DK Auto Spa
Pakar kecantikan kereta
04/06/2021
Siapa tau? 😅
ada siapa2 tau mana carwash bukak.?
01/06/2021
LOCKDOWN
Maaf semua, kedai kami tidak beroperasi sepanjang tempoh lockdown.
Segala kesulitan amat dikesali.
Mari kita berdoa agar wabak ini diangkat kembali.
Stay safe semua! 😊
30/05/2021
Pecutan terakhir sebelum Lockdown! 😁
Hari ni kami half day je,
Lepas tu nak gi jalan2 (dalam kereta).
Takut jalan dalam Seremban pun kena Waze je 😅
Yela...
Lepas ni nak hibernate kat rumah taktau berapa lama.
Ya, lockdown car wash tak boleh buka.
Dobi baju je boleh buka,
Tetapi tidak dobi kereta 😭
P/s: Tolong doakan Tuan Tanah kecualikan sewa & juga moratorium diadakan semula 🙏
28/05/2021
Jangan lupa 5.16 petang j*p lagi! 😁
Salam semua. Seperti tahun-tahun sebelumnya, fenomena Istiwa A'zam datang lagi, jadi marilah kita ambil peluang ini untuk membetulkan kiblat tanpa menggunakan kompas!
Pada pukul 5.16pm petang ini, kita boleh rujuk kepada kedudukan matahari untuk mendapatkan orientasi kiblat yang betul. Teknik yang paling mudah digunakan ialah dengan menggunakan tiang tegak yang terdedah kepada sinaran matahari.
Rujuk kepada bayang2 tiang tersebut, dan tandakan garisan bayang2 itu menggunakan masking tape, marker, karpet, sejadah atau sebagainya. Apabila anda melihat garisan itu menghadap matahari, itulah orientasi kiblat yang betul!
Tak payah rujuk piring astro! Kalau piring astro atau aerial rumah anda sama dengan kiblat, itu tidak bermakna anda mendapat siaran halal. Itu hanyalah kebetulan sahaja!
Dan kepada penganut bumi rata: Kau ikut aje kaedah ni. Tapi lepas ni jangan lupa ukur balik berapa darjah korang dapat, dan bandingkan dengan kiblat korang sebelum ni :P
Rujukan:
Semak arah kiblat ketika fenomena Istiwa' A'zam pada Rabu
https://www.bharian.com.my/.../semak-arah-kiblat-ketika...
Saat dan ketika kedudukan matahari boleh dijadikan panduan mencari arah kiblat
https://falakonline.net/.../istiwa-adzam-28-mei-2014.../
28/05/2021
Tak sampai Rm150 pun untuk kilatkan 2 kereta ni! 💪🏻
Iya...Jom grab sementara ada Promosi! 😁👍🏻👍🏻👍🏻
https://PremiumWax.wasap.my
27/05/2021
Untung Puan ni dapat Separuh Harga,
Ya, SEPARUH HARGA je untuk kereta kedua! 😎👍🏻
https://PremiumWax.wasap.my
26/05/2021
Jangan lupa hari ni guys! 😎
Selamat bercuti bagi yang bercuti,
Kami kerja harini, kayuh lagi & lagi! 💪🏻
25/05/2021
Kecik-kecil Cili Padi
Makin kilat makin menjadi! 😘
Maaflah, headlamp tu takat tu je boleh pergi 😅
24/05/2021
Dah tak hantar anak ke sekolah,
Kereta boleh di'selimut'kan dah.
Tapi sebelum tu, kasi hensem dulu..! 😎
www.shinex.my
22/05/2021
Tenang Tuan Puan,
Raya Kan Sebulan 😁
www.shinex.my
21/05/2021
Masa puasa tak sempat nak segak-segak.
Masa raya ni takkan nak biar berkeladak 😅
www.shinex.my
19/05/2021
Better Late Than Never 😁
Takpe, raya kan sebulan!
Tq Tuan Hazrul 👍🏻👍🏻👍🏻
www.shinex.my
Contact the business
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |