Nona

Nona

Share

Realiti Impian Wanita Majalah lifestyle berbahasa Melayu sejak tahun 1987. Liputan semasa penuh inspirasi, seiring tagline 'Realiti Impian Wanita'.

Dari helaian majalah ke layar digital, Nona versi online kini terus melengkapi gaya hidup wanita moden meliputi inspirasi kehidupan kerabat diraja, VVIP, wanita cemerlang, fesyen, kecantikan, dekorasi dan masakan.

Photos from Nona's post 13/05/2026

Wah, tahniah Mekdinda rezeki dapat kereta baru!

Makeup artist yang juga usahawan ini aktif sebagai pempengaruh di media sosial sejak 2018. Kini, Mekdinda makin dikenali & bisnes juga kian berkembang.

Kredit foto: Mekdinda

13/05/2026

S**a tengok perkembangan Shima Anuar dengan Shims Kitchen. Walaupun masih 'merangkak' dalam dunia baking, tapi hasil air tangan Shima memang nampak sangat pro dan menyelerakan!

Paling penting, Shima sangat mementingkan penggunaan bahan premium untuk kepuasan pelanggan. Patutlah rakan artis pun ramai yang dah fall in love dengan kek beliau. 🤤

Keep glowing and growing, Shima!

"My Family Is Everything, I Have No Regrets.." - Datin Juliana Banos 13/05/2026

Buat pertama kali selepas 2 dekad menyepikan diri dari dunia seni, Datin Juliana Banos akhirnya bersetuju untuk membuat kemunculan istimewa di konsert GenKru The Finale baru² ini. Terubat kerinduan peminat yang dah lama ingin melihatnya beraksi, sudah pasti ramai yang ingin tahu kemana dirinya selama ini.

Dan secara eksklusifnya, Datin Juliana Banos bersetuju untuk duduk dan ditemubual bersama NONA berkongsi perkembangan terkininya serta sepanjang ketiadaannya dalam bidang seni. Jadi mungkinkah ini penampilan kali terakhir Datin Juliana Banos?

"My Family Is Everything, I Have No Regrets.." - Datin Juliana Banos Buat pertama kali selepas 2 dekad menyepikan diri dari dunia seni, Datin Juliana Banos akhirnya bersetuju untuk membuat kemunculan istimewa di konsert GenKru...

13/05/2026

Terpegun menyaksikan keindahan Majlis Menempah Bidan YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri di Istana Abdulaziz, baru-baru ini.

Berseri-seri wajah Tengku Natasya yang kini sarat hamil anakanda sulung. KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang turut berkenan berangkat ke majlis ini, selain YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar bersama ahli-ahli kerabat Diraja Pahang yang lain.

Majlis dijalankan menurut adat istiadat Melayu lengkap segala kelengkapan tradisional yang melambangkan persediaan awal serta penjagaan rapi terhadap ibu hamil. Ia juga menzahirkan doa dan kesyukuran agar segala urusan kelahiran zuriat Diraja dipermudahkan.

Sumber: Kesultanan Pahang

13/05/2026

MasyaAllah, comel anak Dahlia Rizal & Imran Aqil! 6 Mei, genap setahun usia Nur Yusra. Bersempena birthday pertama anak, influencer cantik ini mendedahkan wajah anak tersayang buat kali pertama kepada umum di media sosialnya.

Artikel penuh https://www.nona.my/bergelar-ibu-usia-24-tahun-dahlia-rizal-akui-letih-tapi-sangat-indah/

Photos from Nona's post 12/05/2026

Nabila Huda membuktikan bahawa kecantikan tidak semestinya datang daripada rutin mahal apabila berkongsi rahsia penjagaan dirinya yang cukup sederhana minyak kelapa.

Pelakon ini memilih pendekatan semula jadi dalam menjaga kulit wajah, selain turut mengamalkan teknik berkumur menggunakan minyak kelapa untuk kesihatan gigi.

Amalan mudah ini kini menjadi perhatian ramai, dengan ada yang mula mencuba dan berkongsi hasil positif pada kulit mereka.

12/05/2026

Keberanian dan disiplin Eileen Gu membawanya ke puncak dunia ski freestyle pada umur 22 tahun, sekaligus mencipta sejarah Olimpik dengan enam pingat.

Bukan saja cemerlang dalam bidang sukan, si jelita ini juga merupakan duta pelbagai jenama mewah serta sering dijemput ke majlis fesyen antarabangsa. Baca artikel >>> https://www.nona.my/eileen-gu-juara-ski-dunia-sejarah-olimpik/

12/05/2026

Muka cantik, badan slim, rajin bersukan setiap minggu pun belum tentu bebas hipertensi. Ramai wanita muda tak sedar tekanan darah tinggi boleh serang tanpa simptom, tahu-tahu jantung dan buah pinggang rosak tanpa sedar. Sempena Hari Hipertensi Sedunia, ini reality check yang ramai tak nak dengar.

Baca artikel penuh >>> https://www.nona.my/bahaya-hipertensi-silent-killer-jantung/

12/05/2026

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menerima pujian netizen apabila tindakannya menginfaqkan makanan di sebuah surau di Selangor menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, juadah yang disediakan itu diagihkan kepada para jemaah selepas solat Isyak.

Apa yang lebih menyentuh hati, ramai menyifatkan Amira sebagai seorang yang gemar melakukan kebaikan secara diam-diam tanpa mengharapkan perhatian umum.

Malah sebelum ini, seorang pengguna media sosial turut mendedahkan bahawa Amira sering menyediakan telekung dan sejadah baharu di dalam keretanya untuk kegunaan orang ramai di surau atau masjid.

Sumber: Tiktok Imani_Imtiyaz

12/05/2026

Kadang rumah tangga tidak hancur kerana hadirnya orang ketiga. Ia perlahan-lahan retak apabila dua hati yang saling mencintai mula penat, diam dan lupa menghargai satu sama lain. Perkongsian Ustazah Nazirah Abu Bakar ini terasa menusuk tepat ke jantung!

Tinggal serumah, tapi hati mula menjauh, badan penat, otak tak larat. Baca artikel penuh >>> https://www.nona.my/punca-rumah-tangga-retak/

12/05/2026

Khairul Aming berkongsi momen gembira apabila penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi sekali lagi berkunjung ke restoran miliknya, Rembayung.