DASEM
Petubuhan Daya Rakyat Sembrong (DASEM)
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
06/03/2026
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
إِنَّ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًۭا كَبِيرًۭا ٩
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh bahawa mereka akan beroleh pahala yang besar.”
(Surah Al-Isra’, 17:9)
Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita semua untuk terus mendekati Al-Quran, menjadikannya panduan hidup serta mengamalkan ajarannya dalam setiap langkah kehidupan.
𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 – 𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗛𝗘𝗠𝗔𝗛 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗢 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Alhamdulillah, hari ini DASEM turun padang mengagihkan khemah PUJB di bawah Insentif Usahawan Mikro Kerajaan Negeri Johor kepada para usahawan kecil sekitar Sembrong. Kami juga menyampaikan kurma kepada mereka sempena bulan Ramadan yang bakal tiba.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) atas insentif ini yang amat membantu peniaga kecil di lapangan.
Terima kasih juga kepada Sembrong13 atas sumbangan kurma yang menceriakan persiapan Ramadan buat para usahawan.
Semoga usaha ini memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus melangkah lebih jauh.
Insya-Allah, DASEM akan terus konsisten dalam memperkasa dan memberdaya ekonomi masyarakat.
21/01/2026
𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟓 | 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang diumumkan kerajaan menggariskan perubahan besar dalam landskap pendidikan negara, daripada akses pendidikan tinggi, pemerkasaan TVET, kebajikan pelajar OKU, hingga penambahbaikan ekosistem guru dan sekolah.
Antara fokus utama:
• Pendidikan tinggi percuma untuk pelajar miskin & OKU
• Keutamaan IPTA untuk pelajar cemerlang STPM
• Pelaburan besar menaik taraf bilik guru
• Pengenalan awal aliran TVET
• Penyelarasan laluan pra-universiti di bawah KPT
Namun, dasar yang baik hanya bermakna jika pelaksanaannya benar-benar sampai ke sekolah, institusi dan komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar.
𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐑𝐎𝐍𝐆
20/01/2026
𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗛𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗦𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴?
Pendidikan bukan sekadar sijil, tetapi membentuk cara berfikir, membina keyakinan diri dan membuka lebih banyak peluang dalam kehidupan.
Setiap individu mempunyai laluan pendidikan tersendiri, dan setiap usaha ke arah ilmu membawa perubahan.
DASEM komited memperjuangkan akses dan peluang pendidikan
demi mendayakan rakyat Sembrong secara inklusif dan mampan.
Ikuti kami untuk kandungan menarik dan maklumat terkini.
27/09/2025
DASEM SENTIASA MENYOKONG BAKAT MUDA SEMBRONG
DASEM sentiasa komited dalam usaha membangunkan potensi generasi muda di Sembrong dalam pelbagai bidang termasuk bidang sukan. Baru-baru ini, DASEM telah menyampaikan sumbangan peralatan latihan kepada Akademi Bolasepak MBK sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni membangunkan bakat cilik dalam arena bolasepak.
Akademi ini menjadi platform penting untuk melatih, mendidik dan membimbing anak-anak Sembrong agar mereka dapat mengasah kemahiran, meningkatkan disiplin, serta memupuk semangat kesukanan dalam diri. Usaha sebegini amat penting kerana sukan bukan sahaja membentuk fizikal yang sihat, malah melahirkan generasi yang berdaya tahan, berkeyakinan tinggi dan mampu berfikir secara strategik.
DASEM percaya bahawa bakat muda Sembrong berpotensi besar untuk pergi lebih jauh. Dengan sokongan dan dorongan yang berterusan, generasi muda ini mampu muncul sebagai ikon dan inspirasi kepada masyarakat.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Akademi MBK! Insya-Allah, DASEM akan terus berperanan sebagai koridor potensi dan peluang untuk seluruh rakyat, khususnya anak muda di Sembrong.
ZARIF ARIFIN
Pengerusi Daya Sembrong (DASEM)