MUDAH LOAN RUMAH
Menjawab persoalan berkenaan home financing,refinancing & remortgage. Discussion amatlah di galakkan
07/07/2023
15/06/2023
๐Pinjaman LPPSA boleh buat refinance kepada bank?
๐Kenapa ada ramai orang nak buat refinance pinjaman LPPSA kepada bank?
Happy Chinese New year 2023
03/11/2022
๐๐ ๐๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐๐ข ๐ก๐๐ซ๐ ๐ ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐ข๐๐ฅ๐๐ก
1. Jenis rumah, teres ke, apartment ke, banglo ke.. tak bolehlah samakan harga rumah depan semi D, kita teres keluasan sama tapi nak minta harga jualan sama dengan semi D depan rumah kita tu.
2. Keluasan tanah dan bangunan. Ada pemaju yang bina jenis rumah teres diatas keluasan tanah yang sama tetapi saiz plan lantai yang berbeza, jadi harganya adalah berbeza
3. Status tanah, samada freehold atau leasehold.. ada taman depan taman kita freehold.. tu sebab harganya mahal berbanding kita kerana leasehold. Ada is**ah beli rumah leasehold? Takde isu pun, nanti tempoh pajakannya hampir tamat, renew la dengan bayaran premium ketika itu.
4. Geran putih ke malay reserve? Ehh apa pulak ni? Selalunya jika rumah yang dibina diatas tanah berstatus malay reserve, maka pembelinya hanya bumiputera sahaja.. jika geran putih bermaksud pembinaan rumah tersebut dibina diluar kawasan simpanan melayu.. sesiapa layak untuk beli. Apakah ianya memainkan peranan dalam menentukan harga? Ya! Jika bangsa lain tidak layak membeli, bagaimana lot lot komersial yang dibina dikawasan malay reserve? Mungkin akan mengambil masa untuk dijual.
5. Lokasi, sudah tentu kawasan berhampiran pelbagai fasiliti akan menjadi lebih mahal, lagi dekat dengan stesyen MRT, lagi banyak demandnya. Lagi banyak booster yang ada lebih padat penduduknya..
6. Kualiti pemaju, jika diperhatikan pemaju pemaju yang terbaik di Malaysia, mereka membawa pakej lifestyle yang orang muda mahukan, mereka membawa sekali jayagrocer katakan, mereka membawa sekali fastfood francais, mereka buat tasek untuk orang kagum bila jogging..
7. Penambahbaikan yang mempunyai kelulusan, selalunya bila orang nak extend dapur, pasang awning, tambah bilik, pasang kabinet dapur.. jika ada kelulusan dari PBT itu lebih bagus untuk membuktikan kerja-kerja kita layak untuk dikira sebagai penambah nilai.
8. Badan pengurusan yang aktif dan bertanggungjawab, selalunya pertama sekali ialah kawalan keselamatannya, adakah mempunyai mutu yang bagus atau fasiliti yang ada terjaga? Jika tinggal di taman, adakah mempunyai kawalan rukun tetangga? Atau upah sekuriti taman untuk kawalan? Ini semua mainkan peranan yang bagus untuk meningkatkan nilai rumah kita.
9. Jiran yang berkualiti, ada sesetengah tempat yang masuk je nampak warga asing.. ada orang berkulit hitam, ada kejiranan yang membiarkan anjing-anjing dilepaskan.. jiran yang s**a suki park kereta dihadapan rumah orang lain.. disitu kita dah boleh agak bagaimana kualiti jiran kita kelak jika ingin beli di kawasan tersebut.
10. Infra yang positif, kawasan yang tidak mudah banjir, tekanan air yang baik.. kerana ada apartment yang mempunyai masalah tekanan air yang kurang.. jalan tidak berlopak-lopak, tidak mendap.. rajin-rajin google baca rintihan penduduk kawasan tersebut jika ada.. bandingkan dengan kawasan sekitarnya yang mungkin jauh lebih baik infranya..
Nilaian harga setiap rumah adalah ditentukan oleh jurunilai yang bertauliah. Ada kawasan yang tidak mesti naik nilainya, hati-hati dengan sesetengah kawasan yang mungkin over supply berbanding demandnya..
09/08/2022
Keje sendiri pun boleh loan dah lepasni
Bank Muamalat tawar pinjaman perumahan kepada pemohon bekerja sendiri BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan pembiayaan sehingga RM400,000 melalui skim SMART Mortgage SJKP untuk membantu mereka yang bekerja sendiri dan tidak...
26/06/2022
JOHOR SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN KELULUSAN KERAJAAN PUSAT UNTUK PEMBINAAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA) 2 MEMBABITKAN KOS SEBANYAK RM500 JUTA DI KEMPAS - LING TIAN SOON
Johor sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 membabitkan kos sebanyak RM500 juta. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata projek pembinaan hospital baharu itu diharapkan tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka dapat dimulakan pada 2024 sekiranya mendapat kelulusan.
Beliau berkata hospital yang akan dibina di tanah berkeluasan 207.55 hektar di Kempas itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
" Seluruh Bangsa Johor mengimpikan untuk mendapat hospital baharu, iaitu HSA 2 dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan supaya hospital tersebut dapat tersenarai dalam Rolling Plan ketiga RMK12.
" Johor meletakkan projek ini sebagai keutamaan dan kita juga dapat sokongan KKM. Setakat yang saya tahu, kementerian telah mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) membabitkan peruntukan RM500 juta untuk projek ini," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini
Menurut beliau hospital berkenaan bakal dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dengan reka bentuk moden serta kapasiti parkir yang banyak.
" Bukan hospital sahaja, kita akan buat Pejabat Kesihatan negeri di dalam kawasan itu dan pelbagai fasiliti lain, tetapi bagi fasa pertama kita akan mendirikan bangunan hospital dengan kapasiti 350 katil dengan klinik-klinik pakar yang ada," katanya.
24/05/2022
Semua pun pasti boleh milik
23/05/2022
Rumah teres dua tingkat musnah! Pemaju diarah henti pembinaan, mesti kemuka cadangan jangka panjang atasi masalah - Semasa | mStar KELUARGA di kawasan perumahan terlibat diarah berpindah, kos ditanggung pemaju.
23/05/2022
HINDARI JENIS BUMBUNG INI?
Jika ada impian beli kediaman, hindari membeli kediaman yang saya bulatkan ini.
Jika ada pilihan lain, pilihlah yang lebih baik.
1. Bumbung sifatnya untuk melindungi kediaman kita dari cahaya mahatari.
2. Melindungi kediaman dari hujan dan membawa air keluar dari bangunan secepatnya.
Semakin lama air berada diatas bangunan selepas hujan, semakin tidak baik pada struktur bangunan.
Kediaman walaupun rekabentuk bumbung moden, belum tentu ia baik buat iklim tropika seperti kita.
Semakin 'buruk dan moden' rekabentuk bumbung, semakin besar kos menjaga dan selenggara kediaman kita.
Buat pilihan yang bijak kawan kawan
Kredit Azizul Azli Ahmad
Asal post pasal currency, mesti akan ada komen pasal Singapore Dollar.
Singapore dollar ni memang akan sentiasa lebih kuat daripada Malaysian Ringgit. Sentiasa lebih kuat bukan sebab "ekonomi Singapore lebih kuat dari Malaysia" ataupon corruption "teruk dekat Malaysia"
Singapore punya polisi berkenaan tukaran mata wang ni berbeza berbanding Malaysia. Diorang pakai Singdollar Nominal Effective Exchange Rate ( SGDNEER )
Apa yang dimaksudkan dengan SGGNEER tu ?
Singapore set target untuk monetary policy diorang dan diorang guna Forex Spot Market ( open market operation ) untuk achieve target diorang tu.
Contoh Singapore nak currency diorang kuat berbanding Malaysia ringgit, so Money Authority Singapore (MAS) akan beli SGD or jual MYR dengan banyak dekat open market untuk menaikkan nilai SGD atau menurunkan nilai MYR.
Singapore ni dia set NEER ni berdasarkan negara yang menjadi rakan dagang mereka. Negara mana yang diorang import, diorang akan pastikan currency diorang kuat dan negara mana yang diorang export, diorang akan pastikan currency diorang lemah.
So sebab tu Sgd akan sentiasa kuat berbanding Myr.
Macam mana diorang control inflation ?
MAS ni akan set SGDNEER policy band dan diorang akan buat open market operation jika SGD keluar daripada band tu. Untuk curb inflation diorang akan adjust policy band keatas or kebawah.
Sebab tu kalau korang baca pasal Singapore punya monetary policy, jarang korang baca pasal interest rate.
Kredit to Najib Shaari
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Cisaat