mediaPERUBATAN

mediaPERUBATAN

Share

mediaPERUBATAN adalah milik Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN).

Laman ini merupakan laman rasmi bagi Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN), dan dikelolakan oleh Jabatan Penerbitan & Penerangan (JP&P). Soalan/Cadangan/Komen boleh disampaikan melalui laman help.perubatan.org

Photos from mediaPERUBATAN's post 31/05/2026

[TAFAQQUH PERUBATAN | MANIFESTASI KETAATAN & PENGORBANAN TANPA SYARAT]

Bersempena Hari Raya Aidiladha, Jabatan Pembangunan Insan PERUBATAN membawakan siri Tafaqquh PERUBATAN yang mengupas tema “Manifestasi Ketaatan & Pengorbanan Tanpa Syarat”.

Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang menjadi simbol ketaatan mutlak kepada perintah Allah SWT. Peristiwa ini mengajar bahawa pengorbanan sebenar bukan sekadar melepaskan sesuatu yang dicintai, bahkan meletakkan keredaan Allah mengatasi segala kehendak dan kepentingan diri.

Sebagai mahasiswa sains kesihatan dan bakal pengamal kesihatan, semangat pengorbanan dan ketaatan ini wajar diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui keikhlasan menuntut ilmu, kesungguhan berkhidmat kepada masyarakat serta komitmen dalam memikul amanah yang diberikan.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan muhasabah buat kita untuk terus memperkukuh hubungan dengan Allah SWT serta menanam nilai pengorbanan dan keikhlasan dalam setiap aspek kehidupan.




“Muslim Sejati, Generasi Rabbani”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Pembangunan Insan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

27/05/2026

[PERUTUSAN PRESIDEN PERUBATAN SEMPENA AIDILADHA]

“Kamu tidak akan mencapai kebaikan yang sempurna sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi…”

[Surah Ali ‘Imran: 92]

Aidiladha hadir membawa makna pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang sebenar dalam menunaikan perintah Allah SWT. Ia mengajar kita bahawa pengorbanan yang paling besar bukan hanya pada apa yang dilepaskan, tetapi pada sejauh mana hati terus memilih Allah dalam setiap keadaan.

Sebagai penuntut ilmu dan pewaris ummah, marilah kita menghayati nilai ini dengan menyalurkan setiap usaha, masa dan tenaga ke arah kebaikan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga hari-hari mulia ini mendidik jiwa untuk terus ikhlas dalam berbakti, sabar dalam perjuangan dan teguh dalam memikul amanah.

Saya mewakili barisan kepimpinan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H, maaf zahir dan batin. Semoga segala pengorbanan kita diterima dan diberkati.

Sekian, terima kasih.




"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Yang menjalankan amanah,
Muhammad Nur Hilman bin Fakhrudin
Presiden,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

27/05/2026

[ UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ]

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah korban supaya mereka menyebut nama Allah…”
— Surah Al-Hajj: 34

Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan yang paling besar bukan pada apa yang dilepaskan, tetapi pada sejauh mana hati tetap memilih Allah dalam setiap keadaan.

Semoga hari-hari mulia ini mendidik jiwa untuk terus ikhlas dalam berbakti, sabar dalam perjuangan dan teguh dalam memikul amanah sebagai penuntut ilmu serta pewaris ummah.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf zahir dan batin.




"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir
(PERUBATAN) Sesi 2026.

25/05/2026

[ TAFAQQUH PERUBATAN AIDILADHA | MANIFESTASI KETAATAN & PENGORBANAN TANPA SYARAT ]

Aidiladha hadir membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT. Dalam menghayati ibrah ini, setiap daripada kita dituntut untuk membina jiwa yang teguh, sanggup berkorban demi agama, ummah dan nilai kemanusiaan.

Ayuh bersama kita menimba ilmu dan mengambil manfaat dalam perkongsian khas ini, agar semangat pengorbanan dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan individu yang berjiwa besar, berakhlak mulia dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat.

Jangan lepaskan peluang berharga ini !

- Tarikh: 26 Mei 2026 (Selasa)
- Masa: 4:00 PM - 4:45 PM (kehadiran)
- Medium: Google Meet




"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir
(PERUBATAN) Sesi 2026.

18/05/2026

[SAADAH’26: 10 Hari Yang Ramai Terlepas Pandang]

“Tiada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amalan soleh lebih dicintai Allah berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Hari-hari yang singkat, tetapi ganjarannya sangat besar.
Jangan biarkan ia berlalu tanpa zikir, doa dan amal soleh.

Perbanyakkan:
• Takbir
• Tahmid
• Tahlil
• Sedekah
• Puasa sunat
• Bacaan al-Quran

Semoga Allah menerima setiap amal kecil yang kita usahakan dan mengurniakan hati yang lebih dekat kepada-Nya.




"Muslim Sejati, Generasi Rabbani"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Jabatan Pembangunan Insan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

17/05/2026

[UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepada kamu: 'Berilah kelapangan di dalam majlis', maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: 'Berdirilah kamu', maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

(Surah Al-Mujadalah: 11)

Memandangkan kita kini berada dalam fasa peperiksaan Semester 2 tahun ini, Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi sains kesihatan baik perubatan mahupun pergigian.

Kami mendoakan kejayaan buat semua mahasiswa/wi yang akan menduduki peperiksaan. Semoga dipermudahkan setiap urusan, diberikan ketenangan fikiran, dan dimurahkan rezeki ilmu.

Berusahalah sebaik mungkin, kerana setiap penat lelahmu tidak akan sia-sia. Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya.




"Achieve the Highest, Improve Others"
"PERUBATAN: Purpose Beyond Profession"

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

16/05/2026

[UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2026]

Doa Buat Para Pendidik:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَائِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَدِ الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan mereka yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredaan-Mu, tempatkan mereka di tempat yang disenangi di sisi-Mu, Wahai Yang Maha Penyayang."

Asas kebitaraan ummah bermula daripada kesucian ilmu dan keteguhan peribadi yang dipupuk oleh para murabbi. Menyedari hakikat ini, pihak PERUBATAN ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga pendidik, terutama barisan pensyarah yang menjadi rujukan dan penyuluh jalan dalam dunia sains kesihatan.

Sempena sambutan Hari Guru tahun 2026 yang bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, kami di PERUBATAN meraikan keikhlasan dan pengorbanan para guru serta pensyarah yang sentiasa berdiri teguh sebagai penggerak utama kemajuan bangsa. Kesabaran dalam mendidik dan membimbing mahasiswa bukan sahaja membina kecemerlangan akademik, malah melahirkan generasi profesional yang berintegriti.

Sehubungan dengan itu, pihak PERUBATAN berharap agar segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan, sekali gus memacu mahasiswa sains kesihatan menjadi ilmuwan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Terima kasih cikgu!






“Achieve Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

Photos from mediaPERUBATAN's post 15/05/2026

[LAPORAN | PERTEMUAN BERSAMA PEGAWAI MARA]

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَٰنٌ مَّرْصُوصٌ

“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: 4)

Demi menjamin kelestarian akademik dan kestabilan kebajikan , satu pertemuan telah diadakan bersama Pegawai MARA, Dr. Wan Mukhtar bin Wan Muda pada 14 Mei 2026 bertempat di Pejabat MARA Iskandariah.

Pertemuan penting ini dihadiri oleh Jabatan Akademik, saudari Aimi Maizan binti Hishammudin bersama Lembaga Penasihat PERUBATAN dan cawangan, saudari Dini Arina binti Azlan. Sehubungan dengan itu, pihak PERUBATAN berharap agar hasil perbincangan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama demi kebaikan seluruh ahli, sekali gus memelihara maslahat penajaan dan akademik pelajar.




“Achieve Highest, Improve Others”
“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah” “Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Akademik,Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

09/05/2026

[CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN SESI 2026]

Berikut merupakan Carta Organisasi Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) bagi sesi 2026.

Dengan izin Allah SWT, bahtera kepimpinan ini terus belayar dalam memikul amanah serta memperkukuhkan ukhuwah dalam keluarga PERUBATAN yang berteraskan nilai Islam.

Semoga setiap penat dan lelah yang dicurahkan menjadi saham akhirat dan memperoleh reda Allah SWT.

Siiru ‘ala barakatillah.




“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Penerbitan dan Penerangan,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Sesi 2026.

Photos from mediaPERUBATAN's post 08/05/2026

[LAPORAN | WEBINAR PROFESIONAL PERUBATAN]

Pada 1 Mei 2026, PERUBATAN dengan kerjasama Pertubuhan Wanita 'Afiyah Malaysia telah menganjurkan Webinar Profesional PERUBATAN: Program Kesedaran Kesihatan Mental (PKKM) yang telah disampaikan oleh barisan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan mental.

Seramai 100 pelajar telah menyertai webinar dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini telah membuka minda dan memberi kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dan cara pengurusannya. Semoga para peserta mendapat manfaat daripada webinar kali ini.

PERUBATAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr Idyawati binti Abdul Karim, Dr Malihah binti Ghazali dan Prof Madya Dr. Robiatul Adawiyah binti Mohd yang telah memberi pengisian yang cukup hebat. Tidak dilupakan juga barisan fasilitator dari pakar psikatri dan psikologi dari pihak 'Afiyah yang sudi berkolaborasi dengan PERUBATAN untuk program kali ini.

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PERUBATAN: Purpose Beyond Profession”

Jabatan Akademik,
Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) 2026.

Want your practice to be the top-listed Dentist in Cairo?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


26 Sabel El-Khazindar Street, Abbasia
Cairo