Worksyop TSM KEDAH

Worksyop TSM KEDAH

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Worksyop TSM KEDAH, Telecommunication Company, worksyop tsm ipk kedah Jalan stadium, Alor Setar.

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 09/04/2026

✨ Sambutan Hari Raya Aidilfitri ✨

Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Kontinjen Kedah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh meriah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran SUPT Hamdan bin Edwin, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah serta DSP Mohd Azwari bin Hasan, Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu pejabat polis kontinjen Kedah.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah pesara-pesara polis yang pernah berkhidmat di Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat IPK Kedah.

Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai, anggota serta pesara, di samping menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam pasukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 22/04/2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WORKSYOP TSM IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH

21/4/2025 (Isnin) - Majlis yang berlangsung meriah ini bertempat di Hotel Jerai Alor Setar Kedah.
Meskipun syawal hampir ke penghujungnya, kemeriahan jelas terasa dengan kehadiran YDH DSP Mohd Shahizal Bin Abdul Aziz Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Turut Hadir Pegawai teknikal Inspektor Mohd Syafiq Bin Mohd Yusof.

Pelbagai juadah enak disediakan buat para tetamu, diiringi dengan lagu-lagu tradisional dan nostalgia raya yang menambahkan seri di majlis hari raya ini. Tetamu juga berpeluang merakam detik indah di sudut photo booth yang disediakan khas sebagai kenangan.

Tahniah diucapkan kepada semua sekretariat Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertungkus lumus dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan InshaAllah kita bertemu lagi pada syawal yang akan datang.

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 11/04/2025

11 APRIL 2025 - Aktiviti hujung minggu warga Worksyop TSM IPK Kedah.

Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga Worksyop TSM IPK Kedah. Dalam aktiviti seperti ini, ia mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah melatih diri untuk bersabar, berkomunikasi dengan lebih baik dan bekerjasama antara satu sama lain.

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 10/09/2024

✨MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP WORKSYOP TSM IPK KEDAH 2024✨

10 September 2024, Alor Setar- Selesai berlangsung pertandingan badminton tertutup warga Worksyop TSM IPK Kedah yang berlangsung di gelanggang badminton sekitar Alor Setar, Kedah.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang 👏👏💪💪

🥇Johan : SJN Azwan & L/KPL Wan Hasbullah
🥈Naib Johan : Kpl Fazreen & Konst Iqmal
🥉Tempat Ketiga : SJN Rosli & KPL Fazil
Tempat keempat : SJN Rozi & L/KPL Izwan
Pemain Meningkat naik : L/KPL Corye Waybin
Pemain Harapan : SM Suhaimy Bin Zakaria

Majlis penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh pegawai teknikal Worksyop TSM IPK Kedah Inspektor Mohd Syafiq Bin Mohd Yusof, turut sama ketua worksyop TSM IPK Kedah SM Suhaimy Bin Zakaria.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga worksyop TSM IPK Kedah yang terlibat menjayakan program hingga selesai dengan jayanya.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 07/09/2024

7 September 2024 - Warga Worksyop TSM IPK Kedah Memenuhi undangan ke majlis perkahwinan MUHAMMAD AIZUDDIN BIN ABDULLAH SUKAR dan pasangannya NUR FARAH HANIM BINTI CHE AZIZAN.

Tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin.
Semoga Allah memberkati ikatan suci ini dan menjadikan anda berdua sebagai pasangan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 02/09/2024
Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 02/09/2024

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT WORKSYOP TSM IPK KEDAH

Alor Setar, 02 Sep 2024 - Program dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat kepada semua warga Worksyop TSM IPK Kedah dengan menganjurkan aktiviti Sukan Badminton.

Program ini turut dapat mempertingkatkan lagi gaya hidup yang lebih sihat kepada semua warga Worksyop TSM IPK Kedah.

Turut hadir pegawai Teknikal Worksyop TSM IPK Kedah Inspektor Mohd Syafiq Bin Mohd Yusof

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 04/05/2024

SEJAMBAK BUDI, SEHARUM KASTURI

02.05.2024 (KHAMIS)

MAJLIS PERSARAAN DAN PERTUKARAN ANGGOTA TEKNIKAL TSM IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH.

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 31/01/2023

31.01.2023 - SITE SURVEY KAMPUNG JERAGAN

Photos from Worksyop TSM KEDAH's post 29/01/2023

29/01/2023- Coverage RMPnet - Air Terjun D' Perangin

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Worksyop Tsm Ipk Kedah Jalan Stadium
Alor Setar
05560