilah yang biasanya muncul di Google Search dan Google Maps.

Dalam profil ini, pelanggan boleh lihat:
• Lokasi bisnes
• Waktu operasi
• Nombor telefon
• Website
• Gambar & review pelanggan

Pendek kata, GBP membantu pelanggan kenal dan hubungi bisnes kita dengan lebih mudah.

No.2: Apa Maksud “Update” Dalam GBP?
====
“Update” ialah fungsi posting dalam GBP. Ia membolehkan kita berkongsi:

• Promosi terkini
• Produk baru
• Event atau announcement
• Perubahan waktu operasi
• Tips atau info berkaitan bisnes

Fungsi ini lebih kurang seperti membuat posting di media sosial, tetapi ia dipaparkan terus di profil Google kita.

No.3: Kenapa “Update” Ini Penting?
====
Ramai tidak sedar bahawa profil yang aktif lebih mudah mendapat perhatian Google dan pelanggan.

Bila kita rajin buat update, profil nampak lebih hidup, pelanggan lebih yakin dan juga peluang untuk muncul dalam carian tempatan lebih tinggi.

Selain itu, pelanggan juga boleh nampak bahawa bisnes kita masih aktif beroperasi dan sentiasa dikemaskini.

No.4: Apa Patut Dipost?
====
Tidak perlu terlalu kompleks. Antara content yang sesuai:
✔️ Promo atau diskaun
✔️ Produk terbaru
✔️ Gambar suasana kedai
✔️ Testimoni pelanggan
✔️ Tips berkaitan servis atau produk

Yang penting, konsisten dan relevan dengan bisnes kita.
Ramai fokus pada iklan semata-mata, tetapi lupa bahawa GBP juga boleh menjadi “senjata” penting untuk tarik pelanggan secara organik.

Dengan fungsi “Update”, bisnes kita bukan sahaja lebih mudah dijumpai, malah nampak lebih aktif, profesional dan dipercayai.

Kadang-kadang, pelanggan pilih bisnes bukan sebab paling murah… tetapi sebab profilnya nampak lebih yakin dan aktif.

21/05/2026

3 Kaedah Mulakan Bisnes

Ramai nak berniaga, tapi takut nak mula sebab rasa semuanya perlukan duit yang banyak dan pengalaman yang besar.

Sebenarnya, ramai usahawan berjaya bermula dengan apa yang mereka ada dulu.
Yang penting ialah strategi, tindakan dan consistency.

Video ni akan kongsikan 3 kaedah yang boleh bantu anda mulakan bisnes dengan lebih yakin dan teratur.

17/05/2026

Selalu Nampak “Sponsored” Dekat Google, Apa Itu?
====
Pernah ke tidak bila search sesuatu di Google, anda nampak perkataan “Sponsored” di bahagian atas hasil carian?

Contohnya bila cari, “aircond service”, “kedai printing”, “hotel Penang” biasanya akan ada beberapa website pertama ada label “Sponsored”. Itu sebenarnya ialah iklan berbayar melalui Google Ads.

Apa Maksud “Sponsored”?
===
“Sponsored” bermaksud bisnes tersebut membayar untuk paparkan website mereka di bahagian atas carian Google.

Ia berbeza dengan hasil carian biasa (organic search) yang naik secara semula jadi melalui SEO.

Dengan Google Ads, bisnes boleh:

>Muncul lebih cepat di carian Google
>Sasarkan keyword tertentu
>Tarik pelanggan yang sedang mencari servis mereka

Kenapa Banyak Bisnes Guna Google Ads?
===
Ini sebab, ia membantu bisnes muncul di depan pelanggan pada waktu yang tepat.

Contohnya:
Jika seseorang cari “bengkel tayar near me”, kemungkinan besar mereka memang perlukan servis tersebut sekarang.

Jadi Google Ads membantu bisnes muncul ketika pelanggan sudah ada niat untuk membeli atau bertanya.

Adakah Semua Sponsored Ads Berkesan?
===
Tidak semestinya. Iklan yang berjaya biasanya ada:

- Keyword yang tepat
- Copywriting yang menarik
- Landing page yang baik
- Target audience yang sesuai

Kalau setup salah, iklan mungkin dapat banyak klik tapi tiada hasil.
Label “Sponsored” di Google sebenarnya ialah sebahagian daripada strategi digital marketing yang digunakan oleh banyak bisnes hari ini.

Ia membantu tingkatkan visibility, tarik prospek dan percepatkan peluang jualan, terutamanya dalam pasaran yang sangat kompetitif.

Sebab itu ramai bisnes mula melabur dalam Google Ads untuk pastikan mereka mudah dijumpai pelanggan di waktu yang paling penting.

09/05/2026

Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi.

Selamat Hari Ibu!

05/05/2026

3 Sebab Perlu Rebrand

Sales makin slow walaupun produk masih sama?
Mungkin masalahnya bukan produk… tapi brand anda dah tidak resonate dengan audience sekarang.

Kalau brand nampak outdated, orang akan assume bisnes pun sama.
Sebab itu rebrand penting untuk kekal relevan dan dipercayai.

Rebrand bukan sekadar tukar logo… Tonton untuk tahu lebih lanjut.

Perlukan servis digital? DM untuk tahu lebih lanjut

Photos from RAXDI - Digital Solutions's post 05/05/2026

5 Cara Kenalpasti Jika Website Bermasalah
=====
Bisnes sudah semakin banyak membina website sendiri untuk mudah berurusan terus dengan pelanggan walaupun tidak bersemuka.

Website sepatutnya bantu tarik pelanggan dan jana jualan. Tapi kalau website ada masalah, ia boleh jadi punca trafik ada tapi hasil tiada.

Jadi, macam mana nak tahu website bermsalah? Perhatikan tanda-tanda ini.

No.1: Loading Lama Sangat
====
Sekarang ini semua nak cepat, jika website ambil masa lebih dari beberapa saat untuk dibuka, alamatnya ramai pelawat akan terus keluar sebab ingat page tidak wujud.

Website yang lambat bukan sahaja ganggu pengalaman pengguna, malah boleh menjejaskan ranking di Google.

No.2: Traffic Ada, Tapi Tiada Conversion
====
Kita lihat data ramai pelawat masuk, tapi tiada pembelian atau pertanyaan. Kenapa?
Ini mungkin berpunca daripada:

• Mesej tidak jelas
• Tiada CTA yang kuat
• Susun atur yang mengelirukan

Website bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk mendorong tindakan. Jika tindakan tidak jelas macam mana nak convert?

No.3: Tidak Mesra Mobile
====
Kemudahan untuk akses internet di mana jua menyebabkan majoriti pengguna melayari website melalui telefon.

Jika website susah dibaca, butang kecil atau layout lari, website yang sepatutnya menarik pelawat menjadi penghalau pelanggan yang berpotensi.

No.4: Kadar Bounce Tinggi
====
Satu lagi, jika kita lihat pelawat masuk dan keluar dalam masa singkat, ini tanda mereka tidak jumpa apa yang dicari.

Mungkin kandungan website tidak relevan atau pengalaman pengguna kurang baik. Mungkin juga pelawat masuk cari produk yang diiklankan tapi sukar jumpa atau tiada CTA jelas ‘pimpin’ mereka untuk check out produk.

No.5: Maklumat Tidak Lengkap atau Lapuk
====
Sekarang ramai orang layari internet untuk tahu maklumat sah sesuatu bisnes. Jadi alamat, nombor telefon atau info servis yang tidak dikemas kini boleh mengurangkan kepercayaan pelanggan.

Malah lebih teruk, jika website kita nampak “terbiar” ia akan memberi imej negatif kepada bisnes.
Website yang bermasalah bukan sekadar isu teknikal, tetapi boleh menjejaskan kepercayaan dan jualan.

Jika anda nampak tanda-tanda ini, mungkin sudah tiba masanya untuk audit dan baiki website supaya ia benar-benar berfungsi sebagai alat pemasaran yang efektif.

Nak bina website mesra pelawat dan Google? DM kami.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua para pekerja yang sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal di muka Bumi ini, tidak kira di mana pun anda berada!

Semoga anda menikmati Hari Pekerja dengan tenang dan ceria. Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras anda yang menyumbang kepada kejayaan setiap hari!

Rehatlah hari ini, jangan terlalu sibuk mengejar kerja sehingga terlupa membina kehidupan.

Selamat Hari Pekerja!

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


170A, Tingkat 1, Perindustrian Kristal Fasa II
Alor Setar
05150