Asmuni Awi
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Asmuni Awi, Public Figure, .
Jawatankuasa Pimpinan Parti AMANAH Nasional ,
Pengerusi Parti AMANAH Negeri Perak,
Ketua AMANAH Kawasan Tambun,
Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak di Dun Manjoi
22/05/2026
TINDAKAN SEGERA SUSULAN ADUAN PENDUDUK DI PEKELILING MERU PERMAI, MERU RAYA
Selepas menerima aduan daripada penduduk, saya terus turun meninjau keadaan bonggol baharu yang dibina di kawasan Pekeliling Meru Permai, Meru Raya.
Walaupun papan tanda amaran telah dipasang lebih awal, masih terdapat pengguna jalan raya yang tidak menyedari kewujudan bonggol baharu tersebut sehingga menyebabkan tiga penunggang motosikal terjatuh pada hari ini.
Susulan itu, saya telah meminta Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Zon Chemor, Saudara Shafiq Ariffin untuk segera berhubung dengan pihak MBI bagi tindakan tambahan seperti pemasangan kon keselamatan dan “blinking light” sementara menunggu kerja garisan kuning disiapkan sepenuhnya.
Saya berharap langkah segera ini dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang.
Kepada semua pengguna jalan raya yang menggunakan laluan ini, saya mohon agar lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Mengiringi Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menziarahi keluarga mendiang Dr. Pavitraa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
19/05/2026
SUMBANGAN 50 KERUSI DAN 50 MEJA UNTUK TADIKA ISLAM PERAK MASJID JAMEK CHEMOR
Keselesaan anak-anak ketika belajar juga antara perkara yang perlu diberi perhatian, terutama di peringkat awal pendidikan.
Pagi tadi saya menyampaikan sumbangan 50 buah kerusi dan 50 buah meja kepada Tadika Islam Perak Masjid Jamek Chemor untuk kegunaan para pelajar di sini.
Saya percaya kemudahan yang lebih baik sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif buat anak-anak.
Insya-Allah, saya akan terus cuba membantu keperluan pendidikan anak-anak di DUN Manjoi, bermula daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke IPTA.
Sumbangan tersebut telah diterima oleh Guru Besar sekolah, Ustazah Salmah Kamaruddin. Turut hadir bersama, Pengerusi Tadika Islam Perak Masjid Jamek Chemor, Dato’ Hulam.
Sumbangan Smart TV kepada Sekolah Kebangsaan Tasik Damai.
Insya-Allah, usaha memperkukuhkan kemudahan pendidikan dan membantu keperluan pembelajaran anak-anak akan terus diberikan perhatian.
Sumbangan kontena untuk Pusat Operasi Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2.
17/05/2026
KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026
Hari ini saya menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre.
Konvensyen kali ini menghimpunkan pimpinan serta anggota parti-parti dalam Pakatan Harapan bagi memperkukuhkan kesepaduan, menyusun gerak kerja dan memperkemaskan persediaan dalam mendepani landskap politik semasa yang semakin mencabar dan rencam.
Bagi negeri Perak, ucapan telah disampaikan oleh Dr. Fakhruldin Mohd Hashim selaku Setiausaha Pakatan Harapan Perak yang menyentuh soal kekuatan organisasi, kestabilan politik serta keperluan untuk terus membawa politik yang sederhana, matang dan berteraskan kebajikan rakyat.
Dalam suasana politik hari ini, rakyat bukan lagi mahu melihat politik yang hanya penuh retorik dan perpecahan. Rakyat mahukan kestabilan, penyelesaian dan kepimpinan yang mampu bekerja untuk masa depan negara.
Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kesatuan dalam Pakatan Harapan akan terus diperkukuhkan demi memastikan agenda rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
16/05/2026
Seorang guru mungkin tidak memiliki pentas paling besar,
tetapi merekalah insan yang membentuk masa depan sebuah bangsa.
Di tangan seorang guru lahirnya ilmu, adab, keyakinan dan harapan untuk generasi yang akan datang.
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membina anak-anak bangsa dengan penuh sabar dan kasih sayang.
Jasa seorang guru mungkin tidak selalu mampu dibalas, tetapi akan sentiasa dikenang dalam kehidupan setiap anak didiknya.
Selamat Hari Guru.
Terima kasih cikgu.
Santuni rakyat DUN Manjoi dengan pelbagai aktiviti menarik, bantuan dan jualan murah. Seronok dapat santuni masyarakat di program Jelajah Sejahtera Desaku.
Saya menerima beberapa cadangan dan pandangan berkaitan aspek keselamatan jalan raya di sekitar Simpang Kg Seri Klebang yang sering menjadi perhatian pengguna jalan raya setempat.
Wakil saya, Saudara Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin yang juga Ahli Majlis Bandaraya Ipoh turut meneliti beberapa cadangan penambahbaikan bersama pihak berkaitan bagi meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Antara cadangan yang sedang diperhalusi termasuk penggunaan garisan kuning dan jalur rentas kuning (transverse rumble strips) sebagai amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan di kawasan berisiko tinggi.
Selain itu, turut dibincangkan cadangan penggunaan “ghost islands” di beberapa simpang tertentu bagi membantu melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan risiko kemalangan.
Insya-Allah, setiap cadangan akan dinilai dan diteliti bersama pihak berkaitan supaya pelaksanaan yang dibuat benar-benar memberi manfaat serta meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Badan sihat, persekitaran pun bersih
14/05/2026
SUMBANGAN 40 KERUSI DAN 40 MEJA UNTUK SRAR AL-JUNID, CHEMOR
Keselesaan dalam suasana pembelajaran juga memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih baik.
Usai program ziarah pagi tadi, saya terus ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Junid, Chemor bagi menyampaikan sumbangan 40 buah kerusi dan 40 buah meja untuk kegunaan para pelajar sekolah.
Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah kemudahan yang diperlukan oleh pihak sekolah serta memberi keselesaan yang lebih baik kepada para pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.
Sumbangan tersebut telah diterima oleh Guru Besar SRAR Al-Junid, Puan Maznah Selaman.
Insya-Allah, soal pendidikan dan kebajikan sekolah-sekolah di kawasan ini akan terus diberikan perhatian dari semasa ke semasa.
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 16:30 |
| Tuesday | 10:00 - 16:30 |
| Wednesday | 10:00 - 16:30 |
| Thursday | 10:00 - 16:30 |
| Friday | 10:00 - 12:30 |