Program Mega Prisma

Program Mega Prisma

Share

Selamat datang ke page rasmi Program Mega PRISMA ! AKSARA
2. SAHARA
3. KARISMA
4. SYURA
5. MAT

Page ini ditubuhkan khusus sebagai platform rasmi hebahan-hebahan berkenaan info setiap program mega berikut:

1.

16/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ KIRA DETIK: 2 HARI LAGI ]

Assalamualaikum WBT.

Hanya dua hari lagi sebelum tirai dibuka untuk sebuah pertemuan yang bakal menghimpunkan kembali kenangan, perjuangan dan kejayaan yang pernah dikongsi bersama.

Perjalanan di bumi Jordan mungkin hampir ke penghujungnya, namun setiap pengorbanan, persahabatan yang terjalin dan ilmu yang diperoleh akan terus menjadi sebahagian daripada warisan yang dibawa ke masa hadapan.

Marilah bersama-sama menghadiri majlis yang bakal meraikan sebuah pencapaian, mengenang sebuah perjalanan dan mengabadikan detik yang penuh bermakna.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

15/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ KIRA DETIK: 3 HARI LAGI ]

Assalamualaikum WBT.

Tiga hari lagi sebelum kita kembali berhimpun di bawah langit yang sama, meraikan sebuah perjalanan yang pernah dipenuhi air mata, tawa dan pengorbanan.

Setiap helaian kenangan di bumi Jordan bakal bertemu penghujungnya, namun persahabatan, ilmu dan setiap langkah yang pernah diukir akan terus hidup sebagai sebahagian daripada kisah yang tidak akan dilupakan.

Ayuh bersama-sama hadir ke pentas yang bakal mengabadikan sebuah perjalanan dan melakar sebuah warisan.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

Photos from Program Mega Prisma's post 15/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ ATUR CARA DAN ETIKA BERPAKAIAN ]

Assalamualaikum WBT.

Berikut merupakan atur cara dan etika berpakaian bagi Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sehubungan itu, para graduan dan peserta diseru untuk meneliti panduan yang telah ditetapkan agar setiap detik majlis dapat diraikan dengan penuh tertib dan berwibawa.

Semoga hari yang bermakna ini mengabadikan sebuah kenangan indah serta menjadi langkah pertama menuju perjalanan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ POSTER UTAMA ]

Assalamualaikum WBT.

Setiap langkah yang ditempuh menyimpan kisahnya yang tersendiri. Di sebalik setiap kejayaan, tersulam pengorbanan, ketabahan dan doa yang tidak pernah putus.

Kini, tibalah saat untuk kita kembali berhimpun, mengimbau sebuah perjalanan dan bersama-sama meraikan para graduan yang telah mengukir sejarah serta meninggalkan sebuah warisan yang akan terus dikenang.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ STATUS SUMBANGAN 2.0 ]

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, Majlis Konvokesyen PRISMA telah berjaya mengumpul sebanyak 18% daripada jumlah sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini.

Setiap sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang telah diberikan. Untuk makluman, setiap lebihan sumbangan akan digunakan bagi menampung keperluan sepanjang program. Segala resit dan bukti pembayaran boleh disalurkan terus kepada Bendahari atau Pengarah Majlis Konvokesyen.

Pengarah Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Sheikh Muinuddin
https://wa.me/+601156682757

Bendahari Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Akmal Harith
https://wa.me/+60185967932

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ STATUS SUMBANGAN 1.0 ]

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, Majlis Konvokesyen PRISMA telah berjaya mengumpul sebanyak 11.58% daripada jumlah sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini.

Setiap sumbangan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan yang telah diberikan. Untuk makluman, setiap lebihan sumbangan akan digunakan bagi menampung keperluan sepanjang program. Segala resit dan bukti pembayaran boleh disalurkan terus kepada Bendahari atau Pengarah Majlis Konvokesyen.

Pengarah Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Sheikh Muinuddin
https://wa.me/+601156682757

Bendahari Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Akmal Harith
https://wa.me/+60185967932

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

Photos from Program Mega Prisma's post 13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ CARTA ORGANISASI ]

Assalamualaikum WBT.

Di sebalik satu pentas yang tersusun, ada tangan-tangan yang tidak terlihat yang menyulam peranan, menyusun langkah, agar sebuah hari menjadi kenangan.

Inilah wajah di sebalik gerak Majlis Konvokesyen PRISMA, barisan yang merancang dalam diam dan memastikan segalanya berlangsung penuh makna.

Semoga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah, dan segala penat lelah dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK INSPIRASI, WARISAN KEJAYAAN :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

Photos from Program Mega Prisma's post 13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ PENGENALAN & OBJEKTIF PROGRAM ]

Assalamualaikum WBT.

Dengan niat yang tersemat dan harapan yang terikat, langkah ini digerakkan bagi meraikan sebuah penamat, yang sebenarnya merupakan suatu permulaan.

Khusus buat para graduan Universiti Al al-Bayt dan az-Zarqa’, majlis ini menjadi saksi perjalanan ilmu yang penuh makna serta tanda penghargaan atas setiap pengorbanan yang telah dicurahkan.

Semoga pengenalan dan objektif yang dirangkum menjadi pedoman, agar setiap detik yang bakal berlangsung bukan sekadar sebuah majlis, tetapi kenangan yang terpahat dalam jiwa.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :. : BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ PERMOHONAN DANA MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA ]

Assalamualaikum WBT.

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen PRISMA yang bakal diadakan, kami dengan rendah hati ingin memohon peruntukan daripada pihak Tuan/Puan bagi menjayakan program ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada mahasiswa/wi tahun 4 yang bakal bergraduasi tidak lama lagi.

Kami amat berharap agar sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menampung kewangan Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama ini.

Sebarang urusan serta resit atau bukti sumbangan boleh diserahkan kepada:

Pengarah Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Sheikh Muinuddin
https://wa.me/+601156682757

Bendahari Majlis Konvokesyen PRISMA Kali Pertama
Akmal Harith
https://wa.me/+60185967932

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

13/06/2026

[ MAJLIS KONVOKESYEN PRISMA KALI PERTAMA 2026 ]
[ AKAN DATANG ]

Assalamualaikum WBT.

Dari hela nafas perjuangan, terbit langkah-langkah yang membina kejayaan.

Di sinilah titik pertemuan antara usaha dan pengiktirafan yang bakal menjadi warisan inspirasi sepanjang zaman.

Saksikan detik bermakna ini.

Sekian, terima kasih.
: JEJAK KEJAYAAN, WARISAN INSPIRASI :.: BOUND BY VISION, STRIVE WITH DILIGENCE :.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Mafraq?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Mafraq